Thursday, March 14, 2013

BENGKAK SUSU

Dah berapa kali dah aku kena bengkak susu since start kerja haritu. Kat tempat kerja aku
ni macam tak sesuai nak pam susu. Surau takdak pintu. Hahaha. Bahaya, kang ada
sapa2 ternampak aurat ku pulak.

Bengkak susu 1 hal, ni bila pam or perah, susu takmau keluaq.
Macam tersumbat. Kerap sangat jadi. Itu yang bengkak sampai demam2.
Adeh laaa..

Kawan aku siap bagi petua, suruh guna berus gigi, berus dekat kawasan nipple tu,
kot2 boleh keluarkan daki2 yang tersumbat. Tak jadi jugak.
Dah try cuci dengan towel basah, tak jadi jugak.
Letak kobis pun tak jadi jugak.
 
Hari tu masa aku demam pi amek ubat kat private clinic tu, 
pakar penyusuan tu cucuk nipple aku dengan jarum nak bagi susu tu keluar.
Pejam mata, tak sanggup nak tengok, padahal tak sakit pun.

Stress ni sebab kerap sangat tersumbat. Nak perah susu untuk bagi kat pengasuh pun tak boleh.
Nak dapat 1oz tu pun bukan main lama, masa tak tersumbat hari tu, 
perah 30 minit pun dah dapat 3oz.

Macam mana nak buat eh?
Tolongggggg......



13 comments:

  1. errrrr... tak reti nak tolong. hehe

    ReplyDelete
  2. ooohhh.. kalo tersumbat tak tau nak wat cam ner..
    tapi kalo susu berketul(tetek rasa keras) selalu sis tuam ngan towel yang direndam lam air panas.. perah towel tuh pastu lekap kan pada tempat yg dah mengeras tuh.. cuba lah.. mana tau berhasil kan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti sy try mcm ni plak.. mana la tau lega sikit sakit ni. mekasey kak

      Delete
  3. Dah cuba mengurut dgn tukang urut breast yg berwibawa? Macam wife saya, setiap kali lepas bersalin, utk hari pertama atau kedua lepas balik dari hospital, mmg dia akan berurut breast, dan alhamdullilah, susu lancar keluar lepas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerap jadi masalahnya.. sy pun ada urut2 sendiri (bajet pandai urut) tapi still tak ok.. macam berulang2.. tak ok, then ok.. lps tu tak ok..

      Delete
  4. Mintak tolong suami boleh kot??Heee!

    ReplyDelete
  5. akk x pernah alami masalah bengkak susu nie
    huhu x dpt nak bagi pandangan

    ReplyDelete
  6. huhu. sori xdapek nak nolong. :(

    ReplyDelete
  7. salam gc, ko kena kerapkan bagi direct kat amna...sambil tuh seblah lg pam...n kerapkan pam jugak...tak keluar takpe. lama2 bila badan dah mula cam rentak dia akan merangsang susu keluar...perasan dak kalau bb tgh menyusu, seblah lagi pun keluar gak? haa time tu elok pam...amna kecik lagi so senang coz dia tak sibuk nak tarik pam tuh...ko pakai manual ke elektrik? kalau payah nak pegang bb, nak pegang pam lagi then letak bantal besar yg ko buat tido atas pangku, letak amna situ. ko support kepala dia je,..kalau bengkak selalu pun tak elok, susu tuh leh jadi nanah pastu kena toreh keluarkan pulak...akak pnh kena macam tuh masa ariana 5 bulan...kalau nak tuam akak selalu masukkan air panas dalam botol kecik, balut ngan tuala pastu tuam...kalau kain tuala dah rendam dalam air panas, susah plak nak perah...panas kan...so, the key word ialah...kerapkan direct feed n mengepam...kat ofis tuh kalau malu, coverla ngan nursing cover...akak pam kat meja keje je...pastu jangan stress...rileks jer...niat kalau ada rezeki amna, adalah...kita dah usaha kan...insyaAllah...

    ReplyDelete
  8. Saya pun mngalami masalah sama.. Pump sejam br 1oz dpt.. Bulan lepas hampir kna operate pasal mastitis.. Skarang dh ok tp masalah bila bengkak pump keluar sikit je susu masih blom selesai

    ReplyDelete