Thursday, March 27, 2014

Nak beli Mesin jahit

Aku nak beli Mesin Jahit. Memang menggigil2 dah tangan ni nak guna Mesin Jahit. Aku dah pi survey 2 kedai, dah jumpa yang berkenan dihati. Walaupun mesin Jahit tu cap hayam sebab Mesin second hand tapi under bajet. Ramai orang dok suggest suruh ambik yang banyak function tu tapi ko hingat murahhhh??? Dah la aku bajet RM200 ke bawah je.

Mesin second hand yang aku tengok tu harga dia hazabedah jugak, RM370. Lebih sesangat lebih Dari aku punya bajet tapi no choice. Aku pun agak demand la, kalau boleh nk yang letrik. Yang manual tu jenuh la kaki2 aku nak monggodek2.

Sejujurnya aku memang takdak basic menjahit. Menjahanamkan Mesin Jahit tu boleh la. Semalam balik kerja, terus aku menapak singgah kedai Caleb enterprise belakang cimb manjung tu. Budak tu tunjuk 2 Mesin Jahit cap Brothers. Mahai la oiii. Sebijik tu harga 500 lebih, function2 tu ada la dalam berapa belas jenis. Mesin ke 2 dia tunjuk harga 700 lebih. Lagila aku tak mampu nak beli. Bukan aku nak jahit langsir ka apa. Jahit lurus pun belum tentu suksessss. Grrr.. Tapi tengok macam best, sebab ada banyak function.

Aku ni Tanya ayah emran awat dia pun teruja semacam tengok aku nak beli mesin jahit , dia kata boleh la Jahit seluar dia yang terkoyak. Aku rasa, dia ingat aku ni reti sangat la menjahit. Padahal basic pun takdak. Huahuahuahua.

Ni haa Mesin brothers yang mahal ittew. Memang aku tak mampu nak beli. Beli yang cap hayam sudah laa.


4 comments:

  1. tahap menggigil? hehehe.... cepat2 dapatkan ;)

    ReplyDelete
  2. Mak Su,

    memang menggigil sungguh ni!!! hahaha.. very over..

    ReplyDelete
  3. yg dlm gmbr ni mmg nice .... tp poket pun kna nice jugak la kn ..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eee.. duit tu mmg nice pun!! tak beli jenis ni sbb over bajet. hahaha

      Delete