Friday, August 15, 2014

MINAH KILANG

Lepas raya, 4th August aku start kerja dengan kilang baru. Taktau nak komen apa pasal kilang ni, aku kat shipping department. Kena buat kerja masa zaman2 kebujangan dulu.


The best part, sini tak kerja sabtu. Berbeza dengan masa kerja kat power plant dulu, sabtu memang wajib kerja. Penat den!


Sini kalau kena kerja sabtu, on rotation basis la. Ok lah tu daripada kena kerja tiap2 sabtu. So, memang sangat2 best compare to alstongggg. Hahaha.


Walaupun kilang ni jauh sikit dari rumah, tapi aku patut rasa bersyukur gila2 sebab orang lain kat KL sana nun, lagi jauh kena drive. Dengan nak hadao jammed lagi. Aku kira kena berganda2 syukur sebab sini mana ada jammed. Dah nak masuk pecan Manjung tu la baru nak ada banyak keta sikit. *banyak lah sangat*. Tapi kalau ikut belakang lori, hambek la bawak keta slow2. Grrr....


Baru seminggu keja, aku dah kena ke HQ office, kat area Merchant Square tu. Gila tempat tu, surau pun tak hado. Depa situ kalau keluar lunch, terus semayang zohor. Hampeh jugak noo.


Kat sana, duduk dekat Manhanttan Business Hotel dekat Damansara Perdana. Hotel tu not bad la walaupun wifi sat2 hilang, sat2 ada. Hahaha. Wifi versi chipsmore.


First time tinggalkan anak2 dengan bapak depa, ntah ok, ntah tak. Ayah emran cakap, teriak nak susu je. So buat je la susu, so setel problem. Kalau macam ni, boleh la lepas ni pi HQ lama2 lagi. Hahahaha.