Monday, July 29, 2013

ISNIN YANG LETIH

WORDLESS MONDAY

Mood letih, sebab pukul 10 semalam baru sampai dari rumah mak mertua.
Dengan amna selsema, dengan emran asyik buat perangai
Masa berbuka tu makan sikit ja sebab amna dah melalak sakan
Takmo dekat opah, nak mama dia ja..

Anak diutamakan.. Tapi sebab lapaq sangat, mama makan dulu noh amna
Petang sebelum berbuka tu dah menggigil badan sebab dahaga
Tediaaa.. Dah kalah budak2 baru belajaq nak posa..

Lupa nak update, amna dah selamat di sunatkan
hari khamis, 25hb Julai, sehari sebelum cuti nuzul al-quran
aku kalau boleh memang nak amna disunatkan oleh doktor pompuan, Dr. Saadiah kat 
Klinik Perdana Lumut tu
Tapi Dr. Saadiah tak sihat, lumpuh katanya, sebab tu asyik bertangguh ja nak sunat amna
so now rasa lega sebab amna dah sunat
amna dah big girl sekarang

 kesian, kena kiss dengan nyamuk

main charger tepon
 
 
muka kesian sebab selsema nih..

Thursday, July 25, 2013

KEPUTUSAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

Tak sangka dah tua2 macam ni baru SPA (suruhanjaya perkhidmatan awam) baru nak panggil interview. Ingatkan SPA tak berminat langsung dengan aku. Hahaha. So ceritanya bulan 5 hari tu aku ada la pi interview penolong pegawai tadbir gred N27 kat JPJ Ipoh.

Walaupun family mertua aku dok Chemor, Ipoh tapi aku bukannya reti sangat area Ipoh tu. Nak buat macam mana, kalau balik umah mertua, asek2 pi Mydin ja. Ada jugak la ke Ipoh tapi mana la nak reti sangat jalan2 kat sana. Sudahnya aku SESAT. Ayah emran punya marah aku sebab aku sesat pi mana hala ntah. Hahaha. Sapa suruh tak teman.

Drive dari rumah (Manjung) nak ke Ipoh, ya rabbi... punya la jauh aku rasa. Terfikir jugak aku, macam mana la orang yang dok travel hari2 dari Manjung ke Ipoh. Kereta pun banyak. Alahai.. tak sanggup aku nak travel jauh2. Dekat 2 jam kot. Itu baru pi keja, balik keja kang 1 hal. Uihhh.. penat la badan.. Kiranya tu la first time aku drive sorang2 ke Ipoh, selalunya ayah emran la yang drive. Aku melepak ja kat belakang dgn emran, dgn amna. 

Aku dapat no. berapa tah, tak ingat dah. Haram tak buat preparation apa pun. Sebabnya aku baca email tu hari khamis. Hari jumaat aku korek2 balik semua sijil2, almaklum la dah lama tak attend interview kansss.. Baca la apa yang patut.. Panel tu tanya apa tugas penolong pegawai tadbir ni, aku jawab 2 ja, sebab memang aku hafal 2 ja. Tengok2 panel mintak 1 lagi, aiyakksss. Aku taktau, lepas tu goreng la aku. Ntah betul ka tak apa aku goreng tu. Hahaha.

Katanya 29 Julai ni baru dapat tau result. So, neves jugak ni. Almaklum la, berharap jugak dapat. Tapi kalau boleh, dapat dekat2 sikit. Demand plak ye. Bukan apa, anak2 kecik lagi, kalau boleh nak la kami 1 family dok sekali. Anak2 pun perlukan ayah depa.. Aku pun perlukan suamiku.. Kah3x..

So, menanti dengan penuh sabar dan doa. Harap2 ada rezeki anak2. Harap2 ada rezeki aku join kerajaan. Lebiu abang jib! Hahahaaha... 



rindunya emran masa ni.. bulan depan dah nak masuk 2 tahun.. cepat pulak rasanya..
walker ni sekarang amna yang guna.. kadang2 emran jeles, emran guna jugak..
tak puas naik kot masa kecik dulu.. hahaha..

 masa ni kat teluk batik.. 

 emran isap cerut..
 




Wednesday, July 24, 2013

KERABU TAUGEH BERSAMA KERANG

Taktau nak masak apa untuk berbuka. Asyik2 sambal, asyik2 ayam goreng. Tetiba teringat nak buat kerabu taugeh dengan kerang. Biasanya kalau kenduri kat belah2 Kedah memang selalu ada kerabu taugeh dgn pucuk paku. Tapi kemarin saja la buat kerabu taugeh dengan kerang. Sebelum balik kerja, google resepi dulu, almaklum la memang aku jahil sikit bab2 masak ni. Lagipun ni first time buat kerabu.

Rasa macam senang saja kot nak buat kerabu taugeh ni. Hafal semua bahan2 dalam kepala otak, balik kerja terus singgah PCK kat Manjung. Alhamdulillah, semua bahan2 ada juai. Balik2 rumah tengok kerisik dengan serai lupa nak beli, kena la mintak ayah emran pi beli. Kawan aku kata kena letak lengkuas, tapi aku tak letak pun. Bahan2 yg aku guna:

Taugeh aka toge dalam 5 kupang
Serai sebatang
Bawang besaq sebelah
Kerisik separuh plastik
Cabai melaka 2 bijik
Belacan sikit
Limau nipis sebijik
Garam
Halia (aku memandai letak halia, tak sure resepi asal ada letak ka dak)
Dan tak lupa kerang dalam setengah kilo




 Semangkuk kerabu taugeh bersama kerang untuk tatapan semua.. Hihihi..



Kerang yang agak ramai di dalam mangkuk.. ;-)


Kecuq ayaq liyuq masa dok menggaul kerabu ni.. Sedap gila bau.. Bau ja la yang sedap, rasa belum tentu lagi sebab posa kan, mana boleh rasa garam cukup ka dak.. Alhamdulillah, ayah emran makan banyak.. Kira sedap la tu.. (untung ada bini pandai masak). hahaha...

Monday, July 22, 2013

INSURANS 1 FAMILY

Aku dah ada insurans, tapi under company. Kalau aku still kerja dekat sini, insurans tu still ON laa.
One day kalau aku dapat kerja tempat lain, so aku dah takdak insurans. 
Huhu.
Emran dah ada insurans, aku amek prudential untuk emran, bulan2 bayar RM100.
Medical card + saving.
Tiap2 bulan aku bayar, tak penah missed.

Sekarang, Amna ja yang belum ada insurans. Ayah emran dah ada insurans, tp under MCIS Zurich kot.
Risau la sekarang, macam2 penyakit. Kadang2 macam2 benda boleh jadi.
Sebab tu terfikir nak amek insurans untuk 1 family.

So, tadi ada jumpa agen insurans tu, dia under AIA, dulunya ING.
Company aku memang amek AIA ni.
Ada beza sikit la antara insurans individu dengan insurans under company.
Banyak jugak info yang aku dapat masa meeting dengan agen insurans tu.

Sekarang memang banyak komitmen. Nak bayar kereta, bil2 semua, saving lagi, belanja lagi.
Tapi aku rasa insurans pun sangat penting la zaman sekarang. 
Bukan kata hospital gomen tu tak ok, ok tapi lambat sikit la.

Insurans AIA ni agen tu cakap, dia cover laki bini, sekali dgn 4 orang anak.
Maknanya, kalau aku beranak lagi 2 orang lepas ni, amount yang aku bayar still same.
Hahahaha.
Ni nak kena beranak lagi ni. 
Ok, aku dah macam mesin mengeluarkan anak sebab emran baru nak masuk 2 tahun, amna dah 7 bulan.

Nak kena bincang dengan ayah emran la lps ni.. Samada nak proceed ka tak.. ;-)

 

 

Friday, July 19, 2013

ABBY ABADI DAH KAWIN??? KALAU BETUL, TAHNIAH ABBY ABADI

Kat facebook, ramai orang dah share pasal ni.
Katanya abby abadi dah kawin.
Lakinya pulak handsome, muda remaja gitu.

Kalau betul abby abadi dah kawin, alhamdulillah.
Tahniah abby.
Semoga jadi isteri yang solehah.
Amin.


JAMU PENGANTIN DARA?? DAH KAWIN PUN TAPI STILL DARA, CAMNO TU??

Kalau tengok dekat facebook, sangat banyak kot iklan jamu pengantin dara la, jamu susuk dara la, masker vagi$$ la. Biasanya yang jual produk2 macam ni, orang perempuan la. Kononnya nak bagi suami bertambah sayang. Ahaksss...


Ni aku copy kat facebook. Cuba la baca konon2 testimoni pengguna jamu pengantin dara ni. 
Alahaiii.. Tak malu ka? Cerita kat orang pasal hubungan laki bini ni. Simpan sendiri dah la, kalaupun
jamu yang kita beli tu sangat POWER gila!!! Hahahaha...

Kesimpulannya: kalau nak beli OK, takdak masalah, tapi takpayah la nak share GOOD NEWS
tu dengan semua orang. Hahahaha.

Selamat berpuasa semua :-)

Thursday, July 18, 2013

HONEY ROASTED SUNFLOWER SEED @ KUACI PANGGANG BERMADU

 HONEY ROASTED SUNFLOWER SEED @ KUACI PANGGANG BERMADU

OPEN FOR ORDER!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

MINIMUM ORDER 500g

Email: siti_noara212@yahoo.com

Sms / Whatsapp: 019-446360satu





NAK CARI KERJA BARU

Aku dah rasa lemau keja kat tempat sekarang
Projek dah habis, taktau la ada projek baru ka tak
Aku dah muak nak keja dengan team baru ni
Tak best
Tapi sebab fikir gaji, so kerja jugak la macam biasa

Aku ingat nak cari kerja lain, tak kisah la even clerk pun
Aku nak belajar benda baru
Cukup la kot 2 tahun lebih aku kerja kat sini

Kalau gaji tempat baru lagi sikit dari gaji sekarang macam mana?

Sikit tu maknanya kurang separuh dari gaji sekarang, agak-agak boleh survive tak?
Boleh kot, janji pandai berjimat cermat. ;-)

Kalau tau pasal kerja kosong dekat Lumut / Sitiawan / Manjung, tolong inform eh








Monday, July 8, 2013

KASUT RAYA EMRAN.. REAL KEDAHAN..


Emran kan diberanakkan di sungai petani, so kira anak kedah la ni.
Jadinya, kena pakai kasut hijau kuning, baru jadi real kedahan.
Comel dak?? 
Aku takut kalau beli ni, emran dok buat peghakk dok main hat pelekat kasut tu.
Hahahaha.
Like mother, like son lah. Mana tumpah kuah kalau tak ke nasik.
Sebab mak dia dulu pun serupa tu jugak. Peghak dok main pelekat kasut tu. Wakakaka.

 
Puasa pun belum, mak emran semangat dah shopping baju raya dengan kasut raya anak-anak.
Bukan apa, takut nak shopping last minute, nanti tak berkenan dihati (alasannnn)
Baju anak-anak dah beli siap-siap, baju mak pak tak kisah sangat.

So, selamat berpuasa semua. Jangan puasa yang yang yuk, bangun pagi seluk periuk.
Hahahaha.