Friday, August 30, 2013

PEMINAT BAG BRANDED JENAMA COACH, HERMES DAN BLA BLA BLA

Actually, nak promote my own page kat facebook. Baru buat semalam, kiranya still baru. :-). Kepada peminat2 bag2 jenama coach, hermes, inspired polo, boleh la cuci2 mata kat page ni ye. :-). Harga yang dijual memang sangat murah. Lagipun beg2 ni ada macam2 warna, tak suka warna biru, ada warna merah, tak minat merah, ada hijau. Pendek kata, macam2 warna ada.

Jom cuci mata tengok beg2 dalam page ni ye.. :-)







So, saya nak promote sikit, beg inspired POLO ni sapa nak, saya jual RM 120 je termasuk postage. Details description macam kat bawah ni ye. Sapa cepat dia dapat!!!!



RM 120 SAHAJA TERMASUK POSTAGE!!!!

HB3260 POLO INSPIRED BAG - BROWN

MATERIAL : QUALITY ARTIFICIAL LEATHER

LENGHT : 42CM
WIDTH : 13CM
BOTTOM WIDTH : 11CM
HEIGHT : 31CM

HANDLE HEIGHT : 19CM
STRAP LENGHT : 120CM
OPENING CLOSER : ZIP
CONTENT : A4

RM 120 SAHAJA TERMASUK POSTAGE!!!!

HB3260 POLO INSPIRED BAG - BLACK

MATERIAL : QUALITY ARTIFICIAL LEATHER

LENGHT : 42CM
WIDTH : 13CM
BOTTOM WIDTH : 11CM
HEIGHT : 31CM

HANDLE HEIGHT : 19CM
STRAP LENGHT : 120CM
OPENING CLOSER : ZIP
CONTENT : A4



Ni like ke page Safiya Gorgeous Bags ye.. 

AIR BARLI

Bangun tengah malam, ke dapur nak basuh botol susu emran. Ternampak bijik barli yang ntah berapa lama aku beli. Tetiba anak tekak terasa nak minum barli. Gila mengada punya anak tekak, tengah2 malam nak minum barli. Maka, sesi merebus barli bermula. Sudahhhhnyaaaa.. Tak minum pun. Si kecik amna dah bangun nak susu. Simpan hajat nak minum barli tu.

Hari ni semangat, mai keja bawak sebotoi ayaq barli. Bekas ayaq tupperware ni beli dengan my BFF. Special price dia bagi. Actually ni botoi ayaq ayah emran. Selalu dia pi keja, memang dia bawak botoi ayaq ni. Tapi memandangkan dia takdak, maka pinjam la sat.


 Meja semak samun. Cawan hijau atas tu milik ex boss, Mr. Marko K. Hihihi.


Bijik2 barli ni tersangkut kat bawah. Kena minum sampai habis kot baru dapat bijik barli ni. Grrr..


Aku gugel2 apa kebaikan minum barli ni, kan orang kata elok minum barli. So aku jumpa ni:

Kebaikan air barli:

  1. Menyejukkan badan
  2. Melawaskan kencing
  3. Meningkatkan kesihatan buah pinggang
  4. Merendahkan kolesterol
  5. Meredakan sembelit
  6. Mencegah penyakit kanser 
  7. Mengurangkan risiko kencing manis

Thursday, August 29, 2013

BIHUN GORENG RENDANG KERANG

Hari-hari mengadap bihun goreng rendang kerang tanpa jemu. Hari-hari keja, memang makan ni saja sebelum start keja. Macam dah kena rasuk dengan hantu rendang kerang. Pakcik makcik yang juai bihun goreng ni pun memang tak kedekut. Moga murah rezeki pakcik makcik ye.



Bihun goreng rendang kerang, 2 ringgit sahaja.

Tuesday, August 27, 2013

SHAKLEE AND ME

Mula2 aku guna barang shaklee masa orang tengah dok promote pasal meal shake. So, aku beli meal shake untuk emran. Lepas bersalin kat amna, aku sembelit teruk. Grrrr.. Nak berak pun rasa takut. Dua kali beranak, mesti sembelit. So aku try herblax. Bila makan herblax shaklee, ok. Konfem berak, kalau tak 3, 4 hari belum tentu berak. Kalau dah berak tu, memang pedih gila laaaaa..Berdarah pun penah.

Ni aku dah beranak kat amna, sampai umur amna dah 7 bulan aku belum period lagi. Risau jugak, kang keluaq pulak adik amna. Bukan tak ok, tapi badan kita pun nak kena rehat jugak. So untuk betulkan balik hormon2 aku yang dah jadi kacau bilau ni, aku amek GLA.

Bila asyik beli atas orang, aku fikir better aku jadi ahli, bayar rm65 seumur hidup, then kita boleh beli dgn harga ahli. So, aku pm sorang kakak tu kat facebook, cakap nak jadi ahli. Senang je kot pendaftaran sebagai ahli, sekejap je dia buat. Lepas tu dia bagi aku id shaklee. Secara automatiknya, aku dah jadi ahli shaklee. Yeeehaaaa...

Aku jarang sangat nak promote barang shaklee kat wall facebook aku, sebabnya aku segan dengan kawan2 aku, ramai sangat yang jadi ahli shaklee. Hahahaha. Tapi rezeki masing2 kan, Allah dah tetapkan. Bulan lepas aku tak berjaya nak dapat bonus, sikit lagi sebenarnya nak dapat bonus, cadangnya bulan ni (ogos) nak start promote, tapi sudahnya haram tak promote. Why? Why? Why? Sebab perasaan segan tu tetap ada.

Since aku tengah giat nak cari side income, so aku rasa elok la aku pulun promote and update pasal kelebihan2 yg ada pada shaklee ni. Insyaallah, bukan takat untuk get extra side income, tapi nak jugak tolong orang2 yang ada masalah. Produk shaklee ada macam2 kelebihan, ada set untuk hamil (untuk yang dah lama kawin, tapi masih belum ada zuriat, try la, dengan kuasa Allah mana tau ada rezeki). Ada jugak set untuk turunkan berat badan, set untuk ibu2 yang berpantang, set untuk banyakkan susu badan, untuk yang sakit2 tulang dan sendi. Hmmm.. Macam2 ada...

So, orang Manjung / Lumut / Sitiawan yang nak dapatkan produk shaklee, boleh la pm sy. Insyaallah, harga yg saya bg adalah harga kasih sayang. Boleh sms / whatsapp saya : 019-4463601.

Antara produk shaklee:












Info tentang Garlic complex:

●mempunyai allicin aktif. Perisa herbanya terhasil dari 2 kombinasi rosemary dan spearmint.
●setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic bersamaan 2 ulas garlic segar.

kebaikan garlic;
■elak pertumbuhan kanser
■melambatkan proses penuaan
■menurunkan kadar kolesterol
■meredakan stress
■merendahkan tekanan darah tinggi
■meningkatkan insulin darah bgi penghidap diabetes
■melumpuhkan radikal bebas yang mengganggu sistem kekebalan tubuh
■merawat asma/selsema/batuk
■mengatasi/melegakan senggugut
■mengandungi vitamin A,B,C
■juga kalsium dan potassium



Monday, August 26, 2013

KAWAD MERDEKA

Ayah emran selected pi kawad merdeka kt KL. Specificnya mungkin kat Dataran Merdeka, entah. Aku tak berapa sure sangat. So pagi tadi siap kan emran dengan amna awal2, hantar pi rumah pengasuh. Rumah pengasuh pun still tunggang langgang dengan pinggan mangkuk sebab Jumaat lepas si Angah bertunang. Jangan emran kerjakan pinggan mangkuk tu sudah. Rosak barang orang, jenuh nak mengganti.

Ayah emran ajak breakfast sama2. Kami memang jarang breakfast sama2. Selalunya pukul 7 ayah emran dah siap2 pi kerja. Aku pulak kelam kabut bersilat kat rumah nak siapkan moi amna, kain baju emran dengan amna tak siap lagi. Fening kepala pagi2. Lagipun aku masuk keja 8.30..

Aku tak banyak cakap, tengah layan perasaan sebab sedih ditinggalkan suami selama seminggu. Ni kali pertama ayah emran pi jauh (KL saja kan, tak jauh mana tapi still jauh kan sebab tak balik rumah). Emran pulak baru baik demam, siang ok, dekat maghrib badan start panas. Itu yang aku risau tu. Takut aku tidur mati.. Harap2 demam emran dah baik.. Amin..

Masa ayah emran pesan jaga diri baik2 tu aku rasa macam nak terjatuh airmata aku. Aku cepat2 cover, terus masuk dalam kereta. Ya Allah, aku tak pernah berjauhan dengan ayah emran lama2. Pernah dulu 2 hari kot masa emran belum lahir lagi, tapi hari2 aku cium kain pelikat ayah emran. Hahahaha.



 "Papa, balik cepat tau.."





Wednesday, August 21, 2013

AYAH REBAH

Ayah rebah pagi nak buat lemang!!! Ya Allah, semua tergamam masa tu. Mujur ada abang masa tu, dia ternampak ayah rebah kat luar sorang2, tak tau dah berapa lama ayah jatuh. Padahal masa tu aku tengah buai Amna sambil sembang2 dengan adik, langsung tak sedar or dengar apa2. Abang seret ayah masuk dalam rumah sebab tak mampu nak angkat ayah yang berat. Lepas dia jerit "ayah lembik" baru aku terpa ke dapur panggil Kak La dengan Mak.

Tangan kiri dengan kaki ayah dah lembik. Kami adik beradik pakat2 urut ayah. Muka semua pucat, kalau toreh dengan pisau pun mesti takdak darah. Kami try dudukkan ayah, tapi ayah tak boleh duduk, pinggang pun lembik. Masa tu ayah still sedar, dia asyik menguap2, tangan kanan dengan kaki kanan still boleh gerak.

Kami decided hantar ayah pi hospital sik. Sebab condition ayah yang teruk tu, ayah kena transfer pi hospital sultanah bahiyah alor setar. Hari terakhir puasa, kami 1 family berbuka di hospital sultanah bahiyah sebab nak tengok keadaan ayah.

Susah nak melawat ayah sebab aku terpaksa usung Amna dengan Emran. Ayah emran masa tu takdak, dia tinggalkan kami awal2 kat kampung sebab dia kerja masa raya. So susah nak kepung emran yg suka lari2, amna pulak teriak2. Sat sangat aku dapat tengok ayah.

Aku macam biasa, nampak sgt tough di luar, tapi airmata sangat laju bila tengok keadaan ayah. Ya Allah, sedihnya tengok keadaan ayah. Mungkin aku la anak yang selalu cari pasal dengan ayah, suka lawan cakap ayah, tapi aku sayang ayah sangat2.

Kami ingat masa tu ayah kena strok biasa ja, rupanya lepas doktor scan kepala ayah, rupanya ada darah beku. Dan now, keadaan ayah makin teruk sebab darah beku tu dah merebak pi seluruh kepala. Ya Allah, masa tu aku rasa macam dada aku kena hempap dengan batu yang sangat besaq.

Aku tak berpeluang nak jaga ayah kat wad, dulu2 masa aku belum kawin, memang kalau ada sapa2 yang masuk wad, aku yang selalu jaga depa. Kali ni lain, aku dah kawin, dah ada anak2 yang masih kecik, kalau tak, mesti aku dah amek peluang ni untuk jaga ayah. Masa hari terakhir aku tengok ayah kat hospital sultanah bahiyah, aku usap2 rambut ayah, aku usap2 dahi ayah. Aku kata misai dia dah panjang. Aku cium2 ayah.

Family aku agak conservative pasal nak tunjuk perasaan sayang ni, kami tak penah cium pipi ayah, setakat salam2 gitu saja. Tapi kali ni aku buang rasa malu sebab aku memang sayang ayah, aku cium pipi ayah banyak kali, cium tangan ayah. Airmata memang deras meleleh, aku tengok ayah pun teriak. Aku lap airmata ayah. Aku still buat lawak bodo dengan ayah, ntah apa aku cakap.

Tiba2 ada orang mai nak ajar ayah utk gerakkan kaki dengan tangan kiri ayah yang lembik tu. Dia pun ada ajar aku macam mana nak buat. Kan bagus kalau aku dapat jaga ayah kat wad, mesti aku dapat buat exercise tu untuk ayah, orang tu cakap takut kaki dengan tangan ayah terus keras, dan takleh gerak sampai bila2. Aku angguk paham, tapi dalam hati sedih ya amat.

Berat nak tinggal ayah, aku kena balik Lumut, sebab aku dah janji nak tolong mak beli pampers ayah, beli susu ayah. Mak dah tak motong sebab nak jaga ayah. Mana nak ada duit. Sebelum aku balik, aku cium ayah berkali2. Doktor ada masukkan tiub ke hidung ayah, senangkan ayah nak minum susu.

"Ya Allah, Kau panjangkan usia ayahku. Kau ampunilah dosa2 ayahku ya Allah, Kau sembuhkan lah penyakit ayahku. Berilah kami adik beradik peluang untuk berbakti kepada ayah, menjaga ayah. Tapi kami redha ya Allah sekiranya Kau lebih menyayangi ayah. Hilangkanlah kesakitan yang ditanggung ayahku Ya Allah".