Monday, March 31, 2014

Officially a Digi user!!!!!

Dah lama aku guna Celcom dengan Maxis dan aku tak pernah terfikir nak guna Digi sebab ramai cakap Digi tak OK. Orang kata line Digi ni sesuai untuk yang duduk pekan2 saja, kang balik kampung aku kat Kedah nun, tak dapat pulak. Jenuh nak usung encik kuning yang digi tu. Uwaaaaaa.

Aku rasa dekat setahun jugak aku jadi pengguna Celcom postpaid. Sebelum tu memang dah lama jadi pelanggan Celcom. Line tenet memang hazabedah kat Taman Samudera, Manjung ni. Memang sangat2 menyakitkan hati. Bill bulan2 dekat rm80 gitu. Bayar mahal2 tapi service memang taik ayam.

Macam mana tiba2 terjebak dengan Digi????

Masa aku nak terminate postpaid Celcom aku dan guna prepaid balik, depa cakap aku kena switch to another telco (digi atau maxis) baru aku dapat guna balik no.yang sama untuk prepaid Celcom. Luckily kat aeon manjung tu customer center digi dengan Celcom tu sederet je.

Kebetulan masa kat customer service digi tu, budak salesgirl tu dok gebang kata digi internet kat taman aku memang OK. Aku pun malas nak layan budak tu, aku ingat dia just nak aku digi. So aku pun try la reload dulu 10 ringgit, wallawehhhh... Line internet digi memang laju kat tempat aku. So, sampai sekarang aku maintain guna digi. Whatsapp memang laju, berdesup. Kalo Celcom, memang jangan harap la.


"Sejak mama guna Digi, mama suka sangat online".







Saturday, March 29, 2014

Terima kasih Nuffnang!!!!

Wehuuuu... Suka sangat!!! Baru lepas belek2 nuffnang, tak sangka ada 5 campaign yang tengah ON.

Kenapa suka sangat??

Aku kan tahun ni tak berapa banyak sangat berblogging, almaklumla tempat baru ni leceh sikit. Line tak berapa nak clear.

So nak ucap terima kasih banyak2 kat nuffnang sebab memberikan kepercayaan yang tinggi kat blog aku yang tak seberapa ni. OK, bajet nuffnang akan baca apa aku tulis ni. Hihi.

Setakat ni, baru berapa kali aku cash out earnings yang nuffnang sedekah tu. Wakaka. Sedekahlah sangatkan. Ingat nuffnang tu welfare organization kot. Tapi merasa jugak la walaupun secipot. Hahaha. Sapa nak bagi duit buta2 Kat kita kanssss.

Sekali lagi, terima kasih daun keladi buat team nuffnang. Lain kali pilih la blog saya lagi. Hihi. Waybillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh. Bye.



Tatap la post manja dari aku dengan Amna masa bercuti kat Cameron highlands bulan 1 aritu. Hihi.

Practise Make Perfect - First Beginner

Chopp.. Aku takleh compose entri baru kalau aku click kat compose tu, then baru aku tau aku kena click kat HTML. Aku rasa mungkin IT company ni ada do something so that tak ada orang nak update blog masa kerja, which is aku lah tu. So, bila guna HTML aku rasa entri aku just ada 1 perenggan. Straight je dari atas sampai ke bawah. So, kena buat something bagi nampak aku punya entri molek sikit. ***** Ok, berbalik kepada tajut homputih tu, aku dah beli mesin jahit dah. Cap SINGER ("menawan keluarga bahagia"). Mesin campur sekali accessories (gunting, benang, pembaris, tali tape) maka semuanya berharga RM405!!!! Terus habis aku punya fulus bulan ni. Dah la kena renew roadtax insurance lagi RM400. Lepas setelkan semua hutang piutang, duit dalam akaun tinggal RM200. Kesiannya kat aku. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... ***** Aku dah rasmi mesin jahit aku tu. Jahit bawah jubah, labuh sangat mak mertua aku beli kat Mekah masa pi umrah hari tu. Unfortunately, benang yang sedia ada kat mesin tu warna biru, aku pun malas nak tukar kan sebab masa tu menggedikss nak guna mesin, so kena tunggu Emran dengan Amna tidoq dulu. Dekat pukul 1 pagi jugak Amna allow aku merasmikan mesin jahit baru beli itu walaupun barang second hand (sebab dia breastfeeding). ***** Sebenarnya, tak senang sangat nak menjahit lurus untuk first beginner macam aku ni. Aku pun memang tak pernah guna mesin jahit, so memang herot petot jadinya. Huduh tahap gaban. Terpaksa tetas balik. Dah la jubah hitam, guna pulak benang biru. Baru rasa semangat nak menjahit, tiba2 dengar Amna teriak. So, terpaksa la stop. Huhu. ***** Nak kena practise dan practise lagi. Koman2 dapat jahit baju raya untuk Mak dengan Amna raya nanti. Ada banyak masa lagi nak practise. Wish me luck.

Friday, March 28, 2014

Nak mesin jahit!!! Part 2

Misi nak membeli mesin jahit masih berterusan sampai ke hari ni. Semalam dok google2, ramai pulak dok memuji mesin jahit jenama Global tu. Katanya beli kat Lazada, kat Milkadeal tu. Tu untuk online la, kalau nak beli offline, kena cari kat Tesco. Balik kerja, kelam kabut bawak kereta pi Tesco Manjung, tapi hampeh, mahal nak mampos harga. Padahal mesin jahit pesen mini je. Yang ringan tu. So, memang tak beli la. Sayang duit. Hahaha. Harini rasanya nak pi tengok balik mesin jahit yg second hand tu, tu je option yang ada. Mesin jahit yang lain memang best, tapi duit yang nak hulur kat tokey kedai tu pun best jugak. Best jugak tengok mesin jahit yang ada macam2 design tu, alahaiiii. Tapi mahai sesangat la. Duit tak hado. Dah la bulan ni nak kena renew roadtax insurance, gedik pulak nak beli mesin jahit. Haduuu.. Luruh rambut aku macam ni. Ya Allah, Kau permudahkan lah urusan membeli mesin jahit ni. Amin. Ok, sangat over ye. Nak study tutorial buat sarung bantal sat. Wakakaka.

Thursday, March 27, 2014

Nak beli Mesin jahit

Aku nak beli Mesin Jahit. Memang menggigil2 dah tangan ni nak guna Mesin Jahit. Aku dah pi survey 2 kedai, dah jumpa yang berkenan dihati. Walaupun mesin Jahit tu cap hayam sebab Mesin second hand tapi under bajet. Ramai orang dok suggest suruh ambik yang banyak function tu tapi ko hingat murahhhh??? Dah la aku bajet RM200 ke bawah je.

Mesin second hand yang aku tengok tu harga dia hazabedah jugak, RM370. Lebih sesangat lebih Dari aku punya bajet tapi no choice. Aku pun agak demand la, kalau boleh nk yang letrik. Yang manual tu jenuh la kaki2 aku nak monggodek2.

Sejujurnya aku memang takdak basic menjahit. Menjahanamkan Mesin Jahit tu boleh la. Semalam balik kerja, terus aku menapak singgah kedai Caleb enterprise belakang cimb manjung tu. Budak tu tunjuk 2 Mesin Jahit cap Brothers. Mahai la oiii. Sebijik tu harga 500 lebih, function2 tu ada la dalam berapa belas jenis. Mesin ke 2 dia tunjuk harga 700 lebih. Lagila aku tak mampu nak beli. Bukan aku nak jahit langsir ka apa. Jahit lurus pun belum tentu suksessss. Grrr.. Tapi tengok macam best, sebab ada banyak function.

Aku ni Tanya ayah emran awat dia pun teruja semacam tengok aku nak beli mesin jahit , dia kata boleh la Jahit seluar dia yang terkoyak. Aku rasa, dia ingat aku ni reti sangat la menjahit. Padahal basic pun takdak. Huahuahuahua.

Ni haa Mesin brothers yang mahal ittew. Memang aku tak mampu nak beli. Beli yang cap hayam sudah laa.


Monday, March 10, 2014

MH370

Ya Allah, payah sangat nak lelapkan mata ni walaupun waktu sekarang dah pukul 1.45am. Risau fikir apa nasib penumpang dengan anak kapal. Padahal dalam pesawat tu bukan ada sedara aku hatta kawan.

Bila baca banyak artikel yang aku gugel yang mengesahkan pesawat ni crashed, hati macam mendangkal benda tu. Masih mengharapkan Allah selamatkan mereka semua. Mungkin pesawat mendarat kat tempat yang payah nak dikesan tapi semua orang selamat. Itu harapan aku.

Jarang2 benda macam ni jadi kat Malaysia, terakhir peristiwa Lahad Datu. Sangat mendukacitakan. Allah, peliharalah kami semua. Jauhkanlah kami semua daripada bala bencana.

Hmmmm... Nak tidoq. Esok dah kerja. Pukul 7 am dah nak kena keluar dari rumah, kalau talk lambat sampai office.