Friday, March 28, 2014

Nak mesin jahit!!! Part 2

Misi nak membeli mesin jahit masih berterusan sampai ke hari ni. Semalam dok google2, ramai pulak dok memuji mesin jahit jenama Global tu. Katanya beli kat Lazada, kat Milkadeal tu. Tu untuk online la, kalau nak beli offline, kena cari kat Tesco. Balik kerja, kelam kabut bawak kereta pi Tesco Manjung, tapi hampeh, mahal nak mampos harga. Padahal mesin jahit pesen mini je. Yang ringan tu. So, memang tak beli la. Sayang duit. Hahaha. Harini rasanya nak pi tengok balik mesin jahit yg second hand tu, tu je option yang ada. Mesin jahit yang lain memang best, tapi duit yang nak hulur kat tokey kedai tu pun best jugak. Best jugak tengok mesin jahit yang ada macam2 design tu, alahaiiii. Tapi mahai sesangat la. Duit tak hado. Dah la bulan ni nak kena renew roadtax insurance, gedik pulak nak beli mesin jahit. Haduuu.. Luruh rambut aku macam ni. Ya Allah, Kau permudahkan lah urusan membeli mesin jahit ni. Amin. Ok, sangat over ye. Nak study tutorial buat sarung bantal sat. Wakakaka.

4 comments:

  1. maksu belajar menjahit, tapi tak minat nak teruskan... menulis tak belajar, apatah lagi bisnes, tapi teringin nak menceburkan diri pulak. hehehe

    GC, manuskrip tu karangan kita ler. bukan skrip filem yang pelakon dok becakap tu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Su, sy takde basis menjahit langsung. tapi berminat nak menjahit. Harap2 dapat jahit baju kurung pun dah ok. hihi.

      Manuskrip tu just karangan biasa ye, hihi. taktau la pulak.

      Delete
  2. good luck o.k...teruskn usaha gigih mu itu :)

    ReplyDelete