• News

    02 September, 2013

    WELCOME SEPTEMBER!!!!

    Goodbye August!!!



    31 Ogos, pagi-pagi buta anak2 aku dah jaga, so kami melepak depan tv nak tengok sambutan merdeka kat Dataran Merdeka. Kot2 ternampak muka ayah emran kan. 7.30 pagi dok melepet ja kami 3 beranak dok depan tv, aku siap sembunyi remote takut emran pi tekan channel lain. Kang melepas tengok ayah emran kawad. Ada anak kecit ni bukan senang, sat sorang terberak, sat sorang nak makan, abeh takkan anak ja yang berak, mak pun nak terberak jugak. Wahahaaha.. 




    Yang pastinya aku tunggu sampai pukul 10 lebih, sudahnya aku langsung tak nampak geng Navy berkawad. Yang banyaknya, geng askar. Sedih betuiiii.. Aku siap get ready dengan henpon kot nampak geng navy kawad aku nak amek video. Lawak betui.. Sebab frust, aku angkut anak2 masuk bilik, on aircond, dan lena.... Petang kang kita bangun ye anak2, sambut ayah balik..  Yehaaaa... Rinduuuuuu sangat..




    Petangnya dalam 5.30 ayah emran pun sampai. Berbunga2 hati aku tengok muka ayah emran. Mana pernah terpisah lama2 oiii.. Paling lama masa emran tak beranak lagi, itupun 2 hari saja kot. Hati lagi rasa berbunga2 masa ayah emran tunjuk jam tangan, konon2 ole2 dari KL la tu. Lepas tu ada tablet China made, tapi tablet tu awai2 lagi emran dah terkam. Hahahaha..




    Emran, dah la tablet mama yang haritu hang dah bagi jahanam, so tolong la jangan bagi jahanam tablet baru mama ni. Walaupun murah, tapi tetap berharga dihati mama sebab ayah hang yang beli. Ekekeke.. Ayat bodek..



      



    Tablet ni takleh masuk sim, internet on wifi saja. So bawak mai ofis, guna wifi ofis.
    Tu dok gigih nak download game yang berilmiah sikit kat emran. 
    Tapi terdownload game candy crush. Camno tu? Berilmiah sgt lah kannn...



    2 September - Anak dara aku Nur Amna Safiya dah 8 bulan!!!!!!! Mak2 memang macam ni lah kan, anak cukup sebulan pun kira, 2 bulan pun kira, inikan pulak 8 bulan. Hihihi. Insyaallah nanti setahun kita potong kek naaa.. Tapi amna takleh makan, mama la yang makan dengan abang dengan papa. Hihihi. Amna sekarang dah tau mak dia nak tinggai dia rumah mak pengasuh, maka tiap2 pagi dia akan teriak dengan nyaring dan lantangnya, boleh dengar selang 2,3 buah. 



    Alahaiii anak.. Aku tengok muka mak pengasuh pun lain macam ja tiap kali amna dok teriak macam tu. Lama nak pujuk anak dara aku tu bagi diam. Aku tau la, kat rumah pun sama. Kalau balik dari rumah pengasuh, aku tak boleh terus pi mandi, kena main2 dengan dia dulu, kena bagi nenen dulu, bagi dia rileks2, gelak2 dengan abang dia, baru boleh letak dia. 





    Amna tengah golek2 atas katil.





     

    Kesian anak mama, masa ni warded kat Hospital Sik sebab cirit. Tu tangan kiri
    kena balut dengan napkin takut dia tarik jarum yang masuk ayaq tu.
    Sedih mama tengok anak mama sakit..

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers