DOMAIN SITINAMINAH02.COM DAH EXPIRED

Tak faham lah dengan aku ni, masa domain aku still active, aku tak la tergedik-gedik nak update blog.

Tapi bila domain dah expired, ehhh tiba-tiba rasa gedik pulak nak menulis, nak update blog. Literally, aku sangat-sangat lah busy. With my career, ahhh tibe macam golongan professional pulak kan. Hahahaha. Tapi sesungguhnya, perkara ini adalah benar sama sekali.

Dengan kerjaya, yang ada pasang dan surutnya, dengan menguruskan hal anak-anak yang seramai 4 orang tu, mestilah sangat sibuk kan.

Tapi untuk kali ni, aku nak maintain dekat blogspot saja. Dah malas nak pakai domain segala bagai, sebab tengok lah aku ni, betul-betul hangat tahi ayam. Masa domain masih active, aku tidak menghargainya. Tapi bila dia sudah tiada lagi, semangat nak update blog tu, tiba-tiba muncul.

Jadi, selamat tinggal kepada domain ku, sitinaminah02.com

Maaflah, jodoh antara kita sampai disini sahaja. Untuk berpatah balik ke dunia domain, rasanya tidak mungkin. Sebab aku kenal sangat dengan diri aku ni, yang sekejap rajin, sekejap malas. 

Semoga aku rajin menulis lepas ni, sebab banyak je benda yang aku nak share, nak cerita. Tapi memandangkan masa sangat lah terhad dan mencemburui aku, itu yang kejap muncul, kejap hilang.






Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post