Thursday, March 28, 2013

PENGALAMAN BERPANTANG SENDIRI

Sebelum beranak lagi aku dah decide yang kali ni nak pantang kat Manjung dulu sebelum balik pantang kat kampung ku tercinta, Kedah Darul Aman. Lagipun ayah Emran cuti 2 minggu, lama jugak tu. Pikiaq2 balik, pantang kat Manjung lagi senang sebab rumah aku memang dekat dengan Hospital Manjung, senang ayah Emran nak berulang alik pi hospital ka apa. Lagi pulak pikiaq mungkin baby ada jaundice ka apa, senang la nak pi klinik sebab dekat. Kampung aku kat Jeniang nun memang jauh la kalau nak pi check jaundice, jenuh berulang. Kesian pulak nak berulang pi mai pi mai.  


Masa aku 'check in' Hospital Manjung selama 4 hari 3 malam jaga Amna, tak la hari2 ayah Emran mai tengok aku. Aku pun tak kisah, aku jaga Amna, dia kena jaga Emran. Bila dah boleh balik rumah, ayah Emran yang sediakan semua, daripada ayaq akar kayu nak bagi aku mandi, masak nasik, masak ayaq panas, goreng2, bakar2 ikan, panaskan tungku, basuh baju, kemas rumah, semua ayah Emran buat. Cuma yang dia tak buat, mandikan Amna.



 Perwira ku!!! Thanks papa jaga mama dengan anak2 dengan baik walaupun mama banyak songeh.. kah3x..
 Nanti mama bagi anak lagi kat papa.. harharhar..


Hari kedua lepas beranak aku dah masuk dapoq, sebab aku tak suka cara ayah Emran masak sawi. Hahaha. Demand gila tak padan sakit. Nak buat cemana, tekak tak sakit kan. So aku pun gagah la bangun pi masuk sawi. Dah la aku ni bukan penggemar sawi, so memang kena masak ikut selera tekak aku la kan. Banyak songeh!

Masa aku beranakkan Emran dulu, dekat sebulan jugak mak aku or kakak aku yang tolong mandikan Emran. Aku tengok ja. Takdak pengalaman lagi masa tu, so kali ni, alang2 pantang sendiri, semua kena buat sendiri lah kan. Mujuq Amna tu diberanakkan takdak la kecik sangat, 2.94kg dengan size mak dia yang tak seberapa besaq ni, consider Amna tu besaq la. Takdak la gayat sangat  nak pegang. 



 Amna pakai baju abang Emran. Dah pandai dah sekarang ni, kadang2 takmau baring,
nak suruh kita pegang dia sokmo, nak tengok tv. 


Kali ni aku berurut awai, sebab masa Emran haritu lambat berurut sampai urat2 dah masuk angin. Sakit nak mampoih masa bidan tu urut. Aku suruh makcik tu urut 3 hari, lepas tu mintak dia botakkan si Amna. Upah mengurut dengan buang rambut Amna, makcik tu kata bagi la berapa2 pun, so aku bagi la RM120. Aku pun taktau rate orang mengurut kat sini berapa. Sedap makcik tu urut. 

Bila cuti ayah Emran dah nak abih, baru la kami 4 orang konvoi balik Kedah. Sebelum tu balik kampung ibu mertuaku dulu kat Ipoh. Memang sorrrgaaaa balik pantang kat kampung, sebab kak dengan mak aku masak sedap2.

 Emran yang suka makan rociiiiiii (roti)


 



 


Wednesday, March 27, 2013

SEDAP BANGAT!!!!

Wahai semua pekerja gomen, tau la hangpa semua dah gaji.. Hahaha.. So, mari lah order beramai2..
Sedap wey, rugi kalau tak beli.. Anak2 pun tentu suka makan.. 
Daripada dok beli keropok twisties, super ring, jajan2 merepek tu, baik la beli kismis ka, buah tin ka, bagi anak makan.. 
Anak2 suka, mak suka, pak pun suka..


Say no to keropok!! Hahaha..



Hangpa boleh order:

CHOCODATE

PEANUT CANDY

KURMA NABI @ AJWA

KURMA SAFAWI

DRIED APRICOT

DRIED FIGS

DRIED MANGO / GUAVA / KIWI

GOLDEN RAISINS

PISTACHIOS

WALNUT

ALMOND ( NON-ROASTED )
 
BIJI APRIKOT ( PAHIT )

BIJI HABATUSSAUDA

KURMA BADAM / KURMA WALNUT 

Dalam gambar tu ada pistachio aka kacang cerdik, 
kurma ajwa aka kurma nabi,
chocodate, kurma badam, dried kiwi, 
golden raisin, dried mango dan peanut candy. 
So sedap!!!


 Buah tin sebijik2. Lembut dan sedap!


 Almond, golden raisin, pistachio, peanut candy,
dried guava dan dried kiwi yang dah siap packing!!!
Ohhh lalalala... Hahaha...

 Jenis2 kurma yang ada: 
Kurma ajwa aka kurma nabi, kurma badam,
kurma walnut, kurma safawi dan chocodate.
Nyam3x.

Nak order senang ja, boleh email ke siti_noara212@yahoo.com.
Aku akan respon cepat2 punya. Dengar cerita supplier nak naikkan harga
pistachio tu, so sementara stok ada lagi, baik order cepat.
Hihihi.. Eh, nak sms / whatsapp pun boleh 019-44 636 kosong satu. 
:-)


Tuesday, March 26, 2013

NAJWA LATIF DAPAT 4A JER?????

 Alaaa... Comel la wawa.. Hahaha..


Aku ada baca kat twitter, ada orang kondem Najwa Latif dapat 4A jerrr..
Kata orang tu, tak payah la nak menyanyi2 masa belajaq ni, suruh fokus 100% dekat pelajaran.
Lepas habis SPM, baru la boleh menyanyi, kata orang tu laaa...

Ok lah tu dapat 4A, not bad apa..
Orang yang konon2 100% fokus dekat pelajaran, yang konon sekolah jarang ponteng,
yang konon pi kelas tuisyen sana sini pun belum tentu boleh dapat 4A.
Aku lah tu. Tak kata orang lain pun.
Result SPM aku tahun 2001 haritu bukan elok mana pun.
Siap failed fizik dengan kimia. Kah3x.
Satu apa pun aku tak paham bila masuk makmal, menguap, sembang,
best masa buat eksperimen jaa...
Hihihi..

 Cinta muka buku... lalalala...


Orang yang mengata tu, entah result dia cemana tah. Bajet gempak kot.
Bukan apa, aku tak berapa suka orang suka judge orang itu ini.
Aku tengok, ramai kawan2 aku yang result SPM biasa2 pun sekarang dah hebat.
Keja gomen sekarang ni pun, walaupun takat SPM, tapi dah curlasss yu ollsss.
Kagum aku tengok. Tetiba rasa nak mintak gomen guna result SPM. 
hahaha

Buat adik2 yang result tak berapa bagus, pi la mintak nurse ka,
pembantu tadbir apa benda kat website SPA tu, untung dapat, bangga mak ayah.
Nak pulak mak ayah pesen suka bangga2 anak tu, sengih sampai telinga anak keja gomen.
Hihihi.
Apa2 je la...

Berbalik kepada cerita Najwa Latif, tahniah dapat 4A. 
(bajet najwa latif baca blog aku ni kanssss).
Anak akak si Emran tu minat sangat dengan adik, tambah2 lagu duet dengan Sleeq tu.
Alahaiiii... Terkinja2 dia joget.
Akak pun suka lagu adik yang sahabat tu, duet dengan sapa nama tah.
Ni akak siap donlod lagi lagu tu. Kah3x.


 ~ kipas susah mati najwa latif. yehaaaa ~
 


Thursday, March 21, 2013

DEMAM CAMPAK + CHICKEN POX

Assalamualaikum. 'Bestnya' cuti-cuti Malaysia. Tak pi jauh-jauh pun, cuti dekat ja, kat dalam rumah sendiri. Emran kena demam campak + chicken pox. Maknanya dah 3 hari jugak la aku terpaksa ambik emergency leave. Dah la baru kerja 2 minggu lepas cuti bersalin 2 bulan, ni terpaksa cuti lagi.

Apa nak buat, kerja penting, tapi anak lagi penting. Kalau demam sikit-sikit tu, boleh la pejam mata hantar kat nursery, ini kena chicken pox, takkan nak hantar pulak kan. Buat berjangkit dengan budak-budak lain, naiya jugak. Lagipun nursery mana bagi parents hantar kalau anak ada penyakit berjangkit ni.

Aku terpaksa jugak hantar Amna pi rumah pengasuh. Takut jugak kalau amna kena chicken pox. Kesian amna yang kecit ittew.

Malam tu tengok mata emran berair je, aku ingat dia demam biasa ja, esoknya aku tengok kat badan dia dah naik biji-biji merah. Confirm! Mesti demam campak. Aku dah cuak sebab tak pernah handle adik2 yang pernah kena demam campak ni, lepas tu call pengasuh amna, dia cakap cari ayaq nyok dengan daun semambu, bagi mandi. Petang tu pi klinik amek ubat, doktor bagi ubat demam sebab emran still demam, dengan ubat gatal. Lepas tu ada calamine lotion, untuk sapu kat badan.

Emran asyik garu-garu badan dia, merengek, menjerit tak payah cakap la. Kesian tengok. Semedang nak mandi. Orang cakap elok mandikan dia banyak kali. So aku pun bagi la emran mandi banyak-banyak. Tiap kali nak sapu calamine lotion tu, emran memang akan menjerit-jerit. Nampak je botol merah calamine lotion tu, terus dia lari sambil jerit-jerit. Nak sapu bukan main seksa, berlari-lari aku nak tangkap dia, dia masuk bawah meja, sekali aku pun masuk bawah meja.

Harap emran cepat sembuh. Amin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, March 14, 2013

BENGKAK SUSU

Dah berapa kali dah aku kena bengkak susu since start kerja haritu. Kat tempat kerja aku
ni macam tak sesuai nak pam susu. Surau takdak pintu. Hahaha. Bahaya, kang ada
sapa2 ternampak aurat ku pulak.

Bengkak susu 1 hal, ni bila pam or perah, susu takmau keluaq.
Macam tersumbat. Kerap sangat jadi. Itu yang bengkak sampai demam2.
Adeh laaa..

Kawan aku siap bagi petua, suruh guna berus gigi, berus dekat kawasan nipple tu,
kot2 boleh keluarkan daki2 yang tersumbat. Tak jadi jugak.
Dah try cuci dengan towel basah, tak jadi jugak.
Letak kobis pun tak jadi jugak.
 
Hari tu masa aku demam pi amek ubat kat private clinic tu, 
pakar penyusuan tu cucuk nipple aku dengan jarum nak bagi susu tu keluar.
Pejam mata, tak sanggup nak tengok, padahal tak sakit pun.

Stress ni sebab kerap sangat tersumbat. Nak perah susu untuk bagi kat pengasuh pun tak boleh.
Nak dapat 1oz tu pun bukan main lama, masa tak tersumbat hari tu, 
perah 30 minit pun dah dapat 3oz.

Macam mana nak buat eh?
Tolongggggg......



Tuesday, March 12, 2013

APA FEEL DAH ADA DUA ORANG ANAK?

Mula2 syukur alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sebab dikurniakan 2 orang zuriat. Kawin tak sampai 3 tahun, anak dah 2 orang. Hahaha. Express gila. Untuk yang taktau (bajet ramai yang baca apa aku tulis), anak first aku, Emran dah nak masuk 1 tahun 7 bulan, Amna pulak baru 2 bulan. Yessss... Beza tak jauh. Masa aku pregnant dekat Amna, Emran masa tu baru 7 bulan kot kalau tak salah laa...



Aku baru start keja minggu lepas. Letih tak payah cakap la. Mandi laju2, makan laju2, berak pun laju2. Semua aku buat laju2 bila dua beradik ni teriak secara berjemaah. Kalau sampai hari ayah Emran duty, aku memang kelam kabut sikit. Sebab tu aku rasa sangat lega kalau ayah emran tak duty, sebab dia akan handle emran, aku pulak akan handle amna.


Sekarang ni, mandikan emran, buat susu emran, tukar pampers emran, semua ayah dia yang buat. Aku buat jugak la kadang2 tu. Tapi most of the time, memang ayah emran yang akan buat sebab aku akan handle si kecik amna tu. Suara amna memang tersangat nyaring, masa stay dekat hospital manjung kes jaundice hari tu, suara amna yang paling kuat aku rasa. Ayooo.. kuatnya suara anak aku. Segan kat mak2 yang lain, takut terjaga pulak baby2 depa. hahaha.


Dulu rutin balik kerja, mesti akan masak untuk makan malam. Sekarang tidak lagi!! Tunggu amna besar sikit kot. hahaha. Malam2 makan roti ja sekarang, no wonder ramai cakap aku slim. Hahahaha. Slim lah sangat. Tapi serius, memang tak sempat nak makan. Jangan kata makan, nak minum pun tak sempat. Mesti tak boleh imagine kan macam mana aku handle emran dengan amna sorang2, emran pulak sekarang ni tengah mencapai tahap yang sangat aktif, suka buka peti ais, panjat kerusi meja makan, suka pergi dapur tarik itu, tarik ini.


Boleh accept lagi kalau emran suka semakkan rumah, yang tak boleh nak accept, emran tak boleh dekat dengan adik dia. Sangat tak selamat. Mula2 memang dia macam nak kiss adik dia, but at last dia akan start tampar amna, aku takut dia smackdown adik dia ja. Sebab pernah sekali dia baling botol susu kena kepala amna, lepas tu dia main loncat2, terkena jugak kepala amna.




Rutin aku bila dah ada 2 anak ni, pagi2 masa nak panaskan enjin kereta tu, aku basuh baju. Kang lunch time nanti, aku balik sidai. Lantak la masuk ofis lambat pun, janji keja setel. Sempat jugak la aku kemas rumah sikit2.


Wednesday, March 6, 2013

PISTACHIO KACANG CERDIK

Makan kacang cerdik, bukan jaminan kita boleh jadi cerdik. Hahaha. Nak cerdik, nak bijak, nak pandai, kena la rajin2 baca buku, kena study, kena ulangkaji. Tak gitu? Dah macam pakar motivasi. Tapi makan kacang cerdik, konfem kita akan rasa sedap. Hahaha. Tak percaya??? Kena la cuba beli dan rasa sendiri. Cewahhh.. Promo memanjang. 








Sapa berminat, boleh la pm aku laju2. Email: siti_noara212@yahoo.com
Stok pistachio memang tak banyak. Sapa cepat dia dapat. 
Benda2 lain pun ada, macam habbatussauda, buah tin, buah aprikot,
bijik aprikot, kurma ajwa @ kurma nabi.
So, pm laju2 tau. Hihihi.


Monday, March 4, 2013

ANAK DARA KU - NUR AMNA SAFIYA

Nak kenalkan anak dara aku, sekarang dah genap 2 bulan. Lahir 2 Januari 2013 dengan berat 2.94kg di Hospital Sri Manjung, Perak.
Tak sangka aku dah ada 2 orang anak. Hahaha.
Semoga jadi anak yang solehah ye sayang. 
Mama sayang Amna dengan abang Emran yang kacak ittew. Hihi.
 

 Amna baru balik dari klinik, masa ni kena pi check jaundice.
Posing dalam kereta, atas ribaan mama. hihi.


 Amna asyik tidoooo.... zzzzzzzz..........


Dah botak. 


Gambar seksi sikit, so terpaksa cover. Muka amna garang, macam lelaki pun ada.
Merenung masa depan. Masa ni dah balik berpantang kat Kedah.
 

Amna tidur dengan nyenyaknya. Pakai stoking sin chan abang.