Monday, April 14, 2014

Percutian Paling Indah Di Dunia

Since last week aku memang busy sebab kena belajar benda baru. Maknanya workload aku pun makin bertambah. Bukan merungut, tapi best jugak la belajar buat benda baru ni kan. Kalau asyik buat benda yang sama, lama2 bosan jugak.

Biasanya sabtu memang aku kerja. Tapi sehari dalam sebulan company bagi compensation leave dan memandangkan ayah emran pun tak duty sabtu dengan ahad, boleh la ajak balik kampung aku. Lama dah tak balik kampung. Lepas maghrib hari jumaat tu kami bertolak balik.

Alhamdulillah, dalam pukul 12 tengah malam lebih kurang kami sampai. Walaupun dah lewat, sempat jugak aku balun nasik sepinggan. Lapaq oii.. Balik keja petang tu tak makan, overexcited nak balik kampung. Rindu kat mak ayah, adik kakak, sanak saudara. Cewahhhh..

Bestnya dok kampung. Yang penting dapat spend time dengan keluarga, especially ayah aku. Sempat la suap ayah makan, urut2 kaki dengan tangan ayah yang langsung tak boleh bergerak tu. Ayah tanya soalan yang super duper buat aku sebak. "Ti, kalau hang pi mana2 hang ingat ayah dak?". Aku gelak2 tapi dalam hati macam nak pecah sebab terlampau sebak. Aku jawab," ingatla, selalu doa kat ayah". Aku tau aku jarang balik kampung tapi aku tak pernah lupa mak ayah aku.

OK. Nak share gambar2 masa kat kampung.




Gulai daging dengan kentang. Tips nak lembutkan daging, mak suruh rebus dgn akar pandan.

Lady driver!! Amna why sooo serious haaaa??
Kat belakang yg tak pakai baju tu mesti la emran.



8 comments:

  1. gulai daging tu nampak sedap..akak suka cicah dgn roti

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak, mak letak kerisik, kuah jadi pekat... sedapnyaaa...

      Delete
  2. Hoi GC!

    Aku sangat teruja ko komen dekat entry aku!!! Serius aku hampir terlupa dengan kauuu. HAHAHAHA. Kejam gila kan aku? Wehhuu.

    Rindu lah plak dekat kau~ hihi. Besar dah baby2 kauuuu.. Tahniah kerna menjadi ibu mithali dan berjayaaaa~

    Kenapa nama belog ko x naik eh dekat list aku!! Pelik bin ajaib. Okey terus aku save la nama kauu.. hehe

    Take care too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau memang kejam!!! mentang2 dah jadi cikgu kansss... hahahha.

      lama betol aku tak baca blog hang.. sedar2 dah nak kawin.. mavelessss...

      Delete
  3. time balik kampung adalah waktu yang paling best....tapi dilahirkan sebagai wanita dan telah berkahwin keinginan balik ke kampung selalu tu adalah terbatas :'( ...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, dah kawin ni, takkan nk balik kg kita je, kg mertua pun nak kena balik jugak kanss.. takkan nak jadi menantu hantu.. hahahah

      Delete
  4. huhuhuhu..
    terseksa akak tengok ketupat palas tuh.
    uwaaaaaa.. seksanye nak kurus.. semua x boleh makan.
    uwaaaaaaa.. sadis x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak berniat utk kurus.. makan boleh la makan.. hahahaha... makan je kak, tak payah diet2,, hahaha

      Delete