Tuesday, January 29, 2013

BOLEH TAK NAK MAKAN RAMBUTAN DAN PETAI MASA BERPANTANG??

Kah3x. Dah macam jurnal untuk orang2 lepas beranak lak. Aku tulis ni as a note untuk aku jugak, mana la tau tetiba beranak anak ke 3, boleh la refer balik benda apa boleh makan, benda apa tak boleh makan. Haha. Ikutkan nafsu makan, semua benda aku nak makan. Hoyeahhh.

Berdasarkan tajuk di atas, konfem rambutan atau dalam bahasa kampong aku moktan, memang boleh makan masa berpantang. Eksperimen ni dah dijalankan dengan cemerlang oleh aku setelah mendapat permission dari tok aku yang orang dalam pantang boleh makan moktan. Hehe. Tapi makan tu beringat2 la sama, jangan la hantam sampai sekilo moktan, makan biaq berpada2 gittew.

Alkisahnya mak aku buat sambal petai. Glurppp.. Sedap tu. Aku pun alkisahnya teringin nak makan, so tanya dengan bekas tok bidan iaitu tok aku, boleh tak nak makan sambal petai. Tok aku sengih2, cakap makan sikit dah laa. Maka aku pun cedok la sambal petai tu sebanyak 2 sudu ke dalam pinggan berisi nasik. Yang menghampakan, aku kurang minum ayaq lepas makan petai, terus tekak rasa kering, dah la menyusu si Amna, abeh tekak rasa sangat kering. Kencing xpayah cerita la, konfem bau petaiii. Hahaha.

Sekian saja buat kali ini, selamat berpantang. Huhu. Lambatnya nak abeh pantang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. beb! Emran dapat adik apasal aku taktau??

    tahniah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk!! Dah dekat sebulan kot aku bersalin. Haha.

      Delete
  2. eh. makan rambutan? kalau family daku mmg makanan tak boleh langsung tu. sejuk! kalau petai plak berangin tuuu. fuh.. superb lah dalam pantang makan moktan! hee :P

    ReplyDelete