Tuesday, March 12, 2013

APA FEEL DAH ADA DUA ORANG ANAK?

Mula2 syukur alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sebab dikurniakan 2 orang zuriat. Kawin tak sampai 3 tahun, anak dah 2 orang. Hahaha. Express gila. Untuk yang taktau (bajet ramai yang baca apa aku tulis), anak first aku, Emran dah nak masuk 1 tahun 7 bulan, Amna pulak baru 2 bulan. Yessss... Beza tak jauh. Masa aku pregnant dekat Amna, Emran masa tu baru 7 bulan kot kalau tak salah laa...



Aku baru start keja minggu lepas. Letih tak payah cakap la. Mandi laju2, makan laju2, berak pun laju2. Semua aku buat laju2 bila dua beradik ni teriak secara berjemaah. Kalau sampai hari ayah Emran duty, aku memang kelam kabut sikit. Sebab tu aku rasa sangat lega kalau ayah emran tak duty, sebab dia akan handle emran, aku pulak akan handle amna.


Sekarang ni, mandikan emran, buat susu emran, tukar pampers emran, semua ayah dia yang buat. Aku buat jugak la kadang2 tu. Tapi most of the time, memang ayah emran yang akan buat sebab aku akan handle si kecik amna tu. Suara amna memang tersangat nyaring, masa stay dekat hospital manjung kes jaundice hari tu, suara amna yang paling kuat aku rasa. Ayooo.. kuatnya suara anak aku. Segan kat mak2 yang lain, takut terjaga pulak baby2 depa. hahaha.


Dulu rutin balik kerja, mesti akan masak untuk makan malam. Sekarang tidak lagi!! Tunggu amna besar sikit kot. hahaha. Malam2 makan roti ja sekarang, no wonder ramai cakap aku slim. Hahahaha. Slim lah sangat. Tapi serius, memang tak sempat nak makan. Jangan kata makan, nak minum pun tak sempat. Mesti tak boleh imagine kan macam mana aku handle emran dengan amna sorang2, emran pulak sekarang ni tengah mencapai tahap yang sangat aktif, suka buka peti ais, panjat kerusi meja makan, suka pergi dapur tarik itu, tarik ini.


Boleh accept lagi kalau emran suka semakkan rumah, yang tak boleh nak accept, emran tak boleh dekat dengan adik dia. Sangat tak selamat. Mula2 memang dia macam nak kiss adik dia, but at last dia akan start tampar amna, aku takut dia smackdown adik dia ja. Sebab pernah sekali dia baling botol susu kena kepala amna, lepas tu dia main loncat2, terkena jugak kepala amna.




Rutin aku bila dah ada 2 anak ni, pagi2 masa nak panaskan enjin kereta tu, aku basuh baju. Kang lunch time nanti, aku balik sidai. Lantak la masuk ofis lambat pun, janji keja setel. Sempat jugak la aku kemas rumah sikit2.


9 comments:

  1. supermom nih~
    sempat lagi balik jemur baju.. opis ngan rumah dekat jer ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat tak dekat lah kak, sy slumber je masuk keja lambat.. hahaha

      Delete
  2. hohooo...ni ank sorg pon x sempat nk mkn mlm...maka tpaksa lah mama diet..serius penat n x cukup tido..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohohoho... bkn diet tapi sebab jaga anak, sampai tak sempat nak makan.. huhu

      Delete
  3. eeii ada jugak hasrat nak tambah lagi satu, tapi takut tak terdaye, tak terhandle ..memang supermom lah ko ...sempat update entry lagi ..salute :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. update entry ni kat tempat keja, of kos la sempat update.. hahaha...

      Delete
  4. waa seronoknya da sepasang....nak jugak..

    ecah mashuri

    ReplyDelete
  5. xpaa..cer tambah lagi sorang mcm kak...mesti hidup lagi best..hahhaahaha!

    ReplyDelete