Tuesday, September 10, 2013

BELUM ADA REZEKI LAGI

Tak pasti berapa lama company ni akan bertahan. Dengar macam2 khabar angin. Mungkin company akan close terus or close kat Lumut ni dan set up new company kat KL. Yang pasti kalau buka new company kat KL, aku takkan nak ikut. Ayah emran keja kat sini. Hmmm.. Lagipun KL, cost of living, standard of living memang sangat mahal kan kat sana. So, better cari kerja lain kat sini.

Masalah, dah lama jugak aku mencari2 kerja kat Lumut ni, kat Manjung, kat Sitiawan, tapi belum ada rezeki. Ada jugak aku try apply kerja yang kat Seri Iskandar, lebih kurang 30 minit drive dari rumah. Tapi macam tak ada respon. 

Susah nak cari kerja kat sini, nak dapat kerja kerani pun susah kot. Hahahaha. Ada degree pun simpan je la, baik guna SPM. Tak payah mengaku kita ada degree, nanti susah nak dapat kerja. Sebabnya hari tu aku ada try jawatan legal clerk, qualification SPM, tapi bila aku isi form, tulis qualification aku, boss firm tu cakap, "u ada degree, kenapa u mintak post SPM". Aku pun explain baik punya kat dia, tapi sampai sekarang takdapat any info pasal post tu. Sob sob sob.. (tapi yang aku yakin aku tak dapat post tu sebab expected salary aku too high kot untuk post legal clerk. Itupun aku letak 500 ringgit kurang dari gaji aku sekarang).

Takpa, senyum. Yakin yang janji Allah pasti ada untuk aku. Mungkin bukan dekat situ rezeki aku. Jadi, mungkin kat tempat lain yang boleh offer gaji yang lagi tinggi. Sebenarnya, susah jugak nak dapat kerja dengan gaji yang agak tinggi kat Lumut ni, gaji kat company sekarang alhamdulillah ok, cumanya projek dah almost siap, so dengar2 memang tak ada projek baru, so kena la cari kerja lain.

 Insyaallah, Allah dah rancang yang terbaik untuk kita. So ni nak promote sikit. Ada apricot, ada pistachio, ada kismis (emran suka kismis, bila poo poo, keluar kismis seketoi2.haha), ada chocodate pouch, ada honey roastead sunflower seed atau dalam bahasa yang ringkasnya kuaci lah dan jugak roasted cashewnut atau dalam bahasa kampung aku bijik jangguih.

Sapa2 yang berminat nak dapatkan produk2 kat bawah ni, boleh la email aku @ nur.amna02@gmail.com atau sms / whatsapp 019-446360(1). Aku jarang guna email yahoo sebab asyik masuk dalam spam. Ok, bye, salam :-).





7 comments:

  1. Kalau ayah Emran nak tukar KL pun boleh rasanya sebab di sini ada juga kapal batu. Hidup di KL mungkin kosnya lebih tinggi tapi peluang nak cari side income terbuka luas.

    Apapun saya doakan yg terbaik buat GC dan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Lumut ok YB, dekat sikit nak balik Kedah.. :-)

      Delete
  2. yes!

    Saya jadi pengomen pertama kali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa.. tak dapat apa2 hadiah pn kalau jadi pengomen pertama.. hahahaha

      Delete
  3. InsyaAllah.. gandakan usaha lagi.. Allah pasti akan tolong.
    adik sis pon baru jer kehilangan keje haitu.. kampeni tutup gak. dia last keje 30hb 8 haitu. pastu dia gi kampeni ajen pekerjaan. hari tu pergi, haitu jugak dorang suh gi interview dan haitu jugak dia diterima kerja. cuma adik sis mintak tangguh masuk keje 19hb nih sebab ade hal lain weken nih.
    untuk pengetahuan awak, adik sis duk kuantan. awak pon cuba lah guna khidmat ajen pekerjaan. mana tau leh dapat kerja melalui ajen. tapi kata adik, dorang akan caj kita bape % entah dr gaji pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, rezeki adik akak dpt keja terus kan. :-)

      sy ni semua lubang sy dh try ni, tp takde yg panggil lagi ni. takpa2, sy usaha lagi.

      Thanks kak :-)

      Delete
  4. InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki ye.. :)

    MJ pun Degree tapi gaji sekarang mcm level SPM je...
    Apapun yakin dengan rezeki Allah

    ReplyDelete