Wednesday, October 31, 2012

VIVA PUTIH

Viva putih 850cc kepunyaan aku, aku beli sebelum kawin lagi. Bayaran bulanan sebanyak RM 338 selama 9 tahun, loan di buat dengan Affin Bank. Sangat detail informasi berkenaan kereta aku. Plat kereta aku tak dapat dedahkan disini. :-).

Selama beberapa tahun berkhidmat, hanya sekali viva putih ni terlibat dalam kemalangan. Membiarkan viva putih kesayangan aku mencium bontot honda city kepunyaan seorang lelaki cina di Penang. Kemalangan selepas 2 hari bernikah. Dengan inai merah di jari, terpaksa masuk balai. Ayah emran masa tu terpaksa bertugas di satu pulau yang langsung tak ada coverage. 

Alhamdulillah, payment viva putih setakat ni tak pernah sangkut, based on apa yang orang bank cakap tadi. Viva putih ni akan jadi milik aku sepenuhnya pada Mei 2018. Masyaallah, lambat lagiiiiiiii. Disebabkan tiap2 bulan memang aku bayar lebih 2,3 ringgit, orang bank cakap ada lebihan RM 298. 

Kenapa aku cerita pasal kereta aku harini? Sebab aku baru je gaji dan aku baru setelkan duit kereta jugak. Hihihih. Terima kasih viva putih kerana sudi berkhidmat.







* hanya mampu pakai kereta kecik, kadang2 terfikir nak ada kereta besar dan cantik macam orang lain *



Tuesday, October 30, 2012

PEMANGGANG AJAIB YANG TAK TAU AJAIB KAT MANA

Alkisahnya kawan2 aku pakat dok cerita pasal pemanggang ajaib, sampai aku pun tergedik2 nak beli jugak pemanggang ajaib ni. Kawan2 aku kata, boleh masak macam2 guna pemanggang tu. Yang penting, senang nak bakaq ikan ka, ayam ka.

Aku rasa sejak 2 minggu lepas kot aku asyik sibuk nak beli pemanggang ajaib ni. Jenuh dok gugel kat mana juai pemanggang ajaib ni yg murah. Kebanyakkan aku jumpa harga dekat2 RM 140. Last2 aku post kat fb pasal pemanggang ajaib ni, anak buah aku yang duduk kat Lumut ni kata dia pun ada beli gak, RM 96.70 ja kalau beli dengan harga ahli.

Lepas maghrib terus pujuk ayah emran pi cari pemanggang ajaib ni, member kat KL pun nak jugak. So beli 2, satu untuk dia, satu untuk aku. Wakakaka. Semangat gila. Dan pagi tadi masa nak pi keja, aku tengok ayah emran dah siap rasmi dah pemanggang ajaib ni. Ciskekkkk betui laki gua tu, orang yang beli pun tak rasmi lagi, dia dah rasmi dah. Buat roti teloq ja pun. Cewi sungguh.




Mak emran cewi dengan pemanggang ajaib baru beli.. hihihi..

Wednesday, October 24, 2012

MISI MENCARI SUSU EMRAN



Aku biasanya memang akan beli susu emran kat tesco, almaklum la harga kat tesco lebih murah berbanding harga kat tempat lain. Sekali beli, memang beli untuk stok sebulan terus, so 5 pek susu untuk emran. Yeayyyy.

Ahad lepas kami pi tesco manjung sebab nak beli susu emran + barang2 dapur. Mungkin bukan nasib kami, tengok2 dekat rak susu, licinnnnn. Tinggal dutch lady 123 yang perisa madu dengan coklat. Emran minum yang biasa punya. So, tak dapat la nak beli susu emran hari tu.

2 hari lepas, kami ke giant. Terkejut berok sebab Giant buat promotion kot, susu emran sangat murah, 1 pek yang 1kg tu 18.79 sen!! Murah berbanding harga kat tesco. Dan lagi, susu kat Giant pun licinnnnnn. Demmit. Stok susu emran kat rumah ada 1 pek saja lagi. Aku ajak ayah emran pi The Store, dia takmau, sebab agak jauh.

Kami singgah pasaraya rapid kat Manjung, dan lagi stok susu emran kat sana licinnnnnn. Harga mahai sikit, tapi tetap orang beli. Huhuhuhu. Aku beli pampers petpet sebab ada promo, size M baru 31.90. Beli jugak pampers fitti untuk kegunaan masa siang.

Sampai sekarang tak beli lagi susu kat emran. Sob3x.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 23, 2012

KURMA, APRIKOT, BUAH TIN, HABBATUSSAUDA, CUKA KURMA, CHOCODATE

Assalamualaikum. Mak emran nak prompte kurma ajwa, aprikot, buah tin, habbatussauda, cuka kurma, cuka epal, walnut, pistachio dan macam2 lagi. So, sapa2 yang berminat boleh PM Mak emran yang gojes kat siti_noara212@yahoo.com


KURMA NABI @ AJWA
1/2kg = RM 65
1kg = RM 120



 
DRIED APRICOT
1/2kg = RM 20
1kg = RM 38




BIJI APRICOT
250g = RM 25
500g = RM 50
1kg = RM 90



HABATUSSAUDA
100g = RM 10




DRIED FIGS ( BUAH TEEN KERING )
1/2kg = RM 18
1kg = RM 35



KACANG BADAM @ ALMOND
1/4kg = RM 12
1/2kg = RM 23
1kg = RM 45


 
CHOCODATE
 1/2kg =RM  40
1kg = RM 78


 
KACANG BADAM @ ALMOND
1/4kg = RM 12
1/2kg = RM 23
1kg = RM 45


 
KACANG CERDIK @ PISTACHIO ( Limited stock !! )
1/4kg = RM 13
1/2kg = RM 25
1kg = RM 50


 
KACANG WALNUT
1/4kg = RM 19
1/2kg = RM 38
1kg = RM 70



PEANUT CANDY (KACANG TUMBUK)
3 PERISA --- ORIGINAL, COFFEE DAN SESAME
1kg = RM 35


 
COMBO A (Postage include) ---- RM 35
Chocodate - 10 pcs
Peanut Candy - 10 pcs
Ajwa - 100g


 
COMBO C (Postage include) ------ RM 50
Chocodate - 10 pcs
Peanut Candy - 10 pcs
Ajwa - 100g
Walnut - 100g
Almond (non-roast) - 100g


COMBO B (Postage include)----- RM45
Chocodate - 10 pcs
Peanut Candy - 10 pcs
Ajwa - 100g
Dried Apricot - 150g
Dried Figs - 150g

 
 
CUKA EPAL 400ml ( Pre-Order paling lewat 1 minggu )
1 botol = RM 18



CUKA KURMA 400ml ( Pre-Order paling lewat 1 minggu )
1 botol =RM  18