Seminggu Lebih Telah Berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya dah seminggu lebih dari tarikh aku mula menulis balik. Alhamdulillah, setakat harini ada la gap 2, 3 hari je aku tak update blog. Kena keep that momentum, tak boleh gap banyak hari sangat, kalau keep on biasakan diri malas nak update blog, haaaa mula lah lost interest nak terus update blog.

Setakat ke hari ini, blog aku masih tak dapat nak connect dengan Adsense. Sedih jugak sebab aku start menulis balik sebab aku rasa ni je lah caranya untuk aku cari side income before aku decide untuk resign.

Nak simply resign je bukan benda yang selamat, sebab aku sendiri pun banyak gila komitmen yang nak kena bayar. Hutan kereta tak habis lagi, hutang rumah baru je mula 5 tahun, komitmen hibah aku tiap-tiap bulan, unifi, astro, bill maxis aku, aihhh banyak betul komitmen.

Jadi, tak bijak lah untuk resign macam tu je walaupun hati aku ni dah takdak hati nak kerja. Nak mengadap kau punya superior yang kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok. Entah la, tak dak mood aku nak kerja. Aku nak duduk rumah, nak handle anak-anak tapi dalam masa yang sama taknak la kalau takdak duit langsung. 

Tapi nak menulis hari-hari pun bukannya mudah, kadang-kadang terfikir nak tulis apa ni? Nak cerita apa ni? Takkan nak tulis benda yang merapu, ada ke orang nak baca apa aku tulis ni? Hahahaa..

Haihh! Lantaklah, tulis je lah apa yang aku rasa nak tulis. Daripada langsung tak tulis, langsung tak update blog. Nanti hangat-hangat tahi ayam lagi! Hahahaha..

Doakan lah blog aku dapat connect balik dengan Adsense! Ya Allah, dengarlah rayuan hatiku ini. 😂

By the way, Pasaraya Billion dekat tempat aku baru siap renovation. Katanya banyak lah promo, starting 12 Sep, so esok dah start cuti sampai lah 16 Sep, boleh la singgah cuci-cuci mata. Mampu cuci-cuci mata je lah, duitnya dah banyak surut. Nak tunggu gaji balik terasa sangatlah lama. Hahahaha.








Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post