Fun Run 5KM

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat semua.

Ada tak aku cerita sebelum ni yang aku ada join fun run 5km? Rasanya macam aku ada share dekat dalam blog ni, yang aku dengan suami dan anak-anak masuk fun run. So, ceritanya pagi tadi lah fun run tu.

Disebabkan anak-anak aku semuanya tak ada kasut running yang sesuai, semangat ye kami semua pegi cari kasut yang proper sikit, especially untuk si Abang lah, dia dah besar, mesti nak pakai kasut running ikut taste dia.

Jadi kami ke kedai bundle kawan suami aku dekat area Bukit Permata tu, beli lah kasut sorang sepasang untuk anak-anak. Pakai je lah kasut bundle dulu, nanti dah besar, dah kerja, kome beli lah kasut yang mana kome suka ye. Mama papa dulu pun pakai kasut sekolah je, mana ada kasut running segala bagai ni.

So pagi tadi, kami 6 beranak pun pergi lah ke tempat kejadian. Sampai sana, terus pergi ke kaunter untuk register lucky draw. Isi je lah walaupun tau yang nama aku jarang-jarang nak kena lucky draw ni. Hahahaha.. tapi mungkin nama anak-anak ada yang sangkut, so kita tawakal je lah.

Acara pagi tadi dimulakan dengan acara senamrobik. Berpeluh-peluh jugaklah kami walaupun buat aktiviti senamrobik yang simple. Memandangkan aku ni keras orang nya, simple steps tu terasa sangat awkward bagi aku. Hahaha. Tapi takpe lah, kita enjoy je lah, have fun bak kata orang-orang kampung aku.

Fun run pun bermula, aku dengan Amna dan Aimy jalan agak belakang sikit berbanding suami aku, Aleeya dan Emran. Memang tak boleh follow speed depa ni, mengah wey!!

Mungkin sebab terlalu selesa berjalan dekat belakang, aku sampai agak lambat. Medal yang organizer provide dalam 500 je, so unfortunately walaupun aku berjaya tamatkan 5km fun run ni, aku tak dapat medal!

Medalnya udah habis dong!

Luckily Amna dan Aimy sampai awal sikit dari aku, so sempat la depa dua dapat medal. Hahahahaa..

Apa-apa pun, bangga jugak lah sebab berjaya tamatkan fun run 5km ni, sebab aku pun memang jarang-jarang pergi briswalking sekarang ni, sampai je hujung minggu, lepas subuh memang sambung tidur balik. Nak cover balik waktu tidur yang terlepas sebelum-sebelum ni. Hahahaha..



Dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Agak enjoy jugak ye buat aktiviti senamrobik ni, instructor ke kiri, aku ke kanan. Hahahaha.. 



Pinjam medal anak untuk ambik gambar. Huhuhu. Sedih jugak tak dapat medal. Pura-pura tak sedih sebab malu dengan anak, padahal dalam hati tu sedih jugak sebenarnya. Hahahahaa.. hati menangis siapa yang tahu oiii…



Tahniah anak-anak mama! Berjaya habiskan larian dan berjaya dapatkan medal. Walaupun semalam sebelum event ni si Aimy tiba-tiba muntah, dan aku pun dah cakap, kalau tak sihat tak payah join, duduk je rumah. Nasib baik pagi tadi dia nampak OK. Alhamdulillah.


So, sekian sahaja update dari aku. Terima kasih sudi singgah dan baca content tak berapa bermanfaat daripada aku 😝





1 Comments

Dipersilakan komen disini.

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post