Friday, November 30, 2012

ADAKAH LELAKI MEMANG BEGITU???

Terbaca status seorang kawan lama di Facebook yang risau dengan keadaan badan yang semakin mengembang. Katanya nafsu makan makin menggila, ditambah dengan faktor kerja yang stress, membuatkan dia begitu berselera untuk makan.

Kawan saya seorang ini semasa sekolah dulu memang agak kurus orangnya, lagipun zaman baru nak naik, mesti pandai jaga badan kalau tak susah nak dapat boyfriend. Hahahaha.

Sekarang, dah bersuami, beranak, badan semakin berisi. Kerja sebagai jururawat, kadangkala balik tengah malam pun sanggup singgah kedai makan sebab lapar katanya.

Yang merisaukan kawan saya, mungkin satu hari nanti suami dia mungkin cari orang lain sebab kawan saya sekarang dah tak berapa slim macam zaman bujang dulu. Katanya, lelaki bila bini dah kurang cantik, badan dah kembang, tak pandai jaga badan, mula la suami buat hal.

Eh, orang lelaki memang macam tu????

Bukankah seorang lelaki, atau lebih tepat seorang suami akan terima diri kita seadanya, samada kita kurus, tembam, kembang semangkuk mahupun berisi???

Kenapa seorang isteri tidak pernah ambil kisah dengan keadaan fizikal seorang suami yang makin boroi, kadang-kadang misai atau janggut pun tak berapa nak kemas, tapi masih setia bersama. Sedih rasa hati kalau keadaan fizikal isteri menjadi penyebab suami berlaku curang.



Sekian, terima kasih. Seksa jugak sebenarnya nak menulis macam editor majalah mingguan wanita ni ye. Hahaha.






Wednesday, November 28, 2012

KENAPA BELI KERETA MAHAL TAPI......

Gua agak kuriyes kadang2 tu dengan pengguna / pembeli kereta2 mahal kat Malaysia ni, kenapa la beli kereta mahal tapi bawak 40km/j saja???

Pagi tadi nak mai keja, hangin jugak sebenarnya dok folo belakang kereta mahal yang bawak slow macam orang kayuh beskal.

Ingatkan driver pompuan, tapi lepas berjaya potong kereta mahal tu, gua pun usya la nak tengok driver (gua buat muka kerek sebab nak tunjuk eksen yang gua pakai biba pun boleh potong kereta beliau cap mahal tu) , sekali nampak driver lelaki. Aiyooo bang, bawak la laju sikit. Tak rosak aihh enjin kereta abang tu.











Tuesday, November 27, 2012

GIGITAN CINTA

Ni bukan cerita 18SX atau cerita budak2 baru baligh. Ni cerita pasal gigitan 'cinta' kat lengan emran semalam. Lepas maghrib tu ternampak ada bekas orang gigit kan lengan emran. Aku belek2 lengan anak teruna aku. Sapa pulak yang gigit sampai jadi macam ni? Berbirat merah.

Nak soal siasat ayah emran, dia tak balik masjid lagi. Hati agak membara jugak bila tengok lengan emran berbirat macam tu. Nampak kesan gigi tu macam budak kecik je gigit. Lepas ayah emran balik dari masjid, terus aku tanya.


"Papa ada gigit tangan emran tak?"

"Agak2 la, papa baru harini jumpa emran (sebab one day before ayah emran duty, so dah sehari suntuk tak jumpa emran), tak dak keja nak gigit emran"

"Papa try tengok lengan emran, ada bekas orang gigit"

"Budak kat rumah pengasuh la kot"



Hmmm.. sian emran. Aku pun malas nak tanya pengasuh. Ingat pagi tadi nak tanya, tapi tak terkeluaq plak soalan tu dari mulut aku. Hmmmm..



Wednesday, November 21, 2012

FENOMENA DURIAN CREPE

Durian crepe tu sedap tak? 
Teringin nak rasa la. 
Tapi aku bukan pemakan durian. 
I is like horang putih yu. 
Tapi kalau durian makan dengan pulut + santan tu, yang tu aku makan. 


Rasa macam nak try jugak la durian crepe ni.
 Kalau sedap, mungkin lepas ni aku boleh jadi pemakan durian yang tegar.
Sian laki ku suka makan durian, tapi dapat bini tak makan durian, 
dia nak makan durian pun jadi tak berapa nak selera (agaknya lah).



Tuesday, November 20, 2012

INSTANBUL AKU DATANG

Istanbul aku datang rumah ko, ko takde, pegi mana???

Istanbul aku datang ni, buka la pintu...

Istanbul aku datang nak tuntut hutang, bila ko nak bayar hutang aku daaaa???

Istanbul aku datang bawak nasi kandar feberet ko..

Istanbul aku datang amek ko pukul 5 ok tak?

Istanbul aku datang lambat sikit arini, aku nak pegi basuh kereta dulu..

Istanbul aku datang ofis ko, diorang cakap ko tengah meeting..

Istanbul aku datang sini nak bagitau, aku nampak awek ko peluk lelaki tua kat shopping mall tadi.. Hahhaha..



Istanbul aku datang dah berapa kali ko takde, takpe la, aku balik dulu.. Choww..


Monday, November 19, 2012

EMRAN JALAN-JALAN KAT PANGKALAN TLDM

Hari ahad lepas, mak emran dgn emran ikut ayah emran pi tempat keja dia sat, nak buat keja apa ntah.
Budak emran tu bukannya reti nak duduk lama2 dalam keta, mula la buat perangai.


Bagi roti, dia ramas roti sampai hancoqqq..
Abeh la semut buat sarang dalam keta.
Mak emran yang stress emran dok buat perangai, terus bawak emran keluar dari keta.





Mak emran tersalah pakaikan kasut emran yang sebelah kanan tu.. 
Hahahaha. Lantak pi....
Siap duduk atas jalan tar tu.. 
Mula2 ni, duduk dengan baik...



 Tangan dah start merayap.. Nak gagau batu, nak gagau daun..




 Eh, ada batu laaa...




Mama panggil emran, "Emran, cenyum.. cenyum.."
Tapi tak cenyum pun...


 Aikkk.. Gambaq kepala takdak..
Cubaan untuk bangun, mungkin sakit bontot sebab duduk lama2 atas jalan tar tu..


 Advance sikit, terus naik atas tebing, senang nak amek batu..


Rupanya bukan nak amek batu, tapi nak baring
"Mama, sedap la baring kat sini"



Masyaallah emran..

Sunday, November 18, 2012

TASKA EDORA UNTUK EMRAN

Minggu lepas cuti sempena deepavali dengan awal muharram, so aku assume pengasuh dapat cukup rehat. Hari khamis aku mintak ayah emran jadi babysitter, aku nak pi keja setelkan banyak keja yang belum siap. Mujur ayah emran ok.

Malam jumaat tu pengasuh sms aku cakap esok dia nak pi klinik cabut gigi. So, pukul berapa gamaknya aku boleh pi keja. Aku memang tak boleh amek cuti. Bukan sebab susah nak cuti, tapi kerja aku banyak. Stress aku macam ni walaupun aku faham yang dia sakit.

Aku sms pengasuh, suruh anak dia jaga emran sekejap, nanti lepas solat jumaat ayah emran pi amek. What to do, no option untuk aku. Then pengasuh cakap, ok, dia pi cabut gigi petang. Tengahari pengasuh sms aku bagitau susu emran dah habis. Haduuu.. Aku rasa pengasuh dah lama jaga budak, takkan susu budak dah nak abeh dia tak boleh inform awal2. Makin banyak yang aku rasa tak best....

Then aku google taska dekat kawasan perumahan aku, dan ada jugak yang suggest hantar kat taska edora. Balik kerja awal, terus aku singgah kat taska tu. Owner dia baik, budak2 baya emran dia charge rm180, makanan provided, sabtu pun boleh hantar, tapi sampai pukul 2 je la. Semua cikgu dihantar kursus, keadaan dalam tu pun nampak bersih. Aku agak puas hati dengan taska tu.

So insyaallah tahun depan aku nak hantar emran ke sana. Aku memang agak risau nak tinggalkan emran kat taska sebab takut dia kena buli ka hapa, tapi aku memang tak sanggup nak hadap pengasuh yang kerap cuti. Dia dah banyak amek cuti daripada aku amek cuti. Hahaha. Then kat taska nanti harap2 emran dapat ramai kawan, tak la penakut sangat, boleh belajar dengan kawan2. Hihihi..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 12, 2012

PENGASUH EMRAN

Tak ingat berapa lama hantar emran kat pengasuh ni sejak pindah rumah. Aku rasa dia ok bab2 jaga emran, yang tak Ok nya, dia suka mintak cuti. Kalau cuti emergency macam ada sapa2 sakit or meninggal, aku rasa aku boleh consider lah. Tapi ni cuti kawin. Aku faham la kalau pengasuh ada ramai sedara mara, tapi jangan la sampai kerap sangat. Efek kerja aku ni.

Pagi tadi masa aku hantar emran, dia cakap nak mintak cuti 2 hari bulan 12 ni. Muka aku otomatik terus lain. Yela, kerja aku banyak. Bertimbun2 nak kena setel, dia pulak nak cuti. Aku plak memang pesen susah nak amek cuti. Ada sekali hari tu pengasuh cakap nak cuti, aku pun pi la amek mc. Bab mc aku tak kisah, masalahnya kerja aku la yang tergendala.

Ada sekali hari tu pengasuh mintak aku amek half day, tapi mujur ayah emran ada. So dia la yang terpaksa half day aritu. Stress aku kalau macam ni.......

Minggu lepas subuh2 dia dah sms aku, mintak hantar emran lambat sikit, aku ok je la. Mungkin dia ada hal. Rupanya anak jiran pengasuh nak kawin. Dia pergi tolong, dia kata rasa macam nak mintak cuti hari tu tapi tak jadi. Mujur tak jadi, kalau jadi, bertambah stress la aku.

Ni yang aku rasa ringan2 je nak hantar emran ke nursery. Nursery ada tak yang mintak cuti?? Takdak kan?? Aku ingat nak bagi alasan hantar emran ke nursery konon2 nak bagi emran belajar berkawan, tak la budak tu penakut sangat. Aku rasa tu yang terbaik walaupun aku agak risau sebab kat nursery tu ramai, ntah macam mana depa jaga anak teruna aku tu. Banyak kes sekarang ni pasal nursery, so aku takut jugak.

Hmmm.. stress.. stress..

Monday, November 5, 2012

SPM

Nak wish all the best kat semua yang ambik SPM hari ni, termasuk kat sepupu aku
yang tua bangka tu. Hahaha. Salute sama lu la, ibu beranak 3, siangnya bekerja jadi ustazah KAFA, 
balik rumah nak setelkan hal rumahtangga, hal ko-kurikulum budak2, anak2 yang lasak tak hengat.
Tak tau bila masa dia study. Bukan 1, 2 subjek dia ambik, tapi dengar cerita semua subjek.
 
Kalau aku kat tempat dia, aku rasa tak mampu dah nak baca buku.
Otak pun dah berkarat, naik lumut2 dah kat kepala otak aku ni. 
Dengan Emran yang super duper buaih, kang buku ke mana, anak ke mana, 
laki pun ke mana. Hahahaha.
 
 
* teringat SPM 2001, aku tertidoq masa jawab paper sejarah, bukan sebab masa terlampau 
panjang, tapi aku haram tak reti nak jawab. Hahahaha. Mujuq la kredit paper sejarah tu, 
terus gelakkan kawan aku yang mintak paper lebih masa exam, padahal dia failed.
kahkahkah. Aku syak dia lukis kartun ja kat atas paper tu. Saja nak saiko orang. hahaha*



 

Friday, November 2, 2012

KU BENGANG DENGAN ASTRO

Geram sungguh la sapa yang dok buat sales dengan astro ni. Hari raya haji boleh dok call customer nak promote channel super pack 125 tu. Mengganggu privacy orang tengah dok makan daging korban tau dak!!! Pala hotak sungguh la. Ingatkan sapa dok tepon hari2 raya tu kan, angkat pi laaa...

Bila orang tu dok promote2, aku dah malas nak layan, aku cakap, sorry, not intrested. Ok, setel.

Selasa pagi, aku tengah dok kalut buat kerja, henpon berbunyi. Aku pun angkat, mana tau ada panggilan penting. Astro lagi, tapi kali ni aku ingat nak cakap ada bil tertunggak ka hapa. Since aku tengah bizi tahap menteri kewangan + piyem, maka aku mintak dia call balik lepas 5 minit *bizi sungguh masa tu, nak pi kencing pun takdan*

Kepala hotak berjamboiiii, depa call balik malam, lepas maghrib. Nak promote benda yang sama, astro super pack yang 125 ittewwww!!! Kali ni memang aku sound, aikkk.. malam2 pun boleh call??? Dia kata, kan puan tengah sibuk siang tadi, jadi saya call la malam. Budussssnya.

Aku cakap lagi, kenapa awak nak promote benda yang sama, raya haji aritu kawan awak dah call pun cakap pasal ni. Dia kata, ohhhh... dia tak cuti la tu. Nak buat sales. Aiyooooo.  Mencik betoi la.