Thursday, March 28, 2013

PENGALAMAN BERPANTANG SENDIRI

Sebelum beranak lagi aku dah decide yang kali ni nak pantang kat Manjung dulu sebelum balik pantang kat kampung ku tercinta, Kedah Darul Aman. Lagipun ayah Emran cuti 2 minggu, lama jugak tu. Pikiaq2 balik, pantang kat Manjung lagi senang sebab rumah aku memang dekat dengan Hospital Manjung, senang ayah Emran nak berulang alik pi hospital ka apa. Lagi pulak pikiaq mungkin baby ada jaundice ka apa, senang la nak pi klinik sebab dekat. Kampung aku kat Jeniang nun memang jauh la kalau nak pi check jaundice, jenuh berulang. Kesian pulak nak berulang pi mai pi mai.  


Masa aku 'check in' Hospital Manjung selama 4 hari 3 malam jaga Amna, tak la hari2 ayah Emran mai tengok aku. Aku pun tak kisah, aku jaga Amna, dia kena jaga Emran. Bila dah boleh balik rumah, ayah Emran yang sediakan semua, daripada ayaq akar kayu nak bagi aku mandi, masak nasik, masak ayaq panas, goreng2, bakar2 ikan, panaskan tungku, basuh baju, kemas rumah, semua ayah Emran buat. Cuma yang dia tak buat, mandikan Amna.



 Perwira ku!!! Thanks papa jaga mama dengan anak2 dengan baik walaupun mama banyak songeh.. kah3x..
 Nanti mama bagi anak lagi kat papa.. harharhar..


Hari kedua lepas beranak aku dah masuk dapoq, sebab aku tak suka cara ayah Emran masak sawi. Hahaha. Demand gila tak padan sakit. Nak buat cemana, tekak tak sakit kan. So aku pun gagah la bangun pi masuk sawi. Dah la aku ni bukan penggemar sawi, so memang kena masak ikut selera tekak aku la kan. Banyak songeh!

Masa aku beranakkan Emran dulu, dekat sebulan jugak mak aku or kakak aku yang tolong mandikan Emran. Aku tengok ja. Takdak pengalaman lagi masa tu, so kali ni, alang2 pantang sendiri, semua kena buat sendiri lah kan. Mujuq Amna tu diberanakkan takdak la kecik sangat, 2.94kg dengan size mak dia yang tak seberapa besaq ni, consider Amna tu besaq la. Takdak la gayat sangat  nak pegang. 



 Amna pakai baju abang Emran. Dah pandai dah sekarang ni, kadang2 takmau baring,
nak suruh kita pegang dia sokmo, nak tengok tv. 


Kali ni aku berurut awai, sebab masa Emran haritu lambat berurut sampai urat2 dah masuk angin. Sakit nak mampoih masa bidan tu urut. Aku suruh makcik tu urut 3 hari, lepas tu mintak dia botakkan si Amna. Upah mengurut dengan buang rambut Amna, makcik tu kata bagi la berapa2 pun, so aku bagi la RM120. Aku pun taktau rate orang mengurut kat sini berapa. Sedap makcik tu urut. 

Bila cuti ayah Emran dah nak abih, baru la kami 4 orang konvoi balik Kedah. Sebelum tu balik kampung ibu mertuaku dulu kat Ipoh. Memang sorrrgaaaa balik pantang kat kampung, sebab kak dengan mak aku masak sedap2.

 Emran yang suka makan rociiiiiii (roti)


 



 


10 comments:

  1. dah ada pengalaman takpe..kalau anak sulung kompem x berani nak pantang sendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, sangat tak berani. masa anak sulung, awal2 lagi dah balik kampung. hahaha

      Delete
  2. ololo comelnyer amna...tembam pipinyer tu...

    ReplyDelete
  3. comel baby amna...mcm mak die jugak..:)

    ReplyDelete
  4. Semoga bertambah rezeki dalam keluarga dengan kehadiran anakanda yang baru...

    ReplyDelete
  5. Bestnya baca pengalaman ibu berpantang sendiri ni. Dapat pulak suami supportive mcm tu segala serbi boleh buat semua.

    salute !!!

    Selamat berkenalan dear :)


    IbuCergas

    ReplyDelete
  6. Salam akak.sy tnggal manjung.blh x sy nk no mak cik yg mengurut akak tu..sbb sy mmg brcdg nk berpntang di manjung dlu sblm blek kg.hrap akak blh whtsapp or msg sy ye.0143028509.tq akak.

    ReplyDelete
  7. Salam akak.sy tnggal manjung.blh x sy nk no mak cik yg mengurut akak tu..sbb sy mmg brcdg nk berpntang di manjung dlu sblm blek kg.hrap akak blh whtsapp or msg sy ye.0143028509.tq akak.

    ReplyDelete