Wednesday, December 28, 2016

I'M BACK --- PENGHUJUNG 2016!!!

Assalamualaikum wbt..

Dah lama sangat rasanya tak jenguk blog ni. Nasib baik masih ingat username & password. Hihihi.. Since last post pasal kerja kat tempat baru, alhamdulillah dah 2 tahun lebih aku kerja kat kilang sarung tangan ni. Kerja ok, kawan2 ok.

Sejak mula2 tulis blog ni, aku still bujang. Sebab tu nickname aku Gadis Comel. Kahkahkah. Bajet comel, padahal tak comel mana pun. Grrr...

Now, dah ada 3 orang anak pun. Sorang anak lelaki, 2 orang anak perempuan. Dannn.. tak lama lagi baby baru akan hadir dalam family aku. Aku harap anak lelaki, sebab dah ada 2 orang anak perempuan, so bagi balance la kan. Tapi bila doktor scan, banyak kali dia cakap, "saya nampak macam burger". Hahaha.. Burger refer to alat kelamin perempuan. So, aku ok je laa.. Lepas scan kat klinik tu terus pegi beli baju warna pink. Kehkehkeh..

Due date 24.02.2017. 

 Lepas ni aku akan ada 4 orang anak insyaallah. Aku pun dah pujuk2 mak aku suruh datang sini teman aku masa dalam pantang. Lagipun Emran dan Amna dah nak start sekolah dah tahun depan. Lega sikit sebab mak cakap boleh datang jaga aku nanti. Terima kasih mak, love youuuu....

Tahun ni jugak tercapai hasrat nak bawak mak & Kak La jalan2 kat Cameron Highland. Laki aku tak dapat ikut sebab dia kena duty, susah nak cuti. Nasib baik Enah, adik aku dari Melaka sanggup datang sini dengan suami and beautiful Aisy' tu. Kami pi sana 2 bijik kereta. Nasib baik last minute dapat cari homestay kat Tanah Rata. Mula tu berkenan sangat2 nak stay dekat Ros Chalet kat Kg. Taman Sedia tu tapi takdak rezeki, semua bilik dah full!!! Sobsobsob..

Hasil kerja keras google sana, google sini, cari kat facebook bagai, dapat la homestay kat Apartment Royal Lily. Walaupun jenuh nak panjat tingkat 2 tu, aku pun termengah2 nak panjat tangga dengan usung si Aimy lagi. Kesian jugak mak aku nak panjat tangga tu. Sewa semalam RM300, tapi apartment tu OK, bersih. Masa kami ke sana, memang sejukkkkk.. Terpaksa belikan anak2 baju sejuk. Ingatkan tak sejuk, so tak bawak spare baju sejuk dari rumah.

Terima kasih adik2, belanja makan selama kat sana. Hehehe.. Nanti tahun depan kita plan lagi ehh.. Harap2 semua dapat join.


Singgah makan steambot kat tepi jalan masa on the way balik dari Kg. Taman Sedia.
Cadangnya nak makan steambot kat Taman Sedia tu penuhhh!!!
Kat sini pun OK, tapi takdak daging untuk mak.
Ekmi order Fish & Chips untuk mak & Emran.


We olls kat Bharat Tea. First time sampai sini walaupun dah 3,4 kali ke Cameron Highland.
Aku tak sanggup nak turun ke bawah, dengan perut 7 bulan, gigih aku nak berjalan ke sana, dengan dukung si Aimy lagi.
 


Kalau ke Cameron Highland, mesti singgah MARDI. Hehehe..
Mesti makan aiskrim strawberry kat dalam tu.
Aimy pinjam stroller Aisy. Aku seriously tak larat nak dukung mek tu.
Nasib baik jugak dia mau duduk kat atas stroller tu.. hehehe..






3 comments:

  1. Thanks for the nice blog. It was very useful for me. I'm happy I found this blog. Thank you for sharing with us,I too always learn something new from your post
    see here

    ReplyDelete
  2. waaaaa.....dah nak masuk 4...bestnya..semoga urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete