Monday, April 29, 2013

APAHAL BLOG AKU NI???

Heyyy.. cuba tengok, blog aku macam mereng sikit la.. Apa dah jadi?
Status kat nuffnang tu dah jadi non-gliterati dah..
Lepas tu tengok la, iklan pun dah takdak dah!!

Aku rasa ni kes aku delete domain ritu la
Sebab dah takmau pakai domain
Guna blogspot balik

Tolong ajaq sat!
Aku dah contact team nuffnang, tapi depa tak reply pun..
sob3x
Ni iklan nuffnang tak masuk langsung ni cemana!! Hahaha.. over gila!!!




layan gambar ni.. apricot ada, badam ada, peanut candy ada, 
buah tin ada, chocodate ada, kurma nabi pun ada.. sapa nak, whatsapp eh
019-4463 enam kosong satu!
hihihi..

Friday, April 26, 2013

BUBUR PULUT HITAM

Ada haritu kawan aku tiba2 cerita pasal bubur pulut itam. Siap share gambar lagi. Wallawehhh! Sedapnya. Nafsu nak makan terus membuak2. Tapi, seumur hidup aku, serius aku tak pernah buat bubur. Eh, aku pernah try buat bubur kacang sekali, haram tak jadi. Masa tu aku dah kawin, serius malu dengan ayah emran. Hahahaha. Dia perli2 aku kata buat bubur senang saja. Menyampah!

So, aku nekad ni nak buat bubur pulut hitam. Sebelum tu, haruslah google dulu resepi nak buat bubur pulut hitam. Baca dan study betul2 kaedah yang betBalik kerja, terus singgah kedai. Aku beli pulut hitam sikit, santan sikit. Nak beli daun pandan, takdak plak. Tak wangi la bubur aku. Tapi tak kisah la, misi harus diteruskan. Pi bayar kat kaunter, beras pulut harga rm1.30, santan 1 pek kecik tu rm1.00. Perghhh.. murah2.

Balik dari ambik amna dengan emran kat rumah pengasuh, terus aku rendam pulut hitam tu dalam setengah jam. Sempat la nak mandi, solat. Lepas dah cuci bersih2, masak. Bila dah kembang pulut tu, masuk santan, masuk gula, masuk garam. Tadaaaaaa... Siap dah.



Ni haaa bubur pulut itam yang sedap ittew. Kos pun tak banyak.
Puas hati makan. 


Serius kagum dengan diri sendiri sebab mampu masak bubur pulut hitam. Hahaha. Sila lah mencuba!

Monday, April 22, 2013

BAJET ANAK ORANG PUTIH


Emran takut dengan ayah dia. Kalau ayah dia ada, dia agak behave. Dengar suara pun dah takut.
Bila ayah dia takdak, dia la raja dalam rumah tu. Dapat punggah baju memang amat amat syorrga untuk dia.
Lepas tu boleh pulak buka peti ais, selongkar apa yang ada. 


Emran buka peti ais, selongkar2, jumpa cheese.
Ambik cheese, dannnnn.... makan!!! 
Ratah macam tu saja!!!
Syabas beteiiiii...



Muka nakal sebab berjaya sepahkan cheese atas kerusi!!!
Hahahaha... 
Ayah hang balik nanti, siap la.

Tuesday, April 16, 2013

EMRAN DAN MEALSHAKE SHAKLEE


Baru baik dari demam campak..

Tajuk bukan main, macam nak promote shaklee pulak. Wakakaka. Don't worry, aku tak jual produk shaklee pun. :-). Emran since 9 bulan lagi dah reject nasik, memang dia takmau makan nasik. Selain susu, dia makan roti, makan biskut, kurma, kismis, buah, except nasik!! Tapi berat emran ok, takdak la kurus kering. Sebab dia consume banyak susu kot. 


Mula2 aku memang risau sebab emran takmau makan nasik langsung, stress kot. Masa emran start makan solid food dulu, semangat sungguh aku bangun pagi2 masak bubur nasik kat emran. Lepas emran dah reject nasik, maka mak emran pun bangun lambat la sikit sebab pagi2 dah tak payah masak bubur nasik. Hahahaha..

Bila ada orang dok cerita pasal mealshake shaklee ni, kata anak depa berselera bila makan, aku pun ingat nak cuba kat emran. Ha la, mak aku risau jugak emran langsung takmau makan nasik. Bukan aku tak pernah suap nasik kat emran, habih dia luah nasik tu. Kadang2 siap korek nasik yang dah masuk dalam mulut dia. Ada jugak orang yang suka dok compare anak depa makan nasik sangat berselera, bla bla bla.. Aku buat stupid face saja la, malas nak layan. Janji anak aku sihat. Hahaha.

Emran dah try mealshake ni 3 minggu dah kot. Masa weekend hari tu aku bagi dia makan biskut jejari tu, aikk banyak plak dia makan. Memang aku terkejut, banyak kot dia makan. Lepas tu ayah emran ada beli apam balik, aku try suap dia, ehhh.. banyak pulak dia makan. OK.. OK.. aku sangat teruja. Alahmdulillah, mungkin emran serasi kot dengan mealshake shaklee ni.

Tapi yang aku perasan, anak aku suka makan pistachiooooo.. Kismis pun dia suka makan, dan jugak kurma. Susah nak cari stok kurma yusuf taiyoob tu kalau bukan bulan posa.

Apapun aku nak tegaskan, lantak la anak aku tak makan nasik, janji dia sihat walafiat. Janji dia nak minum susu, dia nak makan benda lain. Tapi, ilang la nikmat jadi orang melayu nak ooiii kalau tak makan nasik, tu sambal petai, ikan pekasam, gulai ikan, sedap makan dengan nasik. Mana ada orang makan semua lauk tu dengan roti. Hahaha.

Mintak la besaq2 nanti emran suka nasik. Boleh la jadi melayu tulen macam pendekar gittew.







Monday, April 15, 2013

JATUH DI TIMPA TANGGA

Kesian kak ju, ofismate yang kehilangan arwah suami berapa minggu lepas. Weekend baru ni dia datang dengan family dia dari Johor nak angkat barang dari rumah sewa dia kat sini, terkejut dia tengok rumah dah kena rompak. Habis meja makan, tv, dekoder astro, komputer, barang dapur, kain baju, barang2 dalam toilet semua kena angkut. Manusia mana la yang jahat sangat tu.Yang paling kak ju ralat, komputer arwah suami dia. Dalam tu ada macam2 dokumen, gambar2 dengan arwah.

Masa kak ju datang ofis nak ambik barang2 dia, muka dia still sebak, sudah la suami meninggal, satu2nya barang milik arwah yang simpan banyak memori dengan dokumen penting pun orang dah kebas. Bertambah2 sedih..

Jahatnya perompak tu. Jahat sangat2.....

Kak ju dah on the way balik Johor, harap kak ju tabah dan kuat.. Entah bila dapat jumpa kak ju lagi.

Thursday, April 11, 2013

INCREMENT

Tengah menanti increment yang bakal dapat untuk tahun ni. Tak sure berapa, harap2 banyak. Hahaha. Yela, anak dah 2, nak kena bayar upah mengasuh, nak simpan untuk education budak2 ni lagi, insurans lagi. Aku belum sempat nak buka apa2 akaun kat si kecit Amna ni. Emran dah ada akaun ASB, ada akaun Yippie dengan SSPN.

ASB emran tu aku masuk rm30 saja tiap2 bulan. Hahaha. Insurans untuk emran, aku pilih prudential. Tiap2 bulan kena bayar rm100. Kesian amna, takdak akaun bank lagi, insurans pun belum ada. Takpa la amna, duit mama, duit amna jugak. Hihihi..

Teringat pulak masa kerja kat company lama dulu, increment rm40 setahun. Hahahaha. Orang lain yang baca ni mesti gelak sebab increment orang lain mesti ratus2, riban2. 2 tahun lebih jugak aku bertahan, kerja kat situ sampai la dekat nak kawin, aku dapat offer kerja kt Lumut ni.

Kalau dapat increment sikit pun kena bersyukur, ada jugak kerja, boleh jugak tolong suami, beli apa yang kita nak, tak payah nak mintak duit kat ayah emran kalau nak beli apa2. Lepas tu, boleh jugak hulur duit mak.

Ustaz cakap, nak rezeki kita berkat, bagi la duit kat mak, insyaallah, duit sentiasa ada. :-)


Friday, April 5, 2013

MANA LAGI SAKIT??

Antara tampal gigi, cabut gigi dengan cuci gigi,
mana lagi sakit??

Kawan aku cakap, tampal gigi sakit.

Aku pulak, tampal gigi tak sakit.
Cabut gigi sakit kot.
Tengok jarum terus aku rasa nak pitam.

Ehhh.. Cuci gigi pun sakit lah

Motif???

Dah sampai masa nak servis gigi ni.
Huwarghhh...

Thursday, April 4, 2013

BILIK MAYAT

Terkejut aku masa Kak Faz (ofismate) datang bagitau yang suami Kak Ju (ofismate jugak) meninggal. Dia suruh aku siap2 sebab nak ajak aku ke hospital Manjung. Darah aku masa tu terus menyirap, terkejut, terkedu semua ada. Aku tengok muka kak faz, kak faz tengok muka aku. Macam tak percaya. Kami belum tau punca suami kak ju meninggal, so dok teka-teka, mungkin meninggal sebab accident. Kak ju pun tak pernah cerita yang suami dia sakit ka apa, just demam 2 minggu lepas.

Sampai kat bilik mayat hospital manjung, aku tengok kak ju dah lembik. Menangis dan menangis. Kalau aku kat tempat dia pun, mesti aku pun menangis jugak. Aku nampak kak ju tengah bagi statement dekat polis. Aku tak sure sebab apa kena bagi statement, mungkin sebab arwah meninggal sebelum sempat sampai ke hospital. Arwah meninggal kat rumah, sebelum ambulans sampai.

Tak lama lepas tu doktor perempuan muda sampai. Nak kena buat post-mortem. Kak ju dengan arwah bukan orang Perak, so memang takdak sedara mara kat sini. Mujur la ada jiran yang baik hati temankan kak ju. Sedih aku tengok kak ju. Meleleh2 ayaq mata, patutnya aku sabaqkan dia, ni aku pulak yang emo. Bila dengaq kak ju cakap pasal arwah, lagi la laju ayaq mata aku ni keluaq.

Aku gosok2 belakang badan dia, mintak dia baca al-fatihah untuk arwah. Sebab lagi banyak dia bercakap, lagi dia sedih.

Makin ramai kawan arwah sampai. Kata kawan arwah, dia memang ada mengadu sakit dada masa kat tempat kerja sehari sebelum tu, depa mintak dia balik, tapi dia tak balik. Doktor pun sahkan yang arwah meninggal sebab serangan jantung.

Kak faz pi setelkan kos van jenazah, kena rm300. Duit tol dan duit makan driver van jenazah kena bagi asing. Kak ju mintak arwah di kafankan dan disembahyangkan kat sini jugak, so kos untuk kain kafan semua rm400. Aku tak pernah tau yang kos kain kafan semahal tu.

Ni kali pertama aku masuk bilik mayat. Bukan setakat masuk bilik mayat, sampai ke tempat mandi mayat pun aku masuk. Balik rumah, terus terbayang2 keadaan dalam bilik mayat tu.

Untuk kak ju, harap dia tabah.

Monday, April 1, 2013

AKU MEROYAN???

Jiran belakang rumah cakap aku gila meroyan. Mungkin dia selalu dengar emran teriak. Mungkin dia selalu dengar emran teriak sambil ketuk2 pintu bilik ayaq bagai nak roboh pintu bilik ayaq tu masa aku mandi, masa aku wuduk, masa aku berak sembelit, masa aku kencing. Mungkin dia selalu dengar emran teriak sebab aku tak bagi emran buka peti ais dan selongkar semua barang dalam peti ais.

Mungkin dia selalu dengar emran teriak masa aku nak masak, dan aku tak bagi emran ke dapur, takut terkena minyak panas, dan emran kocak safety gate tu kuat2. Mungkin dia selalu dengar emran teriak masa aku angkat emran turun dari kerusi meja makan tu sebab aku risau dia jatuh. Sudahnya sekarang yang tinggal meja makan, kerusi semua angkut masuk dalam bilik.

Jiran belakang rumah aku sangat prihatin. Dia risau aku kunci emran dalam bilik sampai tak bernafas anak aku. Jiran belakang rumah aku taktau, emran terpecahkan gelas, dan aku terpaksa cuci gelas tu, bukan takut kena kaki aku dan kaki ayah emran, tapi takut jugak terkena kaki kecik si emran tu. Emran lari2, ingat kaca tu macam biskut yang dia selalu main2, ramas2, dia ingat kalau pijak kaca tu tak sakit. Macam mana nak cuci kalau emran ada kat situ, dia lari2. Ehhh.. emran kan dah besaq, dah pandai berjalan, dah pandai berlari pun, bila aku angkat dia jangan main kat tempat kaca yang pecah tu, dia menjerit menggelupor.

Jadi, aku masukkan emran dalam bilik sekejap, sementara aku cuci kaca atas lantai. Emran macam biasa, menangis dan mengamuk sambil ketuk pintu kuat2. Dah siap cuci, aku keluarkan anak aku dari bilik.

Jiran aku yang prihatin kata kenapa tak dengar suara baby? Dia risau aku apa2 kan amna. Pulakkkk.. Tadi risau pasal emran, sekarang amna pulak.

Terima kasih jiran yang prihatin.

Aku maafkan dia sebab dia taktau apa jadi dalam rumah aku, dia bercakap berdasarkan apa yang dia dengar. Aku mengaku, aku tak mampu nak control keadaan anak2 aku, kadang2 amna teriak, emran ok. Kadang2 amna ok, emran pulak yang teriak. Kadang2 dua ok, kadang2 dua tak ok. Hahahaha.

Aku redha saja la apa orang nak kata. Aku mohon Allah permudahkan aku dengan ayah emran besarkan anak2 kami. Lepas jiran yang prihatin cakap aku gila meroyan, aku jadi cool sikit dengan emran. Kadang2 ada jugak aku menjerit macam tarzan. Wakakaka..

Bila emran teriak, aku jadi risau takut orang (jiran yang prihatin) cakap meroyan aku datang balik..... Nak kata aku tak kisah sangat, aku kisah jugak.. Sebab aku tau depa suka bercerita. Tapi lantak la, Allah saja yang tau. Senyum sudah laaa... :-)