Thursday, April 3, 2014

Syiling baru


Duit gaji aku memang dah tinggal sikit sebabnya bulan ni aku terpaksa renew roadtax insurance kereta viva forever aku tu. Tahun ni tahun ke 4 aku guna. Wuhuuu.. Lambatnya nak abih bayar. Hahaha. Walaupun bukan sampai ribu riban, tapi terus kempis aku punya duit. Lepas tu aku kan dah terbeli mesin jahit. 2 benda alah ni aku dah ter spend dekat RM1000 dari gaji aku yang take seberapa ittew. Huhu.

Aku pun balik rumah mengendeng duit syiling ayah emran. Ayah emran suka kumpul syiling tapi dia tak berapa suka syiling baru. So aku pun cakap la duit aku dah habis. Muka kena sekupang, kena drama lebih sikit.

Aku mintak syiling yang dia kumpul tu, nak tukar. So ayah emran suruh aku ambik syiling baru tu. Aku ambik dalam rm30 sebab aku malas nak kira syiling2 tu. Balik kerja tadi aku dah pi tukar kat kedai buah. Weehuuu.. Lepas la duit makan untuk 2 hari. Hahahah. Sedih kan cerita aku ni. 


4 comments:

  1. huhu....Tn.Johyn pun tak suke syiling baru .....saya pun sama la macama awak ..duit husband kumpul saya tukang tukar ...hihi :) .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Org laki kan xdak handbag, so ayah emran suka la simpan syiling nih. Bini lak baguih pi tukar. Wakaka

      Delete
  2. alahaiii.. sedih habes citer nih.
    tu la asam garam hidup kita kan~
    sis dulu pon selalu gak kehabisan gittu.
    tapi berkat sepakat suami isteri, dh lama dh x kejadian camtuh.
    Alhamdulillah.. tumpang rezeki anak2 yg tak pernah putus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, biasa la. Bulan ni banyak yang nak kena guna duit, tapi bukan duit sampai xdak lgsg. Tapi tokey kedai tmpt sy selalu beli buah tu yang nak tukar syiling, tu sy bawak tukar tu. Hihi

      Delete