Monday, August 26, 2013

KAWAD MERDEKA

Ayah emran selected pi kawad merdeka kt KL. Specificnya mungkin kat Dataran Merdeka, entah. Aku tak berapa sure sangat. So pagi tadi siap kan emran dengan amna awal2, hantar pi rumah pengasuh. Rumah pengasuh pun still tunggang langgang dengan pinggan mangkuk sebab Jumaat lepas si Angah bertunang. Jangan emran kerjakan pinggan mangkuk tu sudah. Rosak barang orang, jenuh nak mengganti.

Ayah emran ajak breakfast sama2. Kami memang jarang breakfast sama2. Selalunya pukul 7 ayah emran dah siap2 pi kerja. Aku pulak kelam kabut bersilat kat rumah nak siapkan moi amna, kain baju emran dengan amna tak siap lagi. Fening kepala pagi2. Lagipun aku masuk keja 8.30..

Aku tak banyak cakap, tengah layan perasaan sebab sedih ditinggalkan suami selama seminggu. Ni kali pertama ayah emran pi jauh (KL saja kan, tak jauh mana tapi still jauh kan sebab tak balik rumah). Emran pulak baru baik demam, siang ok, dekat maghrib badan start panas. Itu yang aku risau tu. Takut aku tidur mati.. Harap2 demam emran dah baik.. Amin..

Masa ayah emran pesan jaga diri baik2 tu aku rasa macam nak terjatuh airmata aku. Aku cepat2 cover, terus masuk dalam kereta. Ya Allah, aku tak pernah berjauhan dengan ayah emran lama2. Pernah dulu 2 hari kot masa emran belum lahir lagi, tapi hari2 aku cium kain pelikat ayah emran. Hahahaha.



 "Papa, balik cepat tau.."





3 comments:

  1. huhuhu.. moga tabah untuk berjauhan selama seminggu..:)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan. Suami anggota pakaian seragam ker?

    ReplyDelete