Monday, April 1, 2013

AKU MEROYAN???

Jiran belakang rumah cakap aku gila meroyan. Mungkin dia selalu dengar emran teriak. Mungkin dia selalu dengar emran teriak sambil ketuk2 pintu bilik ayaq bagai nak roboh pintu bilik ayaq tu masa aku mandi, masa aku wuduk, masa aku berak sembelit, masa aku kencing. Mungkin dia selalu dengar emran teriak sebab aku tak bagi emran buka peti ais dan selongkar semua barang dalam peti ais.

Mungkin dia selalu dengar emran teriak masa aku nak masak, dan aku tak bagi emran ke dapur, takut terkena minyak panas, dan emran kocak safety gate tu kuat2. Mungkin dia selalu dengar emran teriak masa aku angkat emran turun dari kerusi meja makan tu sebab aku risau dia jatuh. Sudahnya sekarang yang tinggal meja makan, kerusi semua angkut masuk dalam bilik.

Jiran belakang rumah aku sangat prihatin. Dia risau aku kunci emran dalam bilik sampai tak bernafas anak aku. Jiran belakang rumah aku taktau, emran terpecahkan gelas, dan aku terpaksa cuci gelas tu, bukan takut kena kaki aku dan kaki ayah emran, tapi takut jugak terkena kaki kecik si emran tu. Emran lari2, ingat kaca tu macam biskut yang dia selalu main2, ramas2, dia ingat kalau pijak kaca tu tak sakit. Macam mana nak cuci kalau emran ada kat situ, dia lari2. Ehhh.. emran kan dah besaq, dah pandai berjalan, dah pandai berlari pun, bila aku angkat dia jangan main kat tempat kaca yang pecah tu, dia menjerit menggelupor.

Jadi, aku masukkan emran dalam bilik sekejap, sementara aku cuci kaca atas lantai. Emran macam biasa, menangis dan mengamuk sambil ketuk pintu kuat2. Dah siap cuci, aku keluarkan anak aku dari bilik.

Jiran aku yang prihatin kata kenapa tak dengar suara baby? Dia risau aku apa2 kan amna. Pulakkkk.. Tadi risau pasal emran, sekarang amna pulak.

Terima kasih jiran yang prihatin.

Aku maafkan dia sebab dia taktau apa jadi dalam rumah aku, dia bercakap berdasarkan apa yang dia dengar. Aku mengaku, aku tak mampu nak control keadaan anak2 aku, kadang2 amna teriak, emran ok. Kadang2 amna ok, emran pulak yang teriak. Kadang2 dua ok, kadang2 dua tak ok. Hahahaha.

Aku redha saja la apa orang nak kata. Aku mohon Allah permudahkan aku dengan ayah emran besarkan anak2 kami. Lepas jiran yang prihatin cakap aku gila meroyan, aku jadi cool sikit dengan emran. Kadang2 ada jugak aku menjerit macam tarzan. Wakakaka..

Bila emran teriak, aku jadi risau takut orang (jiran yang prihatin) cakap meroyan aku datang balik..... Nak kata aku tak kisah sangat, aku kisah jugak.. Sebab aku tau depa suka bercerita. Tapi lantak la, Allah saja yang tau. Senyum sudah laaa... :-)


10 comments:

  1. adoiyai ..susah jugak dapat jiran yang "very the" ni.....sabar ekk..karang elok2 tak meroyan ngan anak2 terus rase nak meroyan ngan jiran tu pulak...huhuhu....

    ReplyDelete
  2. Suruh jiran tu baca entri ni...dan sekali sekala, suruh dia jagakan si Emran,nak tgk dia jadi tarzan ke tidak...:P

    ReplyDelete
  3. eh eh eh, sukati dia je nak tudung awak meroyan..

    dah nama budak2, mmg la depa suka menjerit menangis, kita pun menjerit pun ada la sebabnya..

    meh panggil jiran awak tu, ajak sleep over sekali, jiran awak tu tak biasa ada budak kott...

    ReplyDelete
  4. maafkanlah dia...kengkadang rasa syak itu perlu...sekarang kan banyak kes budak kena dera...bagusla dia prihatin, ko explain jelaa...moga2 bila dia prihatin tuh, ada budak yang betul2 kena dera terbela...

    p/s: anak akak pun teriak gak...tak payah pukul, cakap nak bawak keluar vakum cukup... ;P

    ReplyDelete
  5. wah memang prihatin sungguh jiran2 tu...tapi jangan mengata yang lebih2 sudahlah...

    ReplyDelete
  6. tepek je url blog gc kat dpn pintu,senang2 dia bleh tgk ape yg gc duk buat slama ni.huhuh

    ReplyDelete
  7. lahaiiii.. sesedap tekak jer kata orang cam tuh..
    sabar jer lah banyak2 yer..
    huhuhu

    ReplyDelete
  8. huhu.. lya pon g2...
    mmg mulut ni xleh bhenti nak berpotpet..
    takpela.. apa2 pon kt sbg ibu mmg ingin lakukan y tbaik u anak..
    biarlah anak mnangis demi kebaikan dia..asalkan jgn kt mngis krn myesal..

    ReplyDelete
  9. Hahaha.. Lawak la.. Teringin jgk nak dengaq cik ct mnjerit, lama tak dengaq.. Heheh..

    ReplyDelete