Friday, November 22, 2013

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER

 Emran dengan tudung aku. Suka sangat nak pakai tudung, abeh tudung2 aku dia sangkut kat tengkuk. 
Gigi so comel.. hahahaha..


 Jeling apa ni amna? Muka serius ja.. Kat tangan tu pegang roti.. 



Duck face untuk papa. Papa takdak malam ni, duty. :-).
 


Alaaa amna, apa makan sampai muncung mulut ni? Makan kena sopan ok. 

Thursday, November 14, 2013

CONSULTATION COSTS

Semalam bawak Emran dengan Amna pi Klinik Zarina, Manjung sebab budak2 ni kan dah seminggu lebih batuk2 manja dengan selsema, saja nak suruh doktor check paru-paru depa, takut jugak la kan ada apa2 masalah ka apa. Alhamdulillah, doktor checked, semua clear. 

Doktor tanya nak ubat demam dak?
Aku cakap, tak payah la doktor, kat rumah ada lagi.
So malam ni, no ubat. Yillek!
Hihihih.

Ok, setel, jom balik!!
Aku pun menonong la jalan pi kat kereta, dok tunggu ayah emran awat tak keluaq2 lagi. Masuk balik dalam klinik, tanya awat lambat sangat. Dia kata tunggu la, check dulu kena bayaq ka dak. 
Tengok2, memang kena bayaq haaa. Hahahaha.
Tobat aku malu. Main menonong ja balik, ingatkan tak amek ubat tak kena la bayaq apa2 kan.
Ishhh.. mujuq la tak terus balik, kalau tak konfem malu.
Mana nak letak muka ni haaa.

 Hai gojes semua!!!


 
 Budak ni kan, senyap2 dia pi dalam bilik pakai telekung aku, lepas tu dia macam lemas. Tak jumpa lubang nak masukkan kepala, lepas tu sibuk menjerit. Aku ingatkan apahal dok menjerit. Hahahaha. Lawak emran. Jangan la pakai telekung mama tu.

Wednesday, November 13, 2013

BAJU MURAH

Aku adalah manusia yang tak berapa kisah nak beli benda2 murah untuk diri sendiri ataupun untuk anak2 aku. Orang kata pa, ukuq baju di badan sendiri. Kalau rasa tak berapa berduit tu, pakai / guna saja la benda yang ikut takat kemampuan kita. Jangan berhabih semata2 nak nampak segak / hebat kat mata orang, sedangkan menanggung hutang / duit tarak. Aku bukan nak perli sapa2, ni peringatan untuk diri aku sendiri. Mohon jangan terasa. Hihihihi..

Aku rasa dah lama sangat aku tak shopping baju anak2, kesian emran dengan amna, dok ulang pakai baju yang sama ja. Baju yang sedia dok pakai tu comot sebab dah selalu sangat dok pakai. Hahaha. Lepas lunch dengan ayah emran kat kedai mamak tu, terasa nak singgah kat 1 kedai baju tu, dah lama lalu2 kat situ, tapi tak penah singgah. So lepas lunch tu, aku singgah situ. 

Masuk ja dalam kedai tu, tengok harga baju bawah rm10!!!
Aku sangat suka. Baju2 sangat comel pulak tu. So aku grab baju 2 pasang kat amna, 2 pasang kat emran, dan sepasang untuk zahra. Untuk aku, yillekkkk!!! Tapi aku beli apron murah rm1.50. Balik2 rumah terus rasmi, tak best sebab bila basuh pinggan mangkuk kat sinki, still basah baju aku. Barang murah kan, so tak boleh nak expect yang hebat2 la kan. Silap banyak tak beli apron yang kalis ayaq tu, baru rm3.50. Ok, aku menyesal. Hahahaha.

Baju pink ni harga 14 ringgit something. Aku tengok2 terus berkenan, pink pulak tu. So baju ni untuk Zahra Safiyya.

 Baju ni untuk Nur Amna Safiya. Actually, baju ni untuk budak 3 tahun, tapi sebab aku dah terberkenan dress ni, maka aku beli jugak. Aku tengok size kecik tarak. Harap2 Amna look nice pakai dress ni.

Dress ni rm8.50.


Ni pun untuk Nur Amna Safiya. Nak elak dari beli banyak sangat baju pink, so Mama pilih purple untuk Amna ye. Harga rm8.50.

Baju emran aku tak snap sebab budak tu terus sibuk nak pakai masa dia nampak aku keluarkan baju2 ni dari plastik. But then, aku sangat2 puas hati dengan hasil shoppingan aku. Biar murah asal bergaya. Kehkehkeh.




Monday, November 11, 2013

SETEL INTERVIEW DAN GMBO

Khamis dan jumaat lepas aku ada attend interview. Preparation untuk pi interview tu, aku beli kasut baru, RM16. Hahahaha. Beli kasut murah sudah, kalau tak dapat pun tak frust sangat. Tapi kasut tu agak nice walaupun harga sangat murah. Sesuai kalau lepas ni nak pi makan kenduri, boleh pakai kasut RM16 tu. 
Gambaq kasut baru tak hado, dah snap gambaq kasut tu sebenaqnya, tapi ternampak plak tumit kaki yang merekah, makanya aku delete gambaq tu. Huduh tumit kaki merekah oii...

First interview tu, ada 3 orang penemuduga, sorang pompuan HR dan 2 lelaki. Bertubi2 aku kena asak dengan soalan2 yang gila vavi, aku pun klentong la pung pang pung pang.. Alhamdulillah, setel. Dapat tak dapat belakang kira. Second interview ni macam taik sikit, dalam email tulis interview pukul 10 am, aku sampai lebih kurang 9.30am. Memang elok la kan sampai awal, takkan interview pukul 10am, nak mai pukul 11am lak.

Masa guard bagitau pukul 10am nanti org ofis tea time, dia suruh aku pi lepak kat kereta dulu, 10.30am nanti baru masuk. Eee... jebon sungguh. Maka aku pun pi tunggu kat kereta, on aircond, on radio, makan la roti gardenia tanpa ayaq, aku risau tercekik sebab aku makan apa2 memang pesen tercekik. Alhamdulillah, ok tak tercekik. 10.30am aku masuk balik dalam kawasan kilang tu, dan berjalan masuk ke dalam kawasan ofis. Tapi camtaikkk lagi sebab aku terpaksa tunggu interviewer tu sampai sejam. Gilaaaa.. Aku ingat kalau company kecik, dah lama aku blah. Sebab pikiaq company ni macam glemer ja kat kawasan ni, so aku tunggu jugak la. 

2 orang interviewer pompuan, still aku kena asak macam2 soalan. Yang hampeh, gaji depa offer agak kecik dari gaji sekarang, dah la sabtu pun keja. Lagi la hampeh. So aku jadi agak frust. Apa2 pun aku harap lekat la salah 1 interview aku tu. 

 Gambaq dari dalam kereta. 


 Roti gardenia perasa jagung. Sedap, tapi makan tadak ayaq, takut tercekik mampoih nak mintak tolong sapa




Aku dah daftar niaga tau, bisnes kecik2 aku nama Amnashop Enterprise. Tengok la sijil aku yang SSM pos, terkoyak tau. Bukan salah SSM la, tapi encik posmen dah lipat2 sijil aku tu sebab nak masukkan dalam postbox. Hmmm.. daku kecewa. Geng2 usahawan kecil jom la isi gmbo yang kerajaan bagi grant rm1k tu. Sampai tahun ni saja weh, aku pun baru dapat tau yang permohonan aku dah lulus. Lega. Grant rm1k yang kerajaan bagi boleh la guna untuk buat modal perniagaan. Aku cadangnya nak beli sikit stok letak kat rumah, lepas tu nak beli mesin timbang dengan mesin nak tape kan plastik tu, so senang nak buat stok sikit2 kat rumah. Kadang2 orang demand, dah siap packing 500gram, depa nak pulak 200gram, so kalau ada penimbang sendiri, senang la aku nak packing barang. Harap2 Amnashop Enterprise maju jaya hendaknya. Aminnnnnn....

Tuesday, October 29, 2013

KASUT BARU PELISSSS

Alhamdulillah, aku dapat call untuk pi interview 8hb nanti. Harap2 ada rezeki aku. Aminnnn...
Tapi masalah sikit, sebab aku takdak kasut yang sesuai nak pi interview. Bulan lepas masa interview kat Seri Iskandar, cari2 kasut nak pakai pi interview, tak hadoooo.. Gila khinzir dah aku masa tu, takkan nak pi beli kasut baru, keja tu belum tentu dapat lagi. Hahahaha. Cuak, neves semua ada, dah la dah lambat sangat masa tu. Nak drive ke Seri Iskandar tu bukannya dekat, 45 minit jugak oiii.. Last2 aku pakai kasut hitam bertutup yang aku pakai masa pi intervirew gomen penolong pegawai tadbir tu. *hampeh, tak dapat pun keja ni.hahahaha.bukan rezeki aku nak jadi penolong pegawai tadbir.ekekekeke*


Rupa kasut tu lebih kurang kasut ni la. Tapi ni berjenama Alain Delon gitu, kasut yang aku beli tu tak hadoo jenama, beli kat billion harga dalam RM35 gitu. Itupun kira mahal dah. Hahaha.
Gambar curi dari sini


Bayangkan la, aku pi interview kat kilang, tapi pakai kasut gini, macam tak sesuai, masa tu aku gelak kat diri sendiri. Sebab nampak macam budak nerd gila pi interview kilang pakai kasut orang pi interview gomen. Lantak la, dah terdesak sangat, mana pi ntah kasut crocodile aku tu.

Jadinya untuk interview 8hb nanti, aku perlukan kasut baru. yesss.. kasut baru. Mungkin dengan invest sikit duit untuk beli kasut baru, maka aku dapat job ni. Hahahaha. Bajet bagussss... Wish me luck ya. :-)






Monday, October 28, 2013

ROTI KERAS KEJUNG


 Tiap2 minggu aku mesti beli roti gardenia yang sebijik 7 kupang tu, bekal emran pi rumah pengasuh. Samada inti coklat atau jagung. Aku kena make sure kat rumah ada stok roti, sebab emran kan pemakan roti, dia tak makan nasik. Kadang2 emran tak makan, mak ayah dia yang makan. Jadi, stok roti harus ada dirumah.

Aku ni berasa sungguh teringin nak buat roti. So, gugel2 la resepi nak buat roti. Tengahari tu keluar lunch siap beli semua2 bahan nak buat roti, semangat gila nih. Semua bahan rasanya dah terpahat dalam memori. Tepung, yis kering, gula, garam, ayaq, teloq. 

Alkisahnya malam masa nak start buat roti, nota nak buat roti tu tertinggal kat ofis plak. Tapi still rasa konfiden nak buat roti sebab rasa macam ingat lagi semua bahan2. Dah siap2 uli apa bagai, kena biaq sejam kan. Lepas tu baru teringat lupa nak letak teloq. Cissss.. tawakal saja lah. Bila pi tengok doh yg dah biaq sejam tu lembut, waaaa.. berbunga rasa hati ni. Konfem jadi nih roti aku.

Dah masuk dalam oven, bakaq 45 minit sekali tengok roti aku jadi keras kejung. Rupanya salah time, kena bakaq dalam 25 minit saja. Adoiii.. Kejung pun kejung la, janji still boleh makan. Sekarang ni pantang tengok tepung, tangan ni menggigil rasa nak menguli buat roti. Hahahahaha...

Tapi ada anak kecik ni macam susah la nak buat semua ni, sat2 emran pi terpa kat dapoq, sat2 amna merangkak pi dapoq. Adoiii... Last2 aku amek doh tepung tu bagi emran gentel2. Insyallah. lepas ni nak try buat roti lagi. Semangat nak buat roti takkan padam dari hati walaupun roti pertama keras kejung.

 
Roti ni actually tak la keras mana, still boleh makan. So nak bagi berselera, aku celupkan roti ni dengan coklat, then tapau ke ofis. Licin haaaa... Sampai menjilat2 jari. Nampak benooo kata sedap haa. Hihiihi..

Tuesday, October 22, 2013

BOLEH KAYA TAK DENGAN BERBLOGGING????

Bosan taktau nak update pasal apa. Aku letih packing barang sebenaqnya. Company dah hampir mau close. Best part is, ofis baru belum dapat, tapi dah sibuk dok packing2. Masalahnya, kotak yang belambak ni tak boleh nak susun2 letak satu tempat, depa suruh letak kat mana file tu diambik. Abeh semak tempat aku dengan kotak yang melambak ni. Tapi ok, jangan suruh aku angkat kotak2 ni sudah. Memang tak ter angkat sebab soo berat. Boleh jatuh peranakan. Noo wayyyy!!!

Kemarin aku saja gedik tengok nuffnang, dah berapa juta duit aku ada dalam tu. Kalau banyak, boleh la cash out. Boleh beli susu ka, pampers ka apa. Kalau ada lebih ingat boleh beli lip gloss ka apa, aku ni bibir kering, lip gloss pun haram tak dak nak pakai. Soooo kesian! Kerja penat2, tapi lip gloss pun tak mampu nak beli. Hahahaha. Sapu minyak masak dah la, konfem bibir jadi sooo glossy.. *jimat duit tak payah beli lip gloss cap mebelin*
 
 
Dah berapa lama amount tu tak berganjak2. Dapat rm50 pun jadi la, dah boleh cash out. Hahhaha. Kesian sungguh la, orang lain setahun cash out ntah berapa kali. Hahahaha. Kesimpulannya, memang tak kaya la kalau berblogging syok sendiri macam aku. Pi melawat blog orang pun tak, camno orang nak mai blog kita kan, nak harapkan silent reader pun tak hado. Memang cekelat hangin.


Monday, October 21, 2013

SEPRAIS BESDAY PARTY YANG HARAM TAK SEPRAIS

Sabtu lepas besday ayah emran. Aku dah siap booking dengan sorang kakak buat kek ni haaa,, siap suruh dia mai hantaq kat rumah. Kalau nak pi ambik kat rumah dia, susah jugak, aku bukan reti kawasan rumah dia tu. Lagipun, kalau pi amek kek tu, mesti kena ajak ayah emran teman, takkan aku nak drive sambil emran meloncat2 kat seat belakang, bahaya budak tu. Drive sat dari rumah pengasuh nak balik rumah ok la. 

Besanya ayah emran balik dari duty dalam 8.30 pagi. Kak tu pun awai tu bagitau kata dia nak mai hantaq kek dalam kol 8 pagi sebabnya lepas tu dia ada kelas baking plak. Elok sangat la tu. Sempat la aku simpan kek tu dalam peti ais dulu lepas tu berlakon kata tak ingat yang haritu besday ayah emran.

Dah dekat 8.30 pagi kak tu tak sampai2 lagi. Ishhh.. jangan la sampai sama time dengan ayah emran balik. Benda hat tak harap nak jadi tu la nak jadi. Masa kakak tu hon depan rumah, sekali srettttttttttt.. ayah emran pun sampai. Ayah emran pelik la tengok ada kereta lain depan rumah. Dia tanya aku pasai pa?? Aku diam, takkan nak cakap aku order kek kat dia kot.

Lepas ayah emran tengok aku bawak kotak kek, ayah emran gelak2. Dia kata, kantoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. Haaaaa.. Memang kantoi pun. Seprais tak menjadi. Hahahaha.. 



Ni snow cheese cake, berat 800gram. Sekali delivery kakak tu charge rm35. Murah ka dak? Murah la kot. Hahahaha. Emran tak makan pun kek ni, dia makan benda yang bentuk love dengan bunga tu. Jadi, mak ayah emran saja la yang melantak sebijik kek ni. 



Esok paginya buat cek mek molek ni. Sebijik keledek dapat banyak ketoi jugak cek mek molek ni. Aku sempat makan berapa bijik, yang lain semua besday boy yang makan. Uwaaaa... 
Sedap plak cek mek molek ni, lembut, gebu dan gebusss.. Hahahaha..
Nanti nak buat lagi la.. :-)


Thursday, October 17, 2013

CRAVING FOR RED VELVET CAKE...!!!!!

Haritu masa balik kampung, adik aku ada beli 1 slice kek red velvet Secret Recepi punya. 
Mula2 cakap nak rasa sikit, last2 dekat nak habis aku merasa.
Tu bukan merasa lagi dah tu, tu macam melantak terus. 
Sebab takut kena marah, so aku simpan sikit untuk adik aku.

Pukul berapa pagi ntah aku bangun buatkan susu kat emran
Aku buka fridge dan ternampak si baldu merah tu
Alahaaaaaiii.. Tergugat iman aku niP
Pagi2 buta aku makan lagi sikit kek red velvet adik aku tu
Huhuhuhu.. Takut nak makan banyak2, memang tinggal sikit sangat dah..
Takut kena marah.. Hahahahaha...

1 day before raya haji, aku tengok ada orang dok promote kek red velvet ni
Aku pun memang tak buat kuih raya langsung, takkan nak balik rumah mak mertua lenggang kangkung saja kan
Memang dasar menantu hantu sungguh laa
So aku order la kek red velvet lagi
Murah ja, rm10 1 bekas. Hihihihi...

Sebelum balik rumah mak mertua, ayah emran sibuk nak merasa dulu kek tu
Mana boleh!!!! Takkan nak bawak balik bekas kita dah makan bagi mak mertua
Haipppp... No, no, no..

Sedap woiii kek tu walaupun harga rm10 ja
Aduhaiiii.. tekak ni terasa macam nak makan lagi kek red velvet tu, tapi dok godek2 resepi
Hazab betoi tengok resepi tu, susah ya rabbi
Aku ni dah la pesen keras tangan, mana penah masak2 kek ni haaa...

So, godek2 lagi resepi2 kek yang mudah sikit, so tengok la snow cheese cake
Tengok macam resepi2 tu senang difahami
Rasa macam nak try buat lah

Ni haa resepi snow cheese cake, copy paste dari blog Hana

RESEPI SNOW CHEESE CAKE
Bahan-bahan
Untuk Kek
  • 4 keping slice cheese - 6 keping
  • 170ml susu segar - 250ml
  • 70g butter - 100g
  • 80g gula halus -100g
  • 80g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine) - 110g
  • 4 biji telur - 6 biji
  • 1sk esen vanila
Untuk Topping
  • 250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf - parut
Cara-cara
  • Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
  • Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana. 
  • Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi.  Kacau menggunakan whisk.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  • Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
  • Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar.. contoh lihat dibawah)
  • Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
  • Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.(hana potong guna pisau pemotong roti)
  • Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan.

Wednesday, October 16, 2013

KEJUTAN ISTIMEWA UNTUK AYAH EMRAN

Hari sabtu 19 oktober ni birthday ayah emran
Aku takda la nak buat sambutan birthday yang besar2an gitu
Buat ala kadar saja, almaklum la poket dah kering
Hahahaha

Kek dah tempah, siap mintak orang kek tu hantar kat rumah
Siap kena charge rm5 sebab mintak dia hantar kat rumah.. hahahaha..
Hadiah belum beli, tapi dah dapat idea nak beli apa
Harap2 ayah emran suka :-)
 
Mintak2 la birthday aku nanti ayah emran belikan aku mesin jahit.. hahahaha
Aku teringin nak menjahit
Dapat jahit bodo2 pun jadi laaa
Macam la sempat nak menjahit, dengan nak kepung emran lagi, amna lagi
Wakakaka
 
Apa2pun, jumaat nanti baru nak cari hadiah
Untuk papa, We love you..
 
 Masa kat langkawi tahun lepas, tengah pregnantkan amna.. Hihihi..



Thursday, October 10, 2013

GAMBAR CURI

Dah banyak hari tak post entri baru. Malas, bukan sebab busy. Nak kata busy packing barang ofis, tak jugak. Almaklumla company ni dah nak close hujung december nanti.

Aku curi gambar dari blog adik aku. Dia kat kampung sekarang, cuti dari study, sebab nak tolong mak dengan kak la jaga ayah. Baiknya hatimu wahai adik. 
 
 Zahra memang cucu kesayangan tokwan. Comel ja dok peluk2 tokwan.
Comel, mulut murai, bijak sungguh zahra ni. 


 Zahra dengan burung tokwan. Masa ayah aku sihat dulu, dia ada bela burung. Sekarang ayah dah tak sihat, tak dak sapa nak jaga. Mungkin sebab tu family aku lepaskan burung ni.


Kak La merangkap ibu zahra. Tengah belajaq muqaddam kot. 

Friday, October 4, 2013

HARI TANPA HANDPHONE

Salam Jumaat.
Hari tanpa handphone. Emran main handphone semalam, main game pou.
Sampai habis bateri. Pagi tadi sebelum nak pi kerja, puas mencari.
Angkat selimut, angkat bantal, angkat toto.
Tilam tu kalau ringan memang aku angkat sekali.
Tapi konfem lahhh.. Tak jumpa jugak handphone aku.

Rasa lain macam bila tak dak handphone
Bukan apa, mana tau ada org call, whatsapp yang penting2
Mau nya pengasuh call bagitau emran demam ka
Mintak dijauhkan la benda2 yang tak elok
Uwaaaa.. Mana handphone aku niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....!!!!!!!


Ni pic amna tak berbaju. Terpaksa edit2 sikit, kang nampak kecekcian amna.
Amna dah 9bulan dah.
Makin banyak akal, gigi belum ada
Dah boleh berdiri berapa second lepas tu gedebuk jatuh
Jadi anak yang baik ye Amna
Saayangggg amna

Monday, September 30, 2013

GAME POU

Henfon aku takdak game pou
Henfon ayah emran ada game pou
Ayah emran bengang emran selalu main game pou kat henfon dia
Ayah emran installed game pou kat henfon aku
Lepas tu emran mesti teriak2 nak main game pou kat henfon aku
 
Pagi tadi emran jaga 4.30 pagi
Dia nak susu
Aku buat susu
Lepas minum susu dia cakap "nak icuuu"
Memang aku tau dia nak henfon aku
Aku bagi henfon aku
Dia main game pou sambil gelak2
 
Dekat pukul 6 pagi aku tersedar macam orang tarik laci baju
Lepas tu emran start mengamuk
Aku bangun tengok dia dok mengamuk sakan
Aku tanya dalam keadaan mamai
"Emran, mana henfon mama?"
Dia dok mengamuk lagi
"Emran, mana icuuuu?"
 
Rupanya dia sembunyi henfon aku dalam laci baju
Bertuah punya anak
Mujur awal tu aku dengar orang tarik laci baju tu
Kalau tak sampai fengsan gamaknya aku nak cari henfon aku
Nak miskol pun tak boleh
Sebab aku tukar pi flight mode
Kalau biar henfon aku tu
Sudahnya dia sms orang merata hala
Dia call orang sana sini
Siap whatsapp gambar lantai, gambar dinding
Aduhaiiii...
 
 
 Budak suka main game pou

 
Masa raya aritu.. 
 
Pastikan bateri sentiasa cukup, nanti ini budak mau main game pou
Grrrr...
 
 

Friday, September 27, 2013

BUKAN HANTU....!!!

Salam Jumaat, penghulu segala hari. 
Dalam entri semalam kan ada cerita pasal emran snap gambaq hantu, rupanya bukan hantu betoi2, tapi hantu yang mai dari apps 360camera tu. Geramnyaaaaaaaaaa.. Emran dah berjaya menakutkan aku dengan bapak dia. Aku sure bapak emran pun cuak jugak bila tengok gambaq tu, tetiba je kan ada hantu dalam rumah. Of course la hantu ni ada kat mana2, tapi apa yang emran snap tu, hantu tipu. Uwaaaa.. Aku sampai tak leh tido dok fikir rumah ada hantu. Haishhh...

Jadinya bila Kak Anis bumblebee bagitau kata hantu tu mai dari application tu, maka aku pun balik bagitau kat bapak emran. So snap la 1 gambaq sebeb nak tunjuk kat bapak emran yang application memang canggih, dapat boh hantu dalam gambaq kita. Bapak emran pun kagum, siap nak install apps tu kat henpon dia. Hahahaha. Lepas tu emran main2 henpon aku.

Bertuah punya anak, dia pi send gambaq hantu yang aku saja testing kat bapak emran tu kat kawan2 group whatsapp aku. Menggelabah kawan2 aku ni haaa. Hahahaah. Ada yang masa tengok tu tengah drive, mujur tak lepas stereng katanya. Hahahaha. Kesian kawan2 aku, semua pakat takut. Nak bangun kencing tengah malam pun dok teringat gambaq hantu tu. Hahahah.

Lepas gambaq hantu tu telah menakutkan ramai orang, maka aku dah decided untuk uninstalled 360camera tu. Eeee... walaupun benda tu fake, tapi nampak sgt real. Tak payah nak takutkan diri sendiri or orang lain. Walaupun amek gambaq pakai apps tu boleh buat muka jadi gebu ya amat, tak nampak kesan jerawat, jeragat yang bertempek kat muka, tak kisah la. 

Sekian sahaja cerita seram untuk hari ini. Baiiiiiiiii..



Ni gambaq snap pakai camera henpon yang biasa tu..


Gambaq ni guna apps 360camera tu.. Nampak gebus2 sikit la.. Ni muka zaman tak beranak pinak lagi, belum kawin pun rasanya.. Hehehe.. Comel tak Kak Ton???? Ekekekeeke..


Thursday, September 26, 2013

"Emran, tolong jangan main handphone Mama.."

Ni kisah semalam. Emran tengah main2 dengan henpon bapak dia, so dapat la aku belek2 henpon aku. Emran memang suka dengan gajet2 ni, tak kira la henpon ka, tablet ka. 2 bijik tablet bapak dia dah jahanam, skrin pecah dikerjakan emran. Kalau bateri abeh, dia mengamuk, ketuk2 atas lantai.

Aku ingat nak clearkan sikit gambaq2 yang melambak dalam henpon aku ni. So aku pun buka la camera folder. Lagipun masa aku pi interview petang tu aku ada snap gambaq ikan flower horn kat reception area tu. Lawa pulak aku tengok ikan tu. 

Malam sebelum tu bapak emran duty, so emran main2 henpon aku. Dengaq lagu la, main game la, tengok gambaq la, uninstalled habis semua software2 yang aku dah installed, termasuk la amek gambaq. Ntah apa benda dia snap aku pun taktau. So semalam aku nak delete la gambaq2 merepek yang emran snap tu. Kadang2 dia snap gambaq lantai, gambaq kaki dia, lepas tu pi share dengan kawan2 aku kat whatsapp. Kang orang ingat kaki mak emran lak, naya...

Masa tu aku tengah delete gambaq satu persatu. Semua gambaq tak lawa yang emran snap aku delete. Memang aku selalu off lampu dalam rumah, konon2 nak bagi emran dengan amna tidoq awai. So mostly gambaq yang emran snap tu gambaq gelap, memang tak nampak apa. Sampai satu gambaq tu aku terkejut, "eh.. macam mana ada gambaq hantu plak ni". Kelam kabut aku delete.

Bapak emran masa tu memang dok sebelah aku dok tengok gambaq2 yang aku tengah delete, dia pun nampak gambaq hantu tu.

Aku: Papa nampak tak?
Bapak emran: Buat taktau sudah la..

Aku tak puas hati, aku tanya lagi,,,

Aku: Papa nampak ka tak?
Bapak emran: Nampak la, buat apa delete.. 
Aku: Delete la, sebab takut.. Terkejut..

Sepanjang malam aku teringat pasal gambaq tu.. Aku bajet mungkin kawan2 aku yang share kat whatsapp, tapi sepatutnya gambaq2 yang depa share akan masuk ke whatsapp folder, bukan camera folder. Haihhhh.. Pagi ni aku mai keja, terus google gambaq2 hantu, kot2 gambaq yang aku tengok tu sebenarnya mai dari internet, tapi tak jumpa plak. So konfem la, gambaq tu memang mai dari camera henpon aku.

Kena perbanyakkan baca al-quran lepas ni. Tak sangka pulak ada benda2 ni, sebab sebelum tak rasa apa2 pun. Baru2 ni ada la tengah malam, emran menangis tanpa sebab, teriak tak mau2. Dekat sejam, risau jugak aku. Bagi susu takmau, baling2. Perut masuk angin ka. Last2 pujuk bagi henpon bapak dia, lepas tu baru senyap. 

Dah tengok gambaq tu, ingatkan aku untuk lebih beringat dengan Allah. Mesti benda tu ada dalam rumah sebab kurang baca quran atau baca yassin. Maghrib2 pun dok mengadap tv, berhenti untuk solat maghrib, lepas tu sambung tengok tv. 

Rugi sebab dah terdelete gambaq tu.. Kalau tak boleh share dgn semua orang.. 
 



Wednesday, September 25, 2013

INTERVIEW DI SERI ISKANDAR.. DOAKAN DAKU...!!! DAN BINI MAT YO...

Harini aku ada interview kat Seri Iskandar, mulanya dah set pukul 10 pagi interview tu, 2 hari lepas kot depa call balik cakap nak tukar time, so interview pukul 3 petang. Kang tengahari aku cabut. Disebabkan jarak dari Manjung nak ke Seri Iskandar tu agak lama, 45-50 minit memandu (aku consider lama sebab selama ni dari rumah ke tempat keja dlm 10 minit sahaja). Tapi yang lecehnya, banyak traffic light la kalau nak ke Seri Iskandar ni.Takpa2, alah bisa tegal biasa. Semoga aku berjaya. Yeehaaaa...

Memang dalam hati demand nak kerja yang dekat2. Senang kan, kalau anak sakit demam, boleh celapak balik laju2. Tak payah nak kelam kabut ke tempat kerja, ni kalau dapat kerja jauh2, mesti kereta viva aku tu kena tukar pi enjin jet kot. Cepat sikit haaa sampai rumah. Itupun kalau dapat. Tinggi pulak angan2, konon akan dapat kerja ni.

Memandangkan harga minyak naik, so aku kena demand gaji lebih sikit la dari sekarang kan, yela nak kena cover duit minyak. Kalau dapat lebih kurang gaji sekarang, macam tak berbaloi la. Harap2 company tu offer gaji lebih sikit. Hahahaha.. See, berangan lagi. 




Comel gila kan gambar matyo dengan bini dia. Hahaha. Sapa la yang pandai mengedit2 ni. Sayu ja tengok muka matyo. Wakakaka. 2, 3 hari ni kan kecoh pasal bini matyo yang maki hamun pakcik guard tu. Sangat2 kurang ajaq kot, cakap macam tu dengan orang yg lebih tua. Yang matyo pulak, boleh ja tercegat tengok bini dia dok maki pakcik tu. 


"Pakcik dayus.. dayus"

Tu ayat2 yang bini matyo cakap. Alahaiii.. Sedap sangat bahasa yang dia guna, dengan orang tua pulak tu. Please matyo, sila tegur bini anda. Bajet matyo akan baca blog aku kan. Wakakaka..

Arini ada video baru, ada orang pi interview pakcik tu. Kononnya bini matyo ada tendang pakcik tu, matyo pulak tolak pakcik guard tu. Lepas tu depa claim kata depa ni keturunan kerabat diraja mana entah. Dah salah parking tu, mengaku ja la salah. Tak payah nak tunjuk hebat, baru jadi pemain bola dah tunjuk lagak, belum jadi angkasawan macam Dato' Syeikh Muzhaffar tu haaa.Hangin jugak la dengan kes laki bini yang biadap ni.


Apa2 pun, glemer matyo laki bini. Boleh jadi selebriti lepas ni. Puiiii...


Monday, September 23, 2013

BERMULANYA HARI TANPA BIHUN GORENG DAN RENDANG KERANG

Pagi tadi singgah kedai PCK beli oat. Lepas pi treatment terapi ion jumaat lepas, aku decided takmau makan bihun goreng dan rendang kerang lagi!!!!!!!!!!
Janji dengan diri sendiri sebab bila tengok kesan ayaq tu agak menyeramkan. Buat milo segelas, campur dengan berapa camca oat. 

Tapi belum pukul 12 aku dah start kelaparan. Nampak gayanya kena pi lunch awal. Hahaha. Mengigil kepala lutut ni haaa. Tak larat nak telan ayaq masak banyak2. 


Ni haa nak promote sikit. Party pack limited edition.
Dalam pack ni ada:
Chocodate 10 biji
Peanut Candy 33 biji (random)
Berat +/-500g

1 pack RM30 (exclude postage).
 Kalau berminat, boleh sms/ whatsapp kat 019-446360(satu).


Friday, September 20, 2013

ION TERAPI

Jumaat minggu lepas aku dah try berbekam. Jumaat minggu ni try pulak terapi ion. Makan dulu sebelum pi rumah Pak Lah Barokah kat Manjung Point tu. Bagi2 salam, keluaq la makcik muda sikit dari mak aku. Sempat la aku dengan kak faz belek2 gambaq yang ada kat dinding tu, anak perempuan dgn anak laki makcik ni dua2 navy. Bangga tengok gambaq anak2 makcik ni dok pegang senapang. Ahli keluarga aku mana ada pegang2 senapang ni haa, ayah emran sorang saja la. Tu pun mana ada gambaq dia pegang senapang gantung kat dinding rumah. Hehehe.

Elok aku dah celup kaki dalam bekas kuning tu, baru tau yang orang menyusu tak boleh buat terapi ion ni, nanti susu boleh kering. Ishhh.. tiba2 rasa nak kensel. Tapi kesian jugak kat makcik tu dah terbongkok2 angkat bekas ayaq tu, go on saja la. Makcik tu suruh minum banyak ayaq. Harap2 tak kering la susu ni, kesian kat anak dara aku, si Amna tu.

Awal2 tu nampak la macam selaput2 hitam dok terapung atas ayaq yang kita rendam kaki tu. Makin lama makin banyak. Keluaq pulak benda kotoq warna kuning merah2 sikit. Alahaiii.. Banyaknya. Aku dah seram dah tengok ayaq tu. Daripada ayaq jernih dah tak jadi jernih.




Haaaa.. Tu gambaq ayaq jernih yang dah bertukar warna. Makcik tu pun explain la, aku ni kolestrol banyak ni. Lepas tu ada masalah toksin dalam sendi. Uwaaa... rasa takut pulak. Kena jaga kesihatan betul2 ni. Jangan makan sebarangan, alahaiii.. Takut pulak sebab main bedal ja apa nak makan. Ni dah tau macam ni, tiba2 yang rasa nak jaga makan, nak jaga diri betoi2.

Tapi aku dah tak boleh buat terapi ion ni, sebab aku masih menyusu amna. Takmau la nanti susu aku kering. Apasalahnya kalau aku susukan amna lama sikit, tak kisah la walaupun la ni amna isap susu pesen panjat atas badan aku, dia buat macam2 style pun aku tak kisah. 

Sapa nak cuba ni boleh la. Makcik ni charge rm5 ringgit ja untuk 40minit. Rugi sebab aku dah tak boleh buat terapi ion ni, tapi takpa la, demi amna mama rela. Hihihi.


Thursday, September 19, 2013

AIR PUTIH

Bulan posa haritu aku jadi kencing tak lawas, nak terkencing tapi air kencing sikit. Yela, dah berbuka, makan banyak, perut dah kembung macam belon, aku pun jadi kurang nak minum air. Sahur pun kurang minum air jugak. Aku dah pi check kat klinik, doktor cakap takde apa2 problem, aku sakit pinggang sikit, doktor kata mungkin sebab angin. So doktor bagi ubat angin dengan ubat kencing tak lawas. 

Sejak kes kencing tak lawas tu, aku memang kurang minum air berwarna dan air bergula. Kalau makan kat kedai pun, memang aku akan mintak air putih. Nampak macam orang sengkek sebab minum air putih, tapi bukan tu faktor utama. Tapi ok jugak, bayar duit makanan je la, jimat duit air. Aku memang suka minum air putih. Kalau dekat ofis, banyak jugak la air putih yang aku minum. Kat rumah kurang sikit, sebab aku terpaksa bersilat dengan amna dengan emran, so minum bila sempat je la. 

Bila aku tengok air kencing aku warna kuning sikit, aku dah start risau. Aku dah jadi lebih hebat dari doktor, aku assume air kencing aku kuning sebab aku kurang minum air putih. Hahahaha. So cepat2 aku minum banyak air putih.

Masa tengah taip entri ni aku tengah pandang bekas air aku macam dia tau yang aku tengah tulis pasal dia. Hahaha. Macam ada satu aura yang menarik2 aku suruh minum air putih. Gamaknya dah kena rasuk dengan hantu air putih. 

Minum banyak air putih elok untuk badan kan. Aku nak kurus sebenarnya. Pagi tadi aku tengok mat saleh ni breakfast makan oat, aku jadi malu. Aku pagi2 dah hantam bihun goreng dengan rendang kerang. Berminyak2 haaa. Aku nak jadi sihat, maka marilah kita beramai2 minum air putih. 

;-)


Wednesday, September 18, 2013

SAKITNYEEE HATI KITEEEE...

Aku tengah taip report orang lain ni
Geram jugak sebenarnya
Dia punya report, dia suruh aku taip
Padahal dia rilek
Jalan sana, jalan sini
Keluar hisap rokok

Tau la awak project manager
Aku ni dah macam kerani pulak
Dia kata big boss yang suruh aku taip
Padahal banyak kerja nak kena buat
Bukan mengadap report ni saja

Dah berapa hari aku dok taip report ni
Rasanya dalam setengah jam lagi boleh siap kot
Lepas ni nak email invoice2 ke HQ pulak
Lepas tu nak pack document2 yang nak kena hantar ke Gibraltar
 
Ok la, nak siapkan kerja
Have a good day!!!
 


Friday, September 13, 2013

BEKAM 15 CUPS 60 RINGGIT

Sebenarnya, aku baru selesai berbekam. Bengkak2 kat kaki ni still terasa lagi. Dah lama jugak simpan niat nak berbekam ni, almaklum la lepas beranak kat amna, aku tak period2. Masa aku pi klinik nak amek injection untuk family planning tu, doctor ada bagi ubat untuk aku period dulu sebelum dia inject. Maka aku pun period, tapi period yang dipaksa keluar setelah makan ubat. Lepas inject, aku tak period2 jugak. Risau jugak sebenarnya tak period ni, darah kotor tak keluar dari badan. Then aku terfikir, baik aku p bekam. Boleh keluarkan darah kotor.

Selasa lepas aku dengan ofismate dah memang semangat gila nak berbekam, sekali kedai bekam tu tutup. Frust menonggeng kami 2 orang. Then kami decide baik pi hari Jumaat, sebab Jumaat rehat 2 jam. Sempat la berbekam, lepas tu nak makan. Awal2 pagi aku dah call kedai bekam tu make sure yang hari ni memang bukak, kang tutup lagi memang frust menonggeng buat kali kedua. Apa2 hal pi cucuk duit dulu, duit dalam wallet ada 30 ringgit saja.

Mulanya nak try buat sikit ja, dalam 5 cup ka, tapi bila dah cerita2 problem aku yang lepas beranak tak period2, orang kedai bekam tu suggest suruh buat 15 cups iaitu 60 ringgit. Takut sebenarnya, takut sakit masa nak cucuk2 jarum kat badan kita tu. Alahaiii.. Bila masuk dalam bilik bekam tu dan baring atas katil khas, aku dah mula cuak. Orang bekam tu ajak2 aku sembang, konon tak bagi aku rasa cuak. Hahaha. 

Mula2 dia pam dulu cup tu ke badan kita, dia kata badan akak ni banyak angin ni, sebab berkuap2. Ehh.. ye la kot banyak angin. Sebab lepas habis sesi berpantang kat amna, aku memang pantang tengok makanan, memang aku bedal ja. Lepas tu dia start cucuk2 belakang badan dengan jarum. Adehhh.. sakit. Hahaha. 3 cup kat bahagian tengkuk, 1 kat kaki kiri dan kanan, 3 pinggang, selebihnya kat bahagian atas bahu tu.

Tetiba aku rasa macam ada benda meleleh kat tengkuk, rupanya darah aku sendiri. Pressure cup tu tak berapa kuat kot, sebab tu darah tu boleh terkeluar. Haaa.. Meleleh la darah aku sampai ke mulut ni. Budak bekam tu cakap, "Hmmm.. banyak darah kotor akak ni, biasanya kalau tak period, memang macam ni". Dia siap tunjukkan darah aku yang macam pekat, beku. "Cuba akak tengok darah akak ni". Aisehhh,, seram jugak.

Sekejap je rasa sejam. Dah siap, bayar rm60, lepas tu pi makan nasik ayam. Hahaha. Budak bekam tu  pesan, dekat seminggu, 2 minggu jugak nak hilang parut bekas bekam tu. Lepas tu, lepas 2 jam baru boleh mandi. Lawak jugak la pengalaman pertama berbekam tadi. Malu kat budak tu sebab aku menjerit sakit. Hahaha. Insyaallah, kalau Ok, lepas ni boleh buat lagi. Amalkan sebulan sekali pun Ok, sebab berbekam ni pun salah satu sunnah Rasulullah. :-)


 Nak promote sikit tempat aku buat bekam tu. Ina Seri Impian Manjung, belakang CIMB Manjung.
Selasa tutup, hari2 lain boleh terjah. :-)


Gambar pinjam encik gugel. Bila tengok rasa macam seram, tapi bila buat tak nampak cup2 tu semua, tak rasa seram pun. Rasa sakit sikit bila jarum2 tu cucuk kat badan, tapi Ok la.

Wednesday, September 11, 2013

BUBUR PUJAAN HATI

Masa bujang2 dulu, sumpah tak pernah masak bubur. Takat tolong mak kacau agar2 tu pernah.
Dah kahwin, kena la belajar masak, sebab nak jamu suami makan. Takkan asyik makan bihun goreng saja kan. Masa dok belek2 gambar dalam handphone ni, ternampak la gambar bubur pulut hitam, bubur jagung dengan bubur labu.Waaa.. Kagum dengan diri sendiri. Tak sangka aku pandai masak bubur. Hahahaha.



Bubur pulut hitam. Kecik ja modal nak buat bubur pulut hitam ni. Beli ja beras pulut hitam ni dalam seringgit, lepas tu santan pun seringgit. Rendam beras pulut dalam setengah jam, lepas tu masak la. Elok dah kembang sikit, boh la santan, gula, garam. Sagu boh jugak. Daun pandan sedia2 tak beli, lupa. 
 


 Bubur jagung instant. Jagung ni bukan guna jagung tongkoi tu pun, guna jagung instant yang dalam tin saja. Isi jagung tak berapa banyak la, tapi ok, still sedap. Masak dulu jagung tu bagi lembut, lepas tu boh santan, sagu, gula, garam. See, tetap tadak daun pandan. Tak bajet nak buat bubur pun sebenarnya. So tak berapa wangi la bubur akak.



Haritu beli labu sebijik, sebenarnya labu tu nak buat frozen, senang nanti nak masak bubur amna. Lepas tu rasa macam banyak pulak, buat la bubur labu sikit. Tak pernah pun buat bubur labu, so ayah emran tolong gugel teknik2 nak buat bubur labu. hahahaha. gigih pulak tolong google. Mula2 masak labu dulu la bagi lembut sikit, lepas tu aku salin air yang rebus labu tu, santan pulak tak hadooo, guna la susu cair. Letak sagu, garam, gula. Sedap jugak. :-)


Teknik nak buat bubur actually lebih kurang saja kan, so lepas ni boleh try buat bubur lain pulak. Terasa diri ini sangat pandai masak. Hahahaha...

Perasan tak?????
Mangkuk bubur ni semua sama!!!!!!!!!!!!!!!
Hahahahahaha...
Mangkuk murah je dik non, dapat hadiah masa kawin dulu. Kawan ayah emran bagi, boleh guna sampai sekarang. Terima kasih bagi mangkuk comel macam ni. Hihihi..

Tuesday, September 10, 2013

BELUM ADA REZEKI LAGI

Tak pasti berapa lama company ni akan bertahan. Dengar macam2 khabar angin. Mungkin company akan close terus or close kat Lumut ni dan set up new company kat KL. Yang pasti kalau buka new company kat KL, aku takkan nak ikut. Ayah emran keja kat sini. Hmmm.. Lagipun KL, cost of living, standard of living memang sangat mahal kan kat sana. So, better cari kerja lain kat sini.

Masalah, dah lama jugak aku mencari2 kerja kat Lumut ni, kat Manjung, kat Sitiawan, tapi belum ada rezeki. Ada jugak aku try apply kerja yang kat Seri Iskandar, lebih kurang 30 minit drive dari rumah. Tapi macam tak ada respon. 

Susah nak cari kerja kat sini, nak dapat kerja kerani pun susah kot. Hahahaha. Ada degree pun simpan je la, baik guna SPM. Tak payah mengaku kita ada degree, nanti susah nak dapat kerja. Sebabnya hari tu aku ada try jawatan legal clerk, qualification SPM, tapi bila aku isi form, tulis qualification aku, boss firm tu cakap, "u ada degree, kenapa u mintak post SPM". Aku pun explain baik punya kat dia, tapi sampai sekarang takdapat any info pasal post tu. Sob sob sob.. (tapi yang aku yakin aku tak dapat post tu sebab expected salary aku too high kot untuk post legal clerk. Itupun aku letak 500 ringgit kurang dari gaji aku sekarang).

Takpa, senyum. Yakin yang janji Allah pasti ada untuk aku. Mungkin bukan dekat situ rezeki aku. Jadi, mungkin kat tempat lain yang boleh offer gaji yang lagi tinggi. Sebenarnya, susah jugak nak dapat kerja dengan gaji yang agak tinggi kat Lumut ni, gaji kat company sekarang alhamdulillah ok, cumanya projek dah almost siap, so dengar2 memang tak ada projek baru, so kena la cari kerja lain.

 Insyaallah, Allah dah rancang yang terbaik untuk kita. So ni nak promote sikit. Ada apricot, ada pistachio, ada kismis (emran suka kismis, bila poo poo, keluar kismis seketoi2.haha), ada chocodate pouch, ada honey roastead sunflower seed atau dalam bahasa yang ringkasnya kuaci lah dan jugak roasted cashewnut atau dalam bahasa kampung aku bijik jangguih.

Sapa2 yang berminat nak dapatkan produk2 kat bawah ni, boleh la email aku @ nur.amna02@gmail.com atau sms / whatsapp 019-446360(1). Aku jarang guna email yahoo sebab asyik masuk dalam spam. Ok, bye, salam :-).





Monday, September 9, 2013

SALLEH YAAKOB MAUT DISAMBAR PETIR??? DAN GENG PEKIDA

SALLEH YAAKOB MAUT, ISTERI CEDERA


Aisehhh.. Baca tajuk kat timeline facebook, buat aku terkejut. Ingatkan yang maut kena sambar petir tu
memang Salleh Yaakob yang penyanyi / pelakon / pengacara / dj radio tu. Rupanya orang lain.
Apapun, al-fatihah buat arwah Salleh Yaakob, seorang penoreh getah yang maut di Temerloh semalam. 
Boleh baca pasal ni kat sini.

 Abang Salleh bersama isteri2nya.. 

Abang Salleh bersama isteri baru. Hihihi.


Nak share sikit story masa kat kampung halaman aku kat Kedah nun. Sampai dari Lumut dekat pukul 2 pagi rasanya. Hujan lebat sangat malam tu. Sampai tak nampak jalan. Ayah emran pulak bawak laju2, alahaiii.. Berapa kali aku menjerit2 sebab risau. Jalan licin kan. Bahaya bang oiii. Pikiaq anak bini sama.

Sampai kat Juru, Penang ayah emran dah totally mengantok. Apa guna ada bini boleh drive tapi takmo offer diri kan?? So aku pun offer diri nak drive. Ingatkan ayah emran tak bagi aku drive, tapi mungkin sebab dia mengantok sangat, maka dia pun bagi aku drive. Masa tu emran memang sedap lena, amna pulak dah bangun main2. Terpaksa bancuh susu dulu untuk amna, maka mama pun bawak kereta perlahan2, hujan masih lagi lebat. Hujan lebat oiii. Tak nampak jalan, sepanjang aku drive tu memang aku doa banyak2. Semoga kami semua selamat sampai. Alhamdulillah, selamat jugak akhirnya. Lega. 

Esok paginya, lebih kurang pukul 7, tiba2 nampak ada 1 kereta parking depan rumah. Alahaii, awalnya dah ada tetamu. Masa tu kami 1 family belum sempat sarapan lagi. Takpa, kita dulukan tetamu. Tetamu 2 lelaki dewasa, sorang perempuan dewasa, dan sorang budak lelaki, dari Melaka katanya. 

Datang2, terus nak guna toilet, lepas tu mungkin tengok family aku ni macam peramah sikit kot, depa pun mintak nak charge handphone. 3 handphone kot kalau tak salah. Hahahaha.. Lawak, tak penah ada orang tak kenai mai rumah mintak nak charge handphone. Kata abang tu, dia baru ja dapat berita pasal ayah, terus mai dari melaka semata2 nak tengok ayah, sampai kat Gurun dalam pukul 2 pagi, so depa tunggu kat sana sampai pukul 6 lebih baru gerak mai rumah. Lepas ni terus nak balik Melaka. 

Selidik punya selidik, aku rasa abang ni geng Pekida, dan baru aku tau, ayah aku ni sebenarnya geng Pekida yang mungkin berpangkat sikit. Aku tak tanya macam2, kang kata menyebok pulak. Ayah angguk masa abang tu tanya ayah, "Pakcik Mat kenai saya dak?". 

Terima kasih sebab sudi mai melawat ayah. :-)


Friday, September 6, 2013

AYAH DAH TAK MACAM DULU

Harini insyaallah lepas kerja nak siap2 balik Kedah, misi utama nak jenguk ayah. Dekat sebulan jugak aku tak tengok ayah sebenarnya. Tapi rasa macam dah bertahun. Aku rindu ayah sangat2. Tiap kali lepas solat aku tak pernah lupa doakan ayah cepat sembuh. Teringin nak tengok ayah yang kuat, tegap macam dulu2. Boleh berkebun, boleh angkat benda berat, macam2 boleh.

*ayaq mata dah start bertakung*

Adik aku mintak aku beli kan lotion untuk ayah. Kulit ayah dah kering. Dia mintak carikan ryle tube silicone, tapi tak jumpa macam yang dia nak. Ryle tube ni macam feeding tube untuk ayah minum, dimasukkan kat lubang hidung ayah. Baru aku tau ayah guna ryle tube size 12. Adik2, mak, kak, abang, depa yang uruskan ayah kat kampung. Semalam aku keluar carikan pampers untuk ayah. Brand Dr.P. Beli 2 pek saja, macam tak cukup, sebelum bertolak balik Kedah insyaallah nak pi cari lagi. Ayah minum susu ensure, adik cakap susu ayah banyak lagi. Ayah tak boleh makan, minum semata2.

Sedih rasanya bila bercakap pasal ayah. Semua orang sayang ayah kan. Anak mana yang tak sayang ayah. Kecik2 dulu ayah memang garang, dengar ja moto ayah balik, mesti kelam kabut lari buat2 baca buku, tak pun kalau tengah tengok tv masa malam, mesti lari pura2 tido. Punya takut dengan ayah. 

Tapi bila dah besaq, makin lama ayah makin cool. Teringat masa hari akad nikah aku tahun 2010, lepas majlis dah setel, ayah datang pegang kepala aku, cakap tak sangka aku dah nikah, dah jadi bini orang. Aku gelak2 masa tu, padahal dalam hati sebak sangat. Ayah mana pernah nak tunjuk kasih sayang dengan anak2 dia, walaupun kita tau dia sayang kita. Masa ayah pegang kepala aku masa tu, sebak dia lain macam. 

Harini ayah dah tak macam dulu2. Ayah hanya boleh baring2. Aku rasa, aku tak boleh nak sembunyikan ayaq mata aku bila tengok ayah. Automatik aku akan teriak. Sekarang ni pun ayaq mata aku bagai nak tumpah, tapi cover2 takut ada yang nampak. 

Ayah, be strong. Moga ayah cepat sembuh. Moga ayah dapat senyum macam dulu2. 

Gambar latest ayah, adik aku upload kat facebook semalam. Zahra anak kakak aku rajin massage tokwan.
Ayah nampak kurus. 


Ni gambar masa kat hospital sultanah bahiyah. Hari raya pertama. 
Kami satu keluarga lupa pasal raya lepas ayah jatuh sehari sebelum raya.
Mak tengah massage tangan kiri ayah yang kaku. 



Semoga Allah permudahkan perjalanan kami nak balik tengok ayah. 
Selamat berhujung minggu kawan2. ;-)

Thursday, September 5, 2013

GARA-GARA MINYAK NAIK 2 KUPANG


Lepas Najib umum harga minyak RON95 naik 2 kupang, aku pun merajinkan diri bawak bekai ke ofis. Jimat 2 ringgit sehari. Kalau hari2 bawak bekal, dah dapat jimat banyak duit. 


 Bihun singapore yang nampak pucat tapi kesedapan yang sangat luar biasa.
Masak lebih masa mkn malam, esok pagi panaskan balik.



Sizzling yee mee yang kering kontang, kuah takdak tapi kesedapan sangat mengagumkan.
Macam biasa, masak lebih masa makan malam, esok tu perangat balik.


Teringat masa zaman sekolah rendah dulu, masa tu duduk dengan tok. Sekolah masa tu ada buat rombongan, pi mana aku tak ingat. Duit tambang dah bayar tapi duit belanja belum ada. Dekat2 nak pi rombongan, ayah pulak tak balik rumah tok sebab busy. So duit nak belanja memang takdak. Tok bagi aku duit belanja RM5 ja. Nak beli apa dengan RM5?????

Aku pun cari taktik nak dapatkan lagi extra duit belanja. Aku tipu tok duit belanja RM5 yang dia bagi tu dah hilang. Tok marah sebab aku hilangkan duit tu. Tok cakap dia pi pinjam duit kat bapak sedara aku sebelah rumah. So, aku pi rombongan 3hari 2malam berbekalkan RM10. Seingat aku, aku tak beli apa2. Mungkin terguna 2, 3 ringgit, tapi aku still bawak balik balance duit RM10 tu. Masa kawan2 lain dok beli macam2, aku tengok saja. :-)

Al-fatihah buat arwah tok. Sorry sebab tipu tok masa tu.

2 kupang memang takdak nilai bagi orang yang berduit. Tapi 2 kupang sangat besaq nilai dia dimata orang yang tak berduit. Aku pun kadang2 nampak duit syiling 2 kupang tu memang buat tak endah, tapi aku kutip jugak sebab takut emran dengan amna kutip masuk mulut.

Jom kerja dengan lebih gigih, cari side income yang boleh tampung sikit2 belanja kita. Banyakkan sedekah. Bagi duit kat mak ayah, adik beradik kita. Biaq gaji kita sikit, tapi berkat. Ustaz pun ada kata, sedekah yang paling besar pahala bila seorang isteri bantu suami dia. Lebih kurang gitu la ayat ustaz tu.  :-)






Wednesday, September 4, 2013

TERASA INGIN MEMBANGANGKAN DIRI SENDIRI

Alkisahnya... Aku basuh baju, angkut la baju budak2 tu si emran dengan amna, baju kerja aku, seluar kecik, seluar besar, baju kecik, baju besar, segala mak nenek la yang nak kena basuh. Elok nak sidai, ayah emran cakap kenapa baju2 semua ni berbulu. Ingatkan bulu2 yang boleh diterima dek akal, sekali tengok BERBULU teruk!!!!! Apa kessss???

Aku rasa mesti termasuk kan pampers budak2 tu, tak pun ada tisu dalam bekas baju yang nak basuh tu. Rosak habis semua baju. Baju kerja aku ok la, sebab ada banyak helai. Baju emran dengan amna memang teruk habis la, rosak. Dah rendam dalam ayaq pun tak hilang2. Aku siap jirus dengan ayaq paip laju, haramnya nak ilang.

Alahaiii.. Sedih tengok baju2 semua jadi berbulu teruk. Memang takleh pakai dah tu. Lipat, masuk dalam plastik, dan simpan. Tu je la option yang ada sekarang ni. Sudahnya, kena la cari baju baru kat emran dengan amna. Banyak jugak baju budak2 tu yang dah rosak, berbulu teruk.

Hissshhh.. Geram jugak dengan diri sendiri. Apahal la tak check dulu masa masukkan semua baju dalam mesin basuh tu..

Nak kena cari duit lebih beli baju baru kat emran dengan amna. Hahahah. So nak kasi promote sikit peanut candy. Ada 3 flavour, original flavour, coffee dengan sesame. Sapa2 yang berminat nak order, boleh la email dekat nur.amna02@gmail.com (email pakai nama amna..hihihi). Minimum order 500g (RM20 tak termasuk postage ye).



Peanut candy (original flavour, coffee dengan sesame)

Monday, September 2, 2013

WELCOME SEPTEMBER!!!!

Goodbye August!!!

31 Ogos, pagi-pagi buta anak2 aku dah jaga, so kami melepak depan tv nak tengok sambutan merdeka kat Dataran Merdeka. Kot2 ternampak muka ayah emran kan. 7.30 pagi dok melepet ja kami 3 beranak dok depan tv, aku siap sembunyi remote takut emran pi tekan channel lain. Kang melepas tengok ayah emran kawad. Ada anak kecit ni bukan senang, sat sorang terberak, sat sorang nak makan, abeh takkan anak ja yang berak, mak pun nak terberak jugak. Wahahaaha.. Yang pastinya aku tunggu sampai pukul 10 lebih, sudahnya aku langsung tak nampak geng Navy berkawad. Yang banyaknya, geng askar. Sedih betuiiii.. Aku siap get ready dengan henpon kot nampak geng navy kawad aku nak amek video. Lawak betui.. Sebab frust, aku angkut anak2 masuk bilik, on aircond, dan lena.... Petang kang kita bangun ye anak2, sambut ayah balik..  Yehaaaa... Rinduuuuuu sangat..

Petangnya dalam 5.30 ayah emran pun sampai. Berbunga2 hati aku tengok muka ayah emran. Mana pernah terpisah lama2 oiii.. Paling lama masa emran tak beranak lagi, itupun 2 hari saja kot. Hati lagi rasa berbunga2 masa ayah emran tunjuk jam tangan, konon2 ole2 dari KL la tu. Lepas tu ada tablet China made, tapi tablet tu awai2 lagi emran dah terkam. Hahahaha..

Emran, dah la tablet mama yang haritu hang dah bagi jahanam, so tolong la jangan bagi jahanam tablet baru mama ni. Walaupun murah, tapi tetap berharga dihati mama sebab ayah hang yang beli. Ekekeke.. Ayat bodek..

  
Tablet ni takleh masuk sim, internet on wifi saja. So bawak mai ofis, guna wifi ofis.
Tu dok gigih nak download game yang berilmiah sikit kat emran. 
Tapi terdownload game candy crush. Camno tu? Berilmiah sgt lah kannn...


2 September - Anak dara aku Nur Amna Safiya dah 8 bulan!!!!!!! Mak2 memang macam ni lah kan, anak cukup sebulan pun kira, 2 bulan pun kira, inikan pulak 8 bulan. Hihihi. Insyaallah nanti setahun kita potong kek naaa.. Tapi amna takleh makan, mama la yang makan dengan abang dengan papa. Hihihi. Amna sekarang dah tau mak dia nak tinggai dia rumah mak pengasuh, maka tiap2 pagi dia akan teriak dengan nyaring dan lantangnya, boleh dengar selang 2,3 buah. Alahaiii anak.. Aku tengok muka mak pengasuh pun lain macam ja tiap kali amna dok teriak macam tu. Lama nak pujuk anak dara aku tu bagi diam. Aku tau la, kat rumah pun sama. Kalau balik dari rumah pengasuh, aku tak boleh terus pi mandi, kena main2 dengan dia dulu, kena bagi nenen dulu, bagi dia rileks2, gelak2 dengan abang dia, baru boleh letak dia. 


Amna tengah golek2 atas katil.

 Kesian anak mama, masa ni warded kat Hospital Sik sebab cirit. Tu tangan kiri
kena balut dengan napkin takut dia tarik jarum yang masuk ayaq tu.
Sedih mama tengok anak mama sakit..

Friday, August 30, 2013

PEMINAT BAG BRANDED JENAMA COACH, HERMES DAN BLA BLA BLA

Actually, nak promote my own page kat facebook. Baru buat semalam, kiranya still baru. :-). Kepada peminat2 bag2 jenama coach, hermes, inspired polo, boleh la cuci2 mata kat page ni ye. :-). Harga yang dijual memang sangat murah. Lagipun beg2 ni ada macam2 warna, tak suka warna biru, ada warna merah, tak minat merah, ada hijau. Pendek kata, macam2 warna ada.

Jom cuci mata tengok beg2 dalam page ni ye.. :-)







So, saya nak promote sikit, beg inspired POLO ni sapa nak, saya jual RM 120 je termasuk postage. Details description macam kat bawah ni ye. Sapa cepat dia dapat!!!!



RM 120 SAHAJA TERMASUK POSTAGE!!!!

HB3260 POLO INSPIRED BAG - BROWN

MATERIAL : QUALITY ARTIFICIAL LEATHER

LENGHT : 42CM
WIDTH : 13CM
BOTTOM WIDTH : 11CM
HEIGHT : 31CM

HANDLE HEIGHT : 19CM
STRAP LENGHT : 120CM
OPENING CLOSER : ZIP
CONTENT : A4

RM 120 SAHAJA TERMASUK POSTAGE!!!!

HB3260 POLO INSPIRED BAG - BLACK

MATERIAL : QUALITY ARTIFICIAL LEATHER

LENGHT : 42CM
WIDTH : 13CM
BOTTOM WIDTH : 11CM
HEIGHT : 31CM

HANDLE HEIGHT : 19CM
STRAP LENGHT : 120CM
OPENING CLOSER : ZIP
CONTENT : A4



Ni like ke page Safiya Gorgeous Bags ye..