Tuesday, April 1, 2014

susu.. susu.. susu..


Tiga model susu berbaris ceria. ESP cap Shaklee tu aku punya. Berat tak sampai 1kg tapi harga agak mahal, seratus lebih. Aku beli masa promo ESP so dapatla murah sikit. Walaupun aku ni ahli shaklee, tapi aku tak berapa minat nak jual shaklee sebab kemalasan aku dan product knowledge aku yang sangat kureng. 

Adik aku suka ESP ni sebab dia ni kadang2 tak amek breakfast, so bila minum ESP ni tak la kelaparan sangat. Aku pulak amek ESP ni sebab aku ada gastrik. Harap2 dengan consume ESP ni gastrik aku boleh sembuh. Amin. 

Susu yang paling kacak bernombor 3 pada badan tu susu Amna, Lactogen 3 nama beliau. Since amna still breast feeding, so bulan2 takla banyak sangat aku kena beli untuk amna. Biasanya aku beli susu amna dekat kedai ubat cina ja, sangat2 murah kalau nak compare dengan harga kat Giant or Tesco. So far Amna minum susu ni dia OK. Pernah aku tukar susu untuk amna, nak guna dutch lady sama macam emran, sudahnya amna cirit 2 minggu. Bermalam la aku dengan amna semalam kat hospital. Huhu.

Si merah yang paling kanan tu susu Nestle Omega untuk ayah. Tak sampai 1kg pun, harga dalam rm25 gitu, aku beli kat Tesco Manjung. Biasanya ayah minum susu ensure, tapi susu tu sangat2 mahal. So nak suruh ayah try susu ni. Beli 1 pek dulu, takut kang ayah tak suka, rugi ja. 

Susu dutch lady 123 emran tak kelihatan dalam ni. Alhamdulillah anak2 aku dapat terima susu murah sebab kalau nak compare harga susu lain kat luar, memang hazab punya harga. 

6 comments:

  1. Asben MJ gastrik ambik ESP alhamdulillah nampak peningkatan.. Kena konsisten amalkan tau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Jenis pemalas sikit bab2 nak kena telan ni

      Delete
  2. ESP tu saya baru je beli.
    dapat skli ngan shaker.
    sedappp..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh.. Siap dapat shaker okeh! Saya beli xdapat shaker pun. Uhuh

      Delete
  3. saya pernah gak minum ESP tu ....tapi bila penyakit M menular ..hurrmmm ..hahah last bagi kat kawan soh dia minum :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy byk supplement yg mkn sekerat jalan je.hahaha.

      Delete