Monday, April 21, 2014

Syukur Alhamdulilah

Baru nak update blog. Jumaat lepas terpaksa ambik half day leave sebab pengasuh request nak cuti, balik kampung ada kenduri. Cuti dah guna 1.5days daripada 14 hari. Redha saja lah. Tak ada orang nak jaga anak, nak tak nak, terpaksa la cuti.

Aku baru dapat tau 1 of my best friend sekarang ada dekat sana, mengajar kat Sabah. Alhamdulillah, Allah permudahkan dia dapat jugak jadi cikgu. Banyak halangan, rintangan dia kena tempuh sebelum dapat jadi cikgu.

Tak salah aku, masa dapat offer maksud maktab, dia tengah pregnant. So dia terpakso tolak offer tu. Jadilah dia cikgu sandaran. Kemudian dapat offer sambung bahagian cikgu2 jugak la kat UUM, setahun jugak tu.

Aku sebenarnya nak jugak kerja dalam government sector, masa depan terjamin sikit. Sebab aku keja private sector, tengok la. Contract basis, based on project. Lepas ni project dah abih, menggagau la aku cari kerja baru. 

Tapi Allah dah rencanakan yang terbaik untuk aku. Walaupun aku kerja swasta, gaji tak sampai 3k, tapi syukur, anak2 membesar depan mata. Nampak setiap perkembangan anak, kalau anak sakit, aku boleh jaga. Kadang2 tu la, rasa ralat suka membandingkan diri sendiri dengan orang lain, padahal semua yang jadi tu ada hikmah. 

Biaqla aku keja private sector, janji aku boleh besarkan anak2 aku. Tak dapat nak bayangkan suami sorang2 jaga anak, tak pun, hantar anak2 balik kampung suruh mak jaga?? Dah la ayah aku sakit, takkan nak susahkan lagi family kat kampung.

So kesimpulannya, aku bersyukur dengan apa yang ada. Anak2 depan mata, bulan2 gaji dapat hulur sikit duit dekat mak, bayar hutang Sana sini, saving dan bayar insurans. Syukur alhamdulillah. Amin.


Tuesday, April 15, 2014

Jubah Kanak-kanak yang cantik untuk dimiliki


  1. OK, sapa yang tengah survey2 baju raya untuk anak2 dara yang comel lote, aku memang advise untuk usya jubah2 kat bawah ni. Memang cantik, memang lawa. Ada macam2 warna jugak. 
Nak tau harga berapa??
Bukan rm100.
Bukan rm90.
Bukan jugak rm80.

Untuk yang size 18-22, harga jubah ialah rm55.
Untuk size 24-28, harga jubah ialah rm65.
Harga ni tak termasuk kos pos laju.

Kalau berminat, boleh la SMS / whatsapp 019-4463601.











Bekal ke rumah pengasuh


Rupa dari luar.



Rupa sebenar. Nasik putih, sup ayam, buah. 1 bekas buah tu yang mama punyeee. 


Ni bekal anak2 ke rumah pengasuh. Kadang2 bagi sup saja, kadang2 tak bagi apa2 sebab tak sempat masak. Kadang2 bagi roti ja, kadang2 buah tak hado. Setiap hari isnin aku akan beli stock epal 10 biji untuk bekal anak2. 

Ada jugak mak budak kat rumah pengasuh yang tak bawak bekal, tu terpulang pada mak budak tu sendiri lah kan. Lucky sebab pengasuh tak kisah dan dia sudi masak untuk budak2 lain. So kalau aku tak bawak bekal, Amna pun join makan sekali.

Tapi kalau sempat memang aku akan masak. Amna tak kisah, dia memang suka makan. Mama masak sedappp. Hihi.




Monday, April 14, 2014

Percutian Paling Indah Di Dunia

Since last week aku memang busy sebab kena belajar benda baru. Maknanya workload aku pun makin bertambah. Bukan merungut, tapi best jugak la belajar buat benda baru ni kan. Kalau asyik buat benda yang sama, lama2 bosan jugak.

Biasanya sabtu memang aku kerja. Tapi sehari dalam sebulan company bagi compensation leave dan memandangkan ayah emran pun tak duty sabtu dengan ahad, boleh la ajak balik kampung aku. Lama dah tak balik kampung. Lepas maghrib hari jumaat tu kami bertolak balik.

Alhamdulillah, dalam pukul 12 tengah malam lebih kurang kami sampai. Walaupun dah lewat, sempat jugak aku balun nasik sepinggan. Lapaq oii.. Balik keja petang tu tak makan, overexcited nak balik kampung. Rindu kat mak ayah, adik kakak, sanak saudara. Cewahhhh..

Bestnya dok kampung. Yang penting dapat spend time dengan keluarga, especially ayah aku. Sempat la suap ayah makan, urut2 kaki dengan tangan ayah yang langsung tak boleh bergerak tu. Ayah tanya soalan yang super duper buat aku sebak. "Ti, kalau hang pi mana2 hang ingat ayah dak?". Aku gelak2 tapi dalam hati macam nak pecah sebab terlampau sebak. Aku jawab," ingatla, selalu doa kat ayah". Aku tau aku jarang balik kampung tapi aku tak pernah lupa mak ayah aku.

OK. Nak share gambar2 masa kat kampung.




Gulai daging dengan kentang. Tips nak lembutkan daging, mak suruh rebus dgn akar pandan.

Lady driver!! Amna why sooo serious haaaa??
Kat belakang yg tak pakai baju tu mesti la emran.



Tuesday, April 8, 2014

Project Juta-juta punya

Kain cotton murah masih kat atas kaunter.

Tau kan tahap kegigihan aku nak menjahit??? Kalau taktau, meh sini dekat2, rapat2 aku nak cerita. Aku memang seorang pelapar tapi aku sanggup skip lunch aku sebab nak pi kedai beli kain. Untuk beginner macam aku yang zero knowledge pasal menjahit ni, aku rasa baik start dengan buat sarung bantal menggunakan kain yang murah. Kalau tak jadi sarung bantal tu tak rasa ralat sangat sebab modal nak beli kain tu murah jerrr. 

Aku beli kain kat Kamdar Manjung, semeter RM2.80 kot. Themes popeye kat kain tu, nampak comel kanss.. Comel just like me.. Hahaha..

Sat, nak bekfes dulu.. Satgi sambung story ye. Stay tuned.........


OK, setelah berehat dekat beberapa jam, meh sambung balik. Cantik tak sarung bantal baru sayeeee ni?? Hahaha. Semalam sempat jahit 2 bijik sarung bantal. Walaupun tak lawa mana, tapi puas hati dan bangga.

Terima kasih kat ayah emran sebab sanggup jaga anak2 sementara aku bertapa dalam bilik menjahit tu. Emran pulak dok ketuk2 pintu bilik menjahit tu, bagi salam nak masuk. 'Mama, mama. Ekommm'. Tapi mama tak boleh allow emran masuk, kang main gunting, main jarum camno??? Mama dah la skill menjahit sangat hebat ni.

Ingat nak buat extra sarung bantal, nak bagi mak kat kampung. Wakakaka.. So layan la eh gambar sarung bantal baru cap Popeye the sailorman putty putttt..


Cantik tak sarung bantal ni??? Hihihi



Mesin Jahit singer peseng lama punya. Selamat sikit sebab lepas guna boleh simpan
kat dalam ni. Terbaikkk!!!!


Monday, April 7, 2014

Ikan Bawal Hitam Masak Stim Guna Pemanggang Ajaib yang sungguh ajaib!

OK. Tajuk adalah sangat panjang. Tapi itu adalah kenyataan. Tajuk ni dah berada dalam draft since khamis tapi sabtu baru sempat nak tulis sebab aku is busy di tempat kerja, so tak sempat nak share tahap dewa ni.

Bahan2 yang diperlukan untuk memasak menu yang hebat ini tak lain tak bukan ialah ikan. Disebabkan ikan bawal hitam dijual dengan harga yang murah (aku beli yang reduce to clear), sekilo ikan tu rm5 sahaja dan kondisi ikan masih elok, so aku beli je la. Murah kot.

Bahan2 lain yang diperlukan ialah sayur2 seperti bunga kobis, carrot, kobis biasa, cabai melaka, tomato, daun @ batang saderi, garam, kiub ayam dan jugak sos tiram serta tak lupa pemanggang ajaib cap are-ikan. Ehh.. Tak sure la cap apa, lantak laa..

Mula2, siang ikan dan cuci bersih2. Letak atas pemanggang ajaib dan letakkan semua sayur2 yang dah dipotong size yang mampu ditelan oleh tekak masing2. Cabai melaka pun letak sekali dan kemudian masukkan air dan garam dan sos tiram. Tutup pemanggang ajaib dan on kan api. Tunggu la dalam 4-5 minit dan rasala kuah tu kot2 kurang masin ka kurang kasih sayang ka, sila lah tambah.

Resepi ni aku curi resepi ayah emran. Selalu kalau dia masak dia letak serai dgn asam boi tu bagi masam2 sikit, tapi malas la nak letak asam tu. Leceh bangat dong!




Ni haaaa... Step by step lagi.. Uihhh.. Letak bawang besar sikit ye, lupa pulak nak tulis tadi. OK, selamat mencuba resepi yang super sedap ini. Tapi tak sesuai sangat guna ikan bawal hitam ni, sebab tak manis sangat isi ikan ni. Hihi.



Thursday, April 3, 2014

Syiling baru


Duit gaji aku memang dah tinggal sikit sebabnya bulan ni aku terpaksa renew roadtax insurance kereta viva forever aku tu. Tahun ni tahun ke 4 aku guna. Wuhuuu.. Lambatnya nak abih bayar. Hahaha. Walaupun bukan sampai ribu riban, tapi terus kempis aku punya duit. Lepas tu aku kan dah terbeli mesin jahit. 2 benda alah ni aku dah ter spend dekat RM1000 dari gaji aku yang take seberapa ittew. Huhu.

Aku pun balik rumah mengendeng duit syiling ayah emran. Ayah emran suka kumpul syiling tapi dia tak berapa suka syiling baru. So aku pun cakap la duit aku dah habis. Muka kena sekupang, kena drama lebih sikit.

Aku mintak syiling yang dia kumpul tu, nak tukar. So ayah emran suruh aku ambik syiling baru tu. Aku ambik dalam rm30 sebab aku malas nak kira syiling2 tu. Balik kerja tadi aku dah pi tukar kat kedai buah. Weehuuu.. Lepas la duit makan untuk 2 hari. Hahahah. Sedih kan cerita aku ni. 


Tuesday, April 1, 2014

susu.. susu.. susu..


Tiga model susu berbaris ceria. ESP cap Shaklee tu aku punya. Berat tak sampai 1kg tapi harga agak mahal, seratus lebih. Aku beli masa promo ESP so dapatla murah sikit. Walaupun aku ni ahli shaklee, tapi aku tak berapa minat nak jual shaklee sebab kemalasan aku dan product knowledge aku yang sangat kureng. 

Adik aku suka ESP ni sebab dia ni kadang2 tak amek breakfast, so bila minum ESP ni tak la kelaparan sangat. Aku pulak amek ESP ni sebab aku ada gastrik. Harap2 dengan consume ESP ni gastrik aku boleh sembuh. Amin. 

Susu yang paling kacak bernombor 3 pada badan tu susu Amna, Lactogen 3 nama beliau. Since amna still breast feeding, so bulan2 takla banyak sangat aku kena beli untuk amna. Biasanya aku beli susu amna dekat kedai ubat cina ja, sangat2 murah kalau nak compare dengan harga kat Giant or Tesco. So far Amna minum susu ni dia OK. Pernah aku tukar susu untuk amna, nak guna dutch lady sama macam emran, sudahnya amna cirit 2 minggu. Bermalam la aku dengan amna semalam kat hospital. Huhu.

Si merah yang paling kanan tu susu Nestle Omega untuk ayah. Tak sampai 1kg pun, harga dalam rm25 gitu, aku beli kat Tesco Manjung. Biasanya ayah minum susu ensure, tapi susu tu sangat2 mahal. So nak suruh ayah try susu ni. Beli 1 pek dulu, takut kang ayah tak suka, rugi ja. 

Susu dutch lady 123 emran tak kelihatan dalam ni. Alhamdulillah anak2 aku dapat terima susu murah sebab kalau nak compare harga susu lain kat luar, memang hazab punya harga.