Friday, April 26, 2013

BUBUR PULUT HITAM

Ada haritu kawan aku tiba2 cerita pasal bubur pulut itam. Siap share gambar lagi. Wallawehhh! Sedapnya. Nafsu nak makan terus membuak2. Tapi, seumur hidup aku, serius aku tak pernah buat bubur. Eh, aku pernah try buat bubur kacang sekali, haram tak jadi. Masa tu aku dah kawin, serius malu dengan ayah emran. Hahahaha. Dia perli2 aku kata buat bubur senang saja. Menyampah!

So, aku nekad ni nak buat bubur pulut hitam. Sebelum tu, haruslah google dulu resepi nak buat bubur pulut hitam. Baca dan study betul2 kaedah yang betBalik kerja, terus singgah kedai. Aku beli pulut hitam sikit, santan sikit. Nak beli daun pandan, takdak plak. Tak wangi la bubur aku. Tapi tak kisah la, misi harus diteruskan. Pi bayar kat kaunter, beras pulut harga rm1.30, santan 1 pek kecik tu rm1.00. Perghhh.. murah2.

Balik dari ambik amna dengan emran kat rumah pengasuh, terus aku rendam pulut hitam tu dalam setengah jam. Sempat la nak mandi, solat. Lepas dah cuci bersih2, masak. Bila dah kembang pulut tu, masuk santan, masuk gula, masuk garam. Tadaaaaaa... Siap dah.



Ni haaa bubur pulut itam yang sedap ittew. Kos pun tak banyak.
Puas hati makan. 


Serius kagum dengan diri sendiri sebab mampu masak bubur pulut hitam. Hahaha. Sila lah mencuba!

2 comments:

  1. peerrggghhh.. terliur abes!!

    nak tau dak? sis x sanggup x nak bukak blog awak sebelom lunch bila nampak gambar bubur pulut hitam tuh.. sanggup gi makan siap2 br bukak blog awak.. hahahahha.. hazab perut kalo baca sebelom lunch~

    ReplyDelete
  2. bubur fav saya ni tapi seakrang kalau nak kena beli je sebab orang lain takmau makan

    ReplyDelete