Friday, August 30, 2013

AIR BARLI

Bangun tengah malam, ke dapur nak basuh botol susu emran. Ternampak bijik barli yang ntah berapa lama aku beli. Tetiba anak tekak terasa nak minum barli. Gila mengada punya anak tekak, tengah2 malam nak minum barli. Maka, sesi merebus barli bermula. Sudahhhhnyaaaa.. Tak minum pun. Si kecik amna dah bangun nak susu. Simpan hajat nak minum barli tu.

Hari ni semangat, mai keja bawak sebotoi ayaq barli. Bekas ayaq tupperware ni beli dengan my BFF. Special price dia bagi. Actually ni botoi ayaq ayah emran. Selalu dia pi keja, memang dia bawak botoi ayaq ni. Tapi memandangkan dia takdak, maka pinjam la sat.


 Meja semak samun. Cawan hijau atas tu milik ex boss, Mr. Marko K. Hihihi.


Bijik2 barli ni tersangkut kat bawah. Kena minum sampai habis kot baru dapat bijik barli ni. Grrr..


Aku gugel2 apa kebaikan minum barli ni, kan orang kata elok minum barli. So aku jumpa ni:

Kebaikan air barli:

  1. Menyejukkan badan
  2. Melawaskan kencing
  3. Meningkatkan kesihatan buah pinggang
  4. Merendahkan kolesterol
  5. Meredakan sembelit
  6. Mencegah penyakit kanser 
  7. Mengurangkan risiko kencing manis

4 comments:

  1. banyak jugak kebaikkan bali nih yer.
    tapi skrg tak leh amik lagi lah bali.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. MJ kalau rasa nak batuk ke selsema ke or nak demam, cepat2 cari air barli, alhamdulillah bantu mengurangkan/menghilangkan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MJ, taktau pulak air barli ni boleh kurang/hilang kan batuk or selsema.. hmm.. lps ni kena try lah..

      Delete