Monday, December 17, 2012

LIFE MUST GO ON + BEDAK ARAB

Kes kena tipu dengan penipu durjana RAFIEDAH RAMLI tu aku letak tepi, hidup mesti diteruskan. Semangat nak berniaga tu tetap ada. Perempuan penipu ni takkan kaya mana pun dengan duit aku yang dia dah balun. Allah kan ada, esok2 insyaallah, Allah akan ambik balik 'sesuatu' dari si RAFIEDAH penipu ni.

Allah mesti dah janji kan something yang lebih baik untuk aku lepas ni. Aku sangat2 yakin.

Aku dengan kawan aku dah jumpa penjual bedak arab yang lain, walaupun harga tak la semurah harga si penipu tu, hahaha tapi ok la. Tak banyak untung yang kami ambik, dapat untung sikit2 cukup laa. Buat modal beli susu + pampers anak. Hahaha.

Ok, promosi bermula.

Sapa2 berminat nak dapatkan bedak arab kokuryu, berat 50gram, tone russet sahaja (sesuai untuk yang berkulit sawo matang macam aku), harga aku jual rm50 sahaja. Kalau sekali postage tambah rm6, tapi diskaun singgit, so kalau sekali postage, harga rm55 sahaja. Senang nak kira. Hehehe.

Mai.. Mai.. Mai.. Sapa berminat nak beli bedak arab kokuryu, boleh pm noh. Boleh email kat siti_noara212@yahoo.com, takpun sms kat 019-empat empat enam tiga enam kosong satu. Hehe.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 11, 2012

RAFIEDAH RAMLI SI PENIPU DURJANA!!!

Hari tu aku post pasal bedak arab kan??? Sebenarnya sedih nak bagitau, aku dah kena tipu dengan penjual bedak arab ni. RM 370 bukan amount yang kecik, boleh buat macam2. Lepas aku buat payment 4 Dec lepas, terus dia senyap. Call pun tak dapat, email pun tak reply.

Bila aku siasat2 balik, rupanya dia ada guna banyak nick dalam iklan dia. Sat aku list:-

RAFIEDAH RAMLI - ni nama betui perempuan ni
RATU HATI
FIEDAH RAMLI
RAFIEDAH HALIL

Email dia pun ada banyak:-

cantikjelita.my@gmail.com 
ratumalaya@yahoo.com

Ada lagi few email dia yang aku terjumpa, tapi tak ingat nak list kat sini. Masa aku deal dengan dia hari tu, dia guna email cantikjelita.my@gmail.com. Nombor telefon dia aku jumpa dua:-

011-26600191 (aku berurusan dengan dia guna nombor ni)
017-2927793

Dear RAFIEDAH RAMLI, aku takkan halalkan walau sekupang pun duit aku yang hang amek. Allah saja la yang balas segala perbuatan hang ni. Aku yakin, dengan menipu orang, hang takkkan kaya mana pun. 

Monday, December 10, 2012

JUALAN AMAL

AHAD
9 DECEMBER 2012


 Aku ada join program jualan amal untuk rakyat palestin dan derma untuk 2 orang adik yang sakit kat Klang. Start berniaga dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Penat sungguh. Mujur ayah emran sangat membantu, sanggup jaga emran sementara aku berniaga.

Alhamdulillah, banyak jugak stok tikar evamatik dan busha for kids yang terjual. Risau jugak takut takdak orang berminat nak beli. Awal2 berniaga pun ada sorang kakak tu dah condemn, katanya kalau beli online lagi murah. Terus aku rasa down. But then, aku tak boleh nak kata apa, kalau dia rasa beli online lagi murah, please beli kat sana ja la. Aku dapat harga dari supplier pun dah macam tu. Mesti la nak kena mark up sikit. Kalau nak jual harga macam harga supplier, mintak maaf la, memang tak dapat untung la. Kalau nak berniaga tapi tak mau untung, baik tak payah berniaga. Huhu.

Hasil jualan tikar evamatik aku dapat almost rm400, so boleh la menderma untuk rakyat palestin dan dua orang adik kat Klang tu. Semoga usaha kami untuk membantu orang yang dalam kesusahan ni di rahmati Allah.

Kalau tak salah aku, hasil kutipan derma almost rm1500 jugak. Alhamdulillah, ramai yang sudi menderma. Padahal yang berniaga semalam dalam 8 orang saja. Ada jugak pihak2 yang sudi sponsor khemah, tolong bayarkan duit tapak berniaga, sponsor DJ, masyaallah, tak terkira banyak orang yang sudi membantu menjayakan jualan amal kami semalam.

Aku jalan dah terkangkang2 dah ni, sumpah penat. Balik dari berniaga tu, terus pi makan, bola pun tak larat nak tengok. Letih sungguh.



2 orang adik beradik yang perlu di bantu! Hulurkan tangan, ringankan beban.


Thursday, December 6, 2012

SURVER DOWN

Tengah sibuk nak siapkan kerja, dengan nak mintak quotation daripada supplier, dengan nak prepare PO, dengan nak hantar payment slip kat supplier / contractor, boleh pulak server down! Alahai.. Nak ber FB pun tarak buleh jugak! Double stress ni. Hahaha.

So layan pakcik biru, snek mamee monster dulu. Nak keluar lunch pun, pukul 10.30 tadi baru mengkedarah roti canai sebijik dengan melo esss.

Tah pukul berapa la server ni nak ok. Kang start kereta pi Jusco yang baru buka tu baru tau. Hahaha.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 5, 2012

MANJUNG DAH ADA JUSCO!! HAHAHA..

4 December 2012 menjadi hari yang sangat dinanti2kan oleh semua rakyat jelata di Lumut / Manjung / Sitiawan dan kawasan sekitar sebabnya Jusco Manjung akan mula dibuka kepada orang ramai. Tobat orang Manjung pakat serbu sebab sebelum ni kat Manjung ni just ada tesco, giant, 2 bijik billion, the store dan jugak econsave.

Aku pun nak kata teruja tu, tak la teruja sangat, besa ja sebab aku bukan jenis suka shopping. Pi takat jalan2 cuci mata tu ok la. Dulu masa bujang, rumah agak dekat dengan Queensbay Mall tapi jarang2 jugak aku pi. Tak berduit sama. Hahahaha. Itu yang sebetulnya.

Bagi aku, gaji orang2 kat sini takdak la besaq mana kalau nak compare dengan gaji orang kat Penang. Tapi alkisahnya, ramai betui yang tak puas hati Jusco Manjung takdak kedai Guess, takdak kedai Padini, takdak kedai Vincci. Kasut dengan aksesori kat Vincci ok la harga dia, harga mampu milik. Takdak la mahal sangat. Harga  Guess dengan Padini apa bala semua tu aku tak pasti sebab tak penah belek2 harga sebab dah set dalam kepala sejak dulu2, tak mampu kot nak pakai barang2 branded. Almaklum la, orang kampongggg. Hihihihihi.

So, bila ada yang kecoh2 pasal Jusco Manjung takdak kedai2 barang branded, aku serius nak gelak. Memang la perlu ada kedai barang2 branded, sebab kat sini pun bukan semua golongan tak berkemampuan tapi bila tengok orang macam kutuk2 ja Jusco Manjung ni, rasa nak tergelak pulak. Kita kalau beli benda mahal, takkan la kita nak beli tiap2 bulan kan, so tak payah la nak bergaya asal papa, tengok dulu la duit dalam wallet macam mana. Kalau takat nak berlagak konon2 pakai barang branded, tapi duit tak berapa nak hadooo, memang kena sangat la dengan pepatah orang dulu2, asal papa janji bergaya!! Keh3x.

Chow.

Sila layan gambar2 pemandangan Jusco yang sempat aku snap guna henpon belekberi cap hayam.













Tuesday, December 4, 2012

BEDAK ARAB DAN TIKAR EVAMATIK

Mak emran sekarang dah jadi bisneswoman kecil2an. Hahaha. Nak jadi bisneswoman besar2an tak mampu, mana nak cekau duit ye dak? Selain jual tikar evamatik yang ada corak kartun, ABC, mak emran ada jual jugak bedak arab. Tak konfem la kalau pakai bedak arab ni muka terus jadi cun macam minah2 arab.

Untungnya sapa dok area Lumut / Manjung / Sitiawan, tak payah nak bayar postage. Kalau dekat, boleh ja aku (selalunya ayah emran) yang tolong hantar. Hehehe. Kalau jauh sangat, jumpa je la kat mana2. Kan senang. Tapi kalau yang jauh2 tu, boleh ja pos. Tarak hal punya. Hihi.

Bedak arab ni aku amek 2 jenis ja sebab ikut kulit orang Asia ni, 2 warna ni ja yang agak sesssuwaiii. Kelasss aku, dah macam pakar kulit dah. Hihi. Harga untuk 50 gram bedak arab aku juai RM 52 sahaja kalau COD, kalau nak suruh pos, kena bayar RM 58.


Keistimewaan Kokuryu Super Summer Cake ( Bedak Arab):
♥ 3 in 1 moisturizer , foundation, powder
♥ Tahan selama 8 jam
♥ Halal - Boleh diguna ketika solat
♥ Sgt bagus bila berpeluh (bertambah cantik), dan tidak lekat  
pada tisu
♥ Mengecutkan jerawat bg yg berjerawat
♥ Melembut dan menggebukan muka
♥ Disertakan bersama sponge yang lembut dan sedap dipakai


Cara Guna :-
Basahkan span & sapukan kat bedak tu & terus pakai.

Berat :-
50g (tahan sampai 3 bulan bergantung pd pemakaian)

Sapa nak order, boleh email kat:
siti_noara212@yahoo.com


Kalau tak mau email, boleh sms kat 019-empat empat enam tiga enam kosong satu.
Terima kaseyyyy...

 








Monday, December 3, 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Semalam, 2 Dec, genap la umurku 28 tahun. Tua pada umur, tapi hati masih remaja gittew! Semua orang tanya ayah emran bagi hadiah apa. Huhu. Takdak hadiah ponggg!! Ayah emran wish ja. Ok lah tu, sebab aku tau, dia selalu doakan kebahagiaan kami dunia akhirat. Amin.

Takdak coklat, takdak bunga, takdak kek!!

Pagi2 lepas ayah emran balik jogging, dia belikan roti canai. Celebrate birthday makan roti canai ja??? Ok lah tu, orang kat Palestin nu jangan kata nasik, roti canai pun takdak. Syukur alhamdulillah. Harus tahu bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. *feeling ustazah siti bahyah pulak*

Cakap kat ayah emran, nak bawak emran pi Teluk Batik. Aku pun pulun masak kat dapur. Last pi berkelah masa tengah sarat mengandung kat emran. Lama gila tak berkelah. Bizi mengalahkan bini PM.

Tak lama kat Teluk Batik tu sebab Emran dah mula buat hal. Nak makan pun tak senang, Emran dah korek2 pasir lempaq atas tikar, mujur tak masuk dalam bekas lauk, kalau tak mak ayah emran putih mata, lauk dah tak boleh makan. Hihi.






 Bakul berisi pisang sebiji, termos pink penutup dah hilang, keropok ikan, 
biskut emran, botol susu emran, air masak. Tidak kelihatan disitu ialah
bekas nasik dan 3 bekas lauk. Hihihi.


Ayah emran tengah explain, "ini biji moktan, tak boleh makan tau". 
Emran sengih2 macam paham. 
 

Emran tengah makan moktan. 
Emran kuriyes, benda ni boleh makan dak??
 

Emran dah besaq, nak jalan sendiri.
 

Haiiiii.. Saya comel kan.. Jalan macam orang tengah joget.