• News

    16 January, 2021

    DERMA DARAH KALI KE 3 SEMASA PKPB

     Assalamualaikum wbt


    Alhamdulillah, semalam 15/01/2021 masuk kali ke 3 aku derma darah! 


    Aku memang follow page Manjung Blood Donation dekat facebook, jadi any update, any event memang aku aware, dan aku pun boleh share dengan kawan2 aku yang free / sihat untuk derma darah. Sejak kali pertama aku derma darah, memang aku teruja gila untuk derma darah 3 bulan seterusnya. Perasaan dia lain macam, sebab darah kita tu, insyaallah boleh tolong insan2 yang sangat memerlukan.


    Tambah2 sekarang ni dengan covid, sehari kes positif lebih 3000 kes sehari, banjir teruk pulak area Pantai Timur sana, mungkin ada kes2 accident, orang yang lepas operation, mesti nak pakai banyak darah kan. Aku tengok dekat facebook, stok darah memang kadang2 pada tahap membimbangkan. 


    Teringat cerita kawan aku masa lepas bersalin berapa tahun lepas, dia tumpah darah. So doktor terpaksa tambah darah dia berapa beg. Allah.. bila aku kenangkan benda tu, aku rasa sangat ralat, pasaipa dari dulu awat aku tak derma darah. 


    Sumpah! 


    Aku memang takut darah. First time aku tengok kawan aku derma darah, ya Allah besaq gila jarum dia. Itu yang sampai umur dah 36 tahun, baru la nak beranikan diri nak derma darah. First time derma darah tu, masa kilang aku buat kempen derma darah, anjuran Safety Department. Lepas timbang berat, check BP semua, alhamdulillah dapat la derma 350ml. Takdak la sakit sangat pun. Hahaha.. Ruginya selama ni dok ingatkan sakit sangat. Sobsobsob.. Kalau tak mesti dah berapa banyak kali aku boleh derma darah. Hmmm.. takpa la.. Redho je laa.. Janji sekarang ni, tiap 3 bulan sekali, mesti istiqomah pi derma darah.


    One thing yang aku notice, berat aku makin naik sejak 1st time aku derma darah. Hahaha... Sebelum ni berat aku dalam 64kg, 2nd time derma darah, berat aku jadi 67kg, dan semalam masa timbang, berat aku dah 69kg. Hahahhaha... Aku rasa penimbang tu rosak!!!!


    HB aku pun makin drop. 1st time tu, HB aku 13.7, mai 2nd time jadi 13 saja, semalam masa awal depa ambik darah tu, HB aku just 12.4. Doktor tu ambik sekali lagi, alhamdullillah, HB aku jadi 12.9. 


    Walaupun sekarang ni PKPB, kena betoi2 jaga SOP kalau nak derma darah. PKPB atau PKP bukan alasan untuk kita tak menderma, sebab aku rasa polis / tentera yang jaga sekatan jalanraya akan benarkan kita keluar kalau nak pi derma darah. Boleh refer page Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia for more info ya..




    Stok darah dekat Pusat Darah Negara as per updated on 07.01.2021.
    Sedih kan bila tengok ni...



    Sijil paling mahal aku ada!!
    Terima kasih Unit Tabung Darah Hospital Seri Manjung



    Berat makin naik, HB makin turun! 
    Hahaha.. aku kena figure out on how to increase HB and reduce my weight..
    Arghhhh...














    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers