Monday, March 10, 2014

MH370

Ya Allah, payah sangat nak lelapkan mata ni walaupun waktu sekarang dah pukul 1.45am. Risau fikir apa nasib penumpang dengan anak kapal. Padahal dalam pesawat tu bukan ada sedara aku hatta kawan.

Bila baca banyak artikel yang aku gugel yang mengesahkan pesawat ni crashed, hati macam mendangkal benda tu. Masih mengharapkan Allah selamatkan mereka semua. Mungkin pesawat mendarat kat tempat yang payah nak dikesan tapi semua orang selamat. Itu harapan aku.

Jarang2 benda macam ni jadi kat Malaysia, terakhir peristiwa Lahad Datu. Sangat mendukacitakan. Allah, peliharalah kami semua. Jauhkanlah kami semua daripada bala bencana.

Hmmmm... Nak tidoq. Esok dah kerja. Pukul 7 am dah nak kena keluar dari rumah, kalau talk lambat sampai office.

1 comment: