Thursday, March 21, 2013

DEMAM CAMPAK + CHICKEN POX

Assalamualaikum. 'Bestnya' cuti-cuti Malaysia. Tak pi jauh-jauh pun, cuti dekat ja, kat dalam rumah sendiri. Emran kena demam campak + chicken pox. Maknanya dah 3 hari jugak la aku terpaksa ambik emergency leave. Dah la baru kerja 2 minggu lepas cuti bersalin 2 bulan, ni terpaksa cuti lagi.

Apa nak buat, kerja penting, tapi anak lagi penting. Kalau demam sikit-sikit tu, boleh la pejam mata hantar kat nursery, ini kena chicken pox, takkan nak hantar pulak kan. Buat berjangkit dengan budak-budak lain, naiya jugak. Lagipun nursery mana bagi parents hantar kalau anak ada penyakit berjangkit ni.

Aku terpaksa jugak hantar Amna pi rumah pengasuh. Takut jugak kalau amna kena chicken pox. Kesian amna yang kecit ittew.

Malam tu tengok mata emran berair je, aku ingat dia demam biasa ja, esoknya aku tengok kat badan dia dah naik biji-biji merah. Confirm! Mesti demam campak. Aku dah cuak sebab tak pernah handle adik2 yang pernah kena demam campak ni, lepas tu call pengasuh amna, dia cakap cari ayaq nyok dengan daun semambu, bagi mandi. Petang tu pi klinik amek ubat, doktor bagi ubat demam sebab emran still demam, dengan ubat gatal. Lepas tu ada calamine lotion, untuk sapu kat badan.

Emran asyik garu-garu badan dia, merengek, menjerit tak payah cakap la. Kesian tengok. Semedang nak mandi. Orang cakap elok mandikan dia banyak kali. So aku pun bagi la emran mandi banyak-banyak. Tiap kali nak sapu calamine lotion tu, emran memang akan menjerit-jerit. Nampak je botol merah calamine lotion tu, terus dia lari sambil jerit-jerit. Nak sapu bukan main seksa, berlari-lari aku nak tangkap dia, dia masuk bawah meja, sekali aku pun masuk bawah meja.

Harap emran cepat sembuh. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. ciann emran..bertabahlah bila dh jadi mak ni.byk pahala jaga anak sakit. :D

    ReplyDelete