AKU AS A TIKTOK AFFILIATE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku memang dah lama bercita-cita nak resign dari kerja aku sekarang, aku prefer nak duduk rumah, handle anak-anak, pagi hantar anak-anak ke sekolah, balik tu pergi kedai runcit beli barang nak masak for family, lepas tu masak dan rushing ke sekolah ambik anak-anak balik sekolah.

Ini memang cita-cita aku lah sejak anak-anak aku yang 4 orang ni dah sekolah, macam struggle jugak lah nak uruskan, especially dulu masa husband aku masih service as anggota TLDM, dan kami pulak PJJ.

Dia sorang-sorang di KL, aku dan anak-anak di Manjung.

Tambah pulak kerja aku sekarang ni yang super stress dan toxic, nak handle kerja aku, nak handle orang dalam team aku, so aku pun decided lah nak cari side income. Mana lah tahu, side income tu dapat earn lagi banyak daripada aku punya monthly income sekarang ni.

So aku pun berjinak-jinak lah dalam dunia affiliate tiktok. 

Nak jadi affiliate tiktok ni, syarat dia kau kena ada 1,000 followers. Benda ni bukanlah susah kalau video atau content kau menarik, orang akan terus follow je. Tapi untuk kes aku ni, content aku bukan lah menarik mana pun, so awal tu struggle jugak lah nak cukupkan 1,000 followers.

Bila dah cukup 1,000 followers, baru lah kau entitle untuk buat content yang ada beg kuning. Untuk someone yang bukanlah pandai sangat nak edit video, nak letak hook yang menarik, untuk buat orang tertarik nak beli product yang kau letak dekat beg kuning tu. Jadi, awalnya agak lah struggle.

Masuk bulan ni, rasanya dah bulan ke 4 aku buat affiliate tiktok ni, so far adalah jugak yang membeli dari beg kuning aku. Alhamdulillah, walaupun commission aku setakat 2, 3, 4 bulan tak pernah cecah RM10 pun, tapi aku still happy.

Dah nampak jugak lah hasil kerja aku tu, dan aku pun tak expect orang akan beli dari beg kuning aku. Literally, ramai gila kan yang jadi affiliate ni dan promote barang yang sama, tapi still ada juga yang berminat nak dapatkan dari beg kuning aku.

So far barang yang banyak orang beli dari beg kuning aku so far is Lip Oil Serum The Originote. Lip oil serum The Originote ni sebenarnya best jugak, buat bibir kita rasa moist, tak kering dan kebetulan harga dia pulak agak murah.

Aku harap aku akan keep on consistent untuk terus promote product dekat beg kuning, even sales bukanlah hari-hari ada. Memanglah ada kala rasa down, views pun rendah, orang pun tak beli dari beg kuning kita, tapi percayalah, sometimes video kita yang lama-lama tu ada orang akan beli.

Semoga usaha aku jadi affiliate tiktok ni akan nampak hasilnya satu hari nanti, dan aku dapatlah resign dari kerja aku sekarang, sebab nak simply resign without any income pun masalah jugak, sebab aku pun ada banyak komitmen.

Hutang kereta belum settle, hutang rumah baru 5 tahun, komitmen bulanan dekat Unifi, Astro, bil Maxis, Hibah aku lagi. Hurmmm.. tak dapat nak resign sekarang dengan tenang lagi. Hahahahaha...



Inilah Lip Oil Serum The Originote yang ada ceramide, Vitamin C dan grapefruit extract. Kalau beli dari beg kuning aku, lagilah bagus! Hahahaha...

Ok, that's all untuk harini. Terima kasih sudi singgah dan baca luahan hati aku.






Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post