Monday, March 31, 2014

Officially a Digi user!!!!!

Dah lama aku guna Celcom dengan Maxis dan aku tak pernah terfikir nak guna Digi sebab ramai cakap Digi tak OK. Orang kata line Digi ni sesuai untuk yang duduk pekan2 saja, kang balik kampung aku kat Kedah nun, tak dapat pulak. Jenuh nak usung encik kuning yang digi tu. Uwaaaaaa.

Aku rasa dekat setahun jugak aku jadi pengguna Celcom postpaid. Sebelum tu memang dah lama jadi pelanggan Celcom. Line tenet memang hazabedah kat Taman Samudera, Manjung ni. Memang sangat2 menyakitkan hati. Bill bulan2 dekat rm80 gitu. Bayar mahal2 tapi service memang taik ayam.

Macam mana tiba2 terjebak dengan Digi????

Masa aku nak terminate postpaid Celcom aku dan guna prepaid balik, depa cakap aku kena switch to another telco (digi atau maxis) baru aku dapat guna balik no.yang sama untuk prepaid Celcom. Luckily kat aeon manjung tu customer center digi dengan Celcom tu sederet je.

Kebetulan masa kat customer service digi tu, budak salesgirl tu dok gebang kata digi internet kat taman aku memang OK. Aku pun malas nak layan budak tu, aku ingat dia just nak aku digi. So aku pun try la reload dulu 10 ringgit, wallawehhhh... Line internet digi memang laju kat tempat aku. So, sampai sekarang aku maintain guna digi. Whatsapp memang laju, berdesup. Kalo Celcom, memang jangan harap la.


"Sejak mama guna Digi, mama suka sangat online".







8 comments:

  1. yelah..kalau nak selalu online kena guna line yg bedesup lajunya..:))

    ReplyDelete
  2. hahahaha... nak online, mesti wajib guna line yang laju... hihihih

    ReplyDelete
  3. Digi tuh pakai postpaid or prepaid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak @nafira,

      sy pakai prepaid je. malas dah nak pakai postpaid. huhuh

      Delete
  4. MJ dulu postpaid now setelah bertahun2 guna beralih ke postpaid lebih jimat.

    Masa nak switch dari postpaid Celcom memang diorang require macam tu, at alst MJ p center tempat lain diorang cakap boleh je switch no sama postpaid ke prepaid.. maybe ikut center sama kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy rasa rugi pakai postpaid sbb SMS n call jarang sgt tp still kena bayar min.rm38 tu. Eh.. Xigt brp amount dia

      Delete
  5. saya pun pakai 2..satu maxis satu lagi Digi..kalau balik kampung kat Pantai Remis tu Digi lah juara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai remis dgn manjung ni dekat ja, so sini digi mmg OK.wehuu

      Delete