• News

    21 April, 2014

    Syukur Alhamdulilah

    Baru nak update blog. Jumaat lepas terpaksa ambik half day leave sebab pengasuh request nak cuti, balik kampung ada kenduri. Cuti dah guna 1.5days daripada 14 hari. Redha saja lah. Tak ada orang nak jaga anak, nak tak nak, terpaksa la cuti.


    Aku baru dapat tau 1 of my best friend sekarang ada dekat sana, mengajar kat Sabah. Alhamdulillah, Allah permudahkan dia dapat jugak jadi cikgu. Banyak halangan, rintangan dia kena tempuh sebelum dapat jadi cikgu.


    Tak salah aku, masa dapat offer maksud maktab, dia tengah pregnant. So dia terpakso tolak offer tu. Jadilah dia cikgu sandaran. Kemudian dapat offer sambung bahagian cikgu2 jugak la kat UUM, setahun jugak tu.


    Aku sebenarnya nak jugak kerja dalam government sector, masa depan terjamin sikit. Sebab aku keja private sector, tengok la. Contract basis, based on project. Lepas ni project dah abih, menggagau la aku cari kerja baru. 


    Tapi Allah dah rencanakan yang terbaik untuk aku. Walaupun aku kerja swasta, gaji tak sampai 3k, tapi syukur, anak2 membesar depan mata. Nampak setiap perkembangan anak, kalau anak sakit, aku boleh jaga. Kadang2 tu la, rasa ralat suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain, padahal semua yang jadi tu ada hikmah. 


    Biaqla aku keja private sector, janji aku boleh besarkan anak2 aku. Tak dapat nak bayangkan suami sorang2 jaga anak, tak pun, hantar anak2 balik kampung suruh mak jaga?? Dah la ayah aku sakit, takkan nak susahkan lagi family kat kampung.


    So kesimpulannya, aku bersyukur dengan apa yang ada. Anak2 depan mata, bulan2 gaji dapat hulur sikit duit dekat mak, bayar hutang Sana sini, saving dan bayar insurans. Syukur alhamdulillah. Amin.


    4 comments:

    Unknown said...

    Betol tuh dik.. kira bersyukur sgt kita nih kan..
    walaupon x de rezeki nak keje ngan gomen, tapi dpat duduk 1 rumah ngan anak2 dan suami tercinta. ade kawan sis, duk sabah n sarawak. anak2 n suami duduk semenanjung. kesian sgt. terseksa jiwa dengan luahan hati dia.

    kiranye kita lebih bertuah kan~

    Cik Anita said...

    GC.

    Dulu aku pun selalu mengeluh, sampai bila lah nak keje swasta nih. Aduhai rasa macam tak secure setiap masa. Tapi.. bila cakap camtu, aduhai ada lagi orang lain yang kat luar sana tak ada keje pun. (ke sebab malas kerja entah. hehe)

    Apa pun mesti ada percaturan yang Allah dah tentukan kenapa kita hidup macam ni dan macam tu.

    Tapi, kau dah ada anak yang comel dan sihat kot. So itulah kebahagiaan ko dunia akhirat.

    Aku?

    Belum tentu kot diberikan izin tuhan untuk punya anak walaupun berkahwin kelak.

    Ke tak kahwin?

    Tak tau... Aku merancang tetapi banyak benda yang belum tentu terlaksa.

    Eh, aku mengarut plak kat sini. Jiwa kacau sungguh. HAHA.

    gadisBunga™ said...

    yang penting kita syukur dengan apa yang dah ditentukan untuk kita kan. kite tak cakap la ketentuan orang lain tu tak best, tapi dah pasti itu yang terbaik untuk diorang jugak.

    baru la boleh redha dan happy. :)

    LYAfrina said...

    lya pon teringin nk keje gov.. tp itulah..xde rezeki..
    tp walaupon kerja swata..bsyukur, krn hasil gaji ni la mampu menampung belanja rmh & diri sndiri.. apa2 pon, rezeki dtgnya dari Allah.. aturanNya adalah y tbaik buat kita

    Total Pageviews

    My Followers