Sunday, January 27, 2013

MAKANAN DALAM PANTANG : DAUN PEGAGA

Lama tak update blog. Masih kat kampung, menghabiskan saki baki berpantang. Hari ni baru masuk hari ke 26.

Untungnya balik berpantang kat kampung, ada mak dengan Kak La yang sangat2 ambik berat. Terima kasih mak dengan Kak La yang tolong uruskan makan minum dalam pantang, dengan Emran yang tak berapa sihat (demam + selsema + batuk), Amna dan aku. Kesian tengok mak dengan Kak La yang kena layan Emran yang asyik buat perangai. Huhu..

Tadi masa nak makan, tengok ada ulam pegaga. Mak suruh aku makan, elok untuk orang lepas beranak. Aku makan jugak dalam 5-6 tangkai, tapi serius takleh nak telan sangat. Tak sedap. Aku bukan pemakan sayur, bila tengok ayah Emran makan sayur + ulam2, kagum pulak.

Cukup la aku telan daun pegaga tu. Konfem tak sedap. Huhu. Daun salad tu pun nak tak nak aku telan, ini kan pulak daun pegaga, kirim salam lahhhh..




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments: