Friday, September 6, 2013

AYAH DAH TAK MACAM DULU

Harini insyaallah lepas kerja nak siap2 balik Kedah, misi utama nak jenguk ayah. Dekat sebulan jugak aku tak tengok ayah sebenarnya. Tapi rasa macam dah bertahun. Aku rindu ayah sangat2. Tiap kali lepas solat aku tak pernah lupa doakan ayah cepat sembuh. Teringin nak tengok ayah yang kuat, tegap macam dulu2. Boleh berkebun, boleh angkat benda berat, macam2 boleh.

*ayaq mata dah start bertakung*

Adik aku mintak aku beli kan lotion untuk ayah. Kulit ayah dah kering. Dia mintak carikan ryle tube silicone, tapi tak jumpa macam yang dia nak. Ryle tube ni macam feeding tube untuk ayah minum, dimasukkan kat lubang hidung ayah. Baru aku tau ayah guna ryle tube size 12. Adik2, mak, kak, abang, depa yang uruskan ayah kat kampung. Semalam aku keluar carikan pampers untuk ayah. Brand Dr.P. Beli 2 pek saja, macam tak cukup, sebelum bertolak balik Kedah insyaallah nak pi cari lagi. Ayah minum susu ensure, adik cakap susu ayah banyak lagi. Ayah tak boleh makan, minum semata2.

Sedih rasanya bila bercakap pasal ayah. Semua orang sayang ayah kan. Anak mana yang tak sayang ayah. Kecik2 dulu ayah memang garang, dengar ja moto ayah balik, mesti kelam kabut lari buat2 baca buku, tak pun kalau tengah tengok tv masa malam, mesti lari pura2 tido. Punya takut dengan ayah. 

Tapi bila dah besaq, makin lama ayah makin cool. Teringat masa hari akad nikah aku tahun 2010, lepas majlis dah setel, ayah datang pegang kepala aku, cakap tak sangka aku dah nikah, dah jadi bini orang. Aku gelak2 masa tu, padahal dalam hati sebak sangat. Ayah mana pernah nak tunjuk kasih sayang dengan anak2 dia, walaupun kita tau dia sayang kita. Masa ayah pegang kepala aku masa tu, sebak dia lain macam. 

Harini ayah dah tak macam dulu2. Ayah hanya boleh baring2. Aku rasa, aku tak boleh nak sembunyikan ayaq mata aku bila tengok ayah. Automatik aku akan teriak. Sekarang ni pun ayaq mata aku bagai nak tumpah, tapi cover2 takut ada yang nampak. 

Ayah, be strong. Moga ayah cepat sembuh. Moga ayah dapat senyum macam dulu2. 

Gambar latest ayah, adik aku upload kat facebook semalam. Zahra anak kakak aku rajin massage tokwan.
Ayah nampak kurus. 


Ni gambar masa kat hospital sultanah bahiyah. Hari raya pertama. 
Kami satu keluarga lupa pasal raya lepas ayah jatuh sehari sebelum raya.
Mak tengah massage tangan kiri ayah yang kaku. 



Semoga Allah permudahkan perjalanan kami nak balik tengok ayah. 
Selamat berhujung minggu kawan2. ;-)

4 comments:

  1. Sabar ye dear, banyakkan berdoa moga ayah kembali sihat dan ceria seperti sebelum ni.. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Salam dik...tak tau macam mana akak terbuka blog adik (sebenarnya nak cuci2 mata ngan handbag)aku rasa terpanggil untuk menulis tentang ayah adik ni...akak ada satu pelapik tilam dan baru saja dengar taklimat produk ni 2 hari lepas..ada 4 orang tua sebagai testimoni yang hanya terlentang tak boleh bangun, tapi ada pak cik tu just tidur atas pelapik tilam ni n kadang2 buat selimut lah kan, dalam 2 minggu dah boleh berjalan..hari ke 3 dia dah boleh gerakkan kaki...just want to share, ya lah siapa tak sayang ayah kan...semoga adik tabah ye..

    ReplyDelete
  3. Salam dik...tak tau macam mana akak terbuka blog adik (sebenarnya nak cuci2 mata ngan handbag)aku rasa terpanggil untuk menulis tentang ayah adik ni...akak ada satu pelapik tilam dan baru saja dengar taklimat produk ni 2 hari lepas..ada 4 orang tua sebagai testimoni yang hanya terlentang tak boleh bangun, tapi ada pak cik tu just tidur atas pelapik tilam ni n kadang2 buat selimut lah kan, dalam 2 minggu dah boleh berjalan..hari ke 3 dia dah boleh gerakkan kaki...just want to share, ya lah siapa tak sayang ayah kan...semoga adik tabah ye..

    ReplyDelete